Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A

[20 markah]
Jawab semua soalan.

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. "_________ amat berbesar hati kerana tuanku sudi mencemar duli melawat kampung
ini," sembah tuk penghulu kepada putera mahkota.
A. Baginda
B. Hamba
C. Patik
D. Beta

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2. Nelayan itu menebarkan ________ jala untuk menangkap ikan di sungai.

A. Sehelai
B. Serawan
C. Selembar
D. Sepasang

3. Zuhairi membatalkan niatnya untuk ke bandar ___________ basikalnya rosak di tengah

jalan.
A. sambil
B. kerana
C. kecuali
D. tetapi

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

4. Peserta-peserta yang menyertai perarakan pada Hari Sukan sekolah diminta

A B
beratur mengikut rumah sukan masing-masing. Tiada kesalahan.
C D

1
5. Ayah memuji kesungguhan abang mengusahakan kolam penternakan ikan air tawar
A B
sehingga dia mampu memperoleh dapatan yang lumayan setiap bulan.
C
Tiada kesalahan .
D

6. "Pakailah kasut yang sesuai dengan kaki kamu supaya kaki kamu tidak
A B C
sakit," kata Puan Munirah kepada anaknya. Tiada kesalahan .
D

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7.
I. Adik gemar sarapan pagi dengan roti bakar dan telur separuh masak.
II. Buah rambutan di dusun Haji Samad masih belum masak.
III. Pemandu teksi itu sudah masak benar dengan jalan-jalan di bandar itu.
IV. Setelah berfikir dengan masaknya, Saiful mengambil keputusan untuk berhijrah
ke bandar.
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. D II, III, dan IV sahaja

8.
I. Lori itu terbabas sewaktu mencuba memotong kenderaan di hadapannya.
II. Para majikan tidak boleh memotong gaji pekerja tanpa sebab-sebab yang kukuh.
III. Ibu berasa marah apabila anak bongsunya memotong percakapannya.
IV. Puan Nita memotong kek itu untuk dihidangkan kepada para tetamