Anda di halaman 1dari 11

SULIT SEJARAH TAHUN 4

14/2
SEJARAH
KERTAS 1
Februari 2022
1 Jam 30 Minit

PENILAIAN AKHIR TAHUN 2022 TAHUN 4

Nama : ………………………………….……………………………

Kelas: ………………………

SEJARAH

Satu Jam Tiga Puluh Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan


Jawab semua soalan
Jawapan perlu ditulis dalam ruangan yang disediakan.

1
SULIT SEJARAH TAHUN 4

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak


Bahagian A
[60 Markah]

Kertas soalan ini mengandungi pilihan A, B, C dan D. Pilih jawapan yang PALING TEPAT. Kemudian
hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

1. Artifak, manuskrip dan fosil merupakan ________________ yang digunakan untuk


mendapatkan maklumat yang tepat dan benar.

A. sumber pertama
B. sumber kedua
C. sumber ketiga
D. sumber keempat

2. Para sejarawan mengkaji searah menggunakan tiga kaedah utama yang berikut.

i. Kaedah lisan.
ii. Kaedah bertulis.
iii. Kaedah pembacaan.
iv. Kaedah arkeologi.

A. i dan ii.
B. i, ii, dan iii.
C. i, iii, dan iv.
D. i, ii, dan iv.

3. Pernyataan di atas merupakan pendapat seorang tokoh sejarawan.

Sejarah ialah tindakan manusia dan sebab-sebab yang dilakukan


oleh mereka

Siapakah tokoh tersebut?


A. Ibn Khaldun.
B. Tunku Abdul Rahman.
C. Herodotus.
D. Socrates.

4. Senarai di bawah menunjukkan amalan beradab_________________________.

 berdoa
 tidak gelojoh
 makan dengan sopan

A. sewaktu lalu di depan ibu bapa.


B. ketika berbual
C. semasa makan
D. sebelum keluar rumah

2
SULIT SEJARAH TAHUN 4

5. Mengapakah kita memerlukan keluarga?


A. Mendapatkan wang saku.
B. Mendapatkan layanan sopan.
C. Mendapatkan nasihat.
D. Mendapatkan ilmu mengarang.

6. Maklumat dalam jadual berikut merupakan nama panggilan dalam masyarakat India.
Apakah x ?

Nama Panggilan Rujukan


appa Bapa
amma Ibu
X abang
akka kakak

A. annan
B. aka
C. tenik keral
D. ge ge

7. Apakah maksud visi?


A. Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama.
B. Ciri-ciri yang terdapat pada seseorang.
C. Wawasan atau pandangan jauh.
D. Sifat atau ciri-ciri sesuatu.

8. Siapakah yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti kokurikulum?


A. Guru besar.
B. Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
C. Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
D. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

9. Bendera dan lencana sekolah ialah ___________________ sekolah.


A. visi
B. logo
C. identiti
D. cogan kata

10. Alamat yang lengkap biasanya mempunyai nama jalan, tempat,


________________________.
i. poskod
ii. nama negeri
iii. nama keluarga
iv. nama negeri kelahiran

A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

3
SULIT SEJARAH TAHUN 4

11. Berapa kalikah Zaman Air Batu telah berlaku?


A. Dua kali .
B. Tiga kali.
C. Lima kali.
D. Enam kali.

12. Mengapakah tanah pamah dipilih sejak zaman dahulu sebagai kawasan petempatan?
A. Kawasan pelancongan.
B. Rata dan rendah.
C. Tempat perlindungan daripada binatang buas.
D. Kawasan perikanan.

13. Apakah kesan peningkatan suhu bumi pada zaman air batu?
A. Kemarau berpanjangan di kutub selatan.
B. Pembentukan gunung berapi.
C. Pencairan air batu.
D. Berlakunya tsunami.

14. Apakah sebab berlaku pembentukan tujuh benua dan tujuh lautan di bumi?
A. Pergerakan glasier.
B. Tindakan manusia.
C. Gempa bumi.
D. Pencemaran udara.

15. Mengapakah Hari Bumi disambut pada 22 Mac pada setiap tahun?
A. Sebagai hiburan.
B. Meningkatkan pengetahuan geografi.
C. Menanam kesedaran pentingnya alam sekitar.
D. Memperingati kejadian bumi.

16. Apakah maksud zaman prasejarah?


A. Zaman manusia belum mempunyai tulisan.
B. Zaman semasa manusia tinggal di dalam gua dan hutan.
C. Zaman selepas manusia mengenali tulisan.
D. Zaman semasa manusia sudah pandai menternak haiwan dan bertani.

17. Gua Cha

Lokasi zaman prasejarah di atas telah dikenal pasti pada Zaman______________________.


A. Logam
B. Neolitik
C. Mesolitik
D. Paleolitik

4
SULIT SEJARAH TAHUN 4

18. Masyarakat Zaman _________________________ mengebumikan mayat menggunakan


kubur batu kepingan.
A. Paleolitik
B. Mesolitik
C. Neolitik
D. Logam

19. Kerajaan Santubong adalah salah sebuah Kerajaan Melayu Awal yang terletak di
_____________________.
A. Kelantan
B. Kedah
C. Sarawak
D. Perak

20. Ciri-ciri berikut berkaitan sebuah kerajaan Melayu Awal.

 Terletak di Lembah Bujang.

 Gunung Jerai menjadi panduan untuk pedagang.


Kerajaan tersebut ialah______________________.

A. Chih- Tu.
B. Kedah Tua.
C. Santubong.
D. Beruas.

21. Berikut adalah kesan jika kita tidak menjaga pesisir pantai dengan baik kecuali
A. pendapatan nelayan akan bertambah.
B. berlaku pencemaran alam sekitar.
C. banyak hidupan laut akan mati.
D. menjejaskan aktiviti riadah yang melibatkan pantai.

22. Antara berikut, siapakah yang berperanan menasihati sultan dalam pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka?
A. Laksamana.
B. Bendahara.
C. Penghulu Bendahari.
D. Temenggung.

23. Siapakah yang menduduki lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat zaman
Kesultanan Melayu Melaka?
A. Hamba.
B. Rakyat biasa.
C. Pembesar.
D. Sultan.

5
SULIT SEJARAH TAHUN 4

24. Parameswara berasal dari___________________.


A. Temasik
B. Majapahit
C. Siam
D. Palembang

25. Mengapakah Parameswara terpaksa melarikan diri dari Palembang ke Temasik?


A. Perang saudara di Palembang.
B. Ancaman kerajaan Majapahit.
C. Bencana alam di Palembang.
D. Kedudukan strategik Temasik.

26. Pernyataan di bawah berkaitan asal usul nama Melaka.

Melaka mendapat nama daripada sejenis pokok iaitu pokok Amalaka yang bermaksud
pokok yang mempunyai buah yang masam. Amalaka ialah pokok yang pertama
tumbuh di alam semesta.

Sumber di atas merupakan mitos ________________.


A. Portugis
B. Melayu
C. Hindu
D. Arab

27. Apakah jawatan yang pernah dipegang oleh Bendahara Tun Perak dalam pentadbiran
Kesultanan Melayu Melaka?
A. Sultan.
B. Laksamana.
C. Temenggung.
D. Penghulu Bendahari.

28. Mengapakah Tun Perak mengarahkan pengikutnya mengikat jamung di sepanjang pantai
Melaka?
A. Untuk mengalu-alukan kedatangan askar Siam.
B. Untuk mematahkan serangan Siam.
C. Untuk mengelirukan askar Siam yang tiba pada waktu malam.
D. Untuk mengaku kalah kepada musuh.

29. Antara berikut, yang manakah sahabat karib Hang Tuah yang menderhaka kepada
Sultan?
A. Hang Lekir.
B. Hang Lekiu.
C. Hang Kasturi.
D. Hang Jebat.

6
SULIT SEJARAH TAHUN 4

30. Mengapakah Bendahara Melaka tidak mengikut titah Sultan dan menyembunyikan
Laksamana Hang Tuah di Hulu Melaka?
A. Kawan baik Laksamana Hang Tuah.
B. Tidak suka akan Sultan.
C. Mengetahui Laksamana Hang Tuah difitnah.
D. Ingin melancarkan pemberontakan.

7
SULIT SEJARAH TAHUN 4

BAHAGIAN B
[40 MARKAH]

ARAHAN: Jawab semua soalan di bawah.

A) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


sejarawan sejarah bumi Beruas asas
bendahara Tanah Melayu biodata Mesolitik lisan

1. Menurut Ibn Khaldun, _______________________ menceritakan hal tentang manusia dan


perbuatan-perbuatan yang berlaku dalam masyarakat tersebut.
2. Sumber __________________ seperti rakaman boleh dijadikan sebagai sumber sejarah.
3. ________________________ menggunakan tiga kaedah utama untuk mendapatkan maklumat
sejarah, iaitu kaedah lisan, kaedah bertulis dan kaedah arkeologi.
4. _________________________ bermaksud maklumat ringkas diri seseorang seperti nama, jantina,
nama ibu bapa, tarikh lahir dan tempat dilahirkan.
5. Keluarga _____________________ terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak.
6. Zaman Air Batu merupakan zaman ketika air batu menutupi permukaan _______________
7. Kepulauan Melayu terdiri daripada________________, Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Borneo,
Sulawesi, Mindanao, Palawan, Luzon, Visayas, Cebu dan Ternate.
8. Zaman ______________________ berlaku antara zaman Paleolitik dan Zaman Neolitik.
9. Kerajaan _______________________ wujud sekitar abad ke-15 masihi selepas kemerosotan
Gangga Negara.
10. Tun Perak merupakan _______________________ yang paling lama berkhidmat.
[10 markah]

8
SULIT SEJARAH TAHUN 4

B) Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.

1 Pemukul kulit kayu digunakan untuk melembutkan kulit kayu untuk dijadikan pakaian
pada zaman purba.
2 Bukit Tengkorak, Sabah ialah tapak pembuatan tembikar purba di Asia Tenggara.

3 Suku Kaum Kadazandusun memanggil ibu sebagai ma ma dan bapa sebagai ba ba.

4 Panggilan dalam anggota keluarga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

5 Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab menguruskan hal berkaitan dengan


program akademik sekolah.
6 Pentas Sunda ialah tanah daratan yang luas. Apabila pentas sunda ditenggelami air laut,
terbentuklah Kepulauan Melayu.
7 Manusia pada zaman Paleolitik hidup berpindah randah, memburu binatang dan
mengumpulkan hasil hutan.
8 Pada zaman Logam, perdagangan dan pelayaran menjadi aktiviti utama.

9 Kerajaan Santubong merupakan sebuah kerajaan kecil di sungai Sarawak yang wujud
sekitar abad ke-7 Masihi.
10 Hang Tuah merupakan pengasas Kesultanan Melayu Melaka.

[10 markah]

9
SULIT SEJARAH TAHUN 4

C) Lengkapkan tempat kosong dibawah dengan nama – nama kerajaan Melayu Awal.
[8 markah]

1 Parameswara membebaskan ____________________ daripada naungan kerajaan


Majapahit tetapi gagal.
2 Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke ____________________ Parameswara
menyerang Temagi dan berjaya menjadi pemerintah Temasik.
3 Parameswara berundur ke ____________________ kerana Siam hendak menyerangnya.
4 Parameswara meneruskan perjalanan ke Utara sehingga sampai di
____________________. Baginda mendapati Kawasan tersebut sesuai dibuat negeri.
Baginda menamakan tempat tersebut sebagai ____________________.

10
SULIT SEJARAH TAHUN 4

C ) Lengkapkan struktur masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.


[12 markah]

1)

5)

2)

3)

4)

6)

SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai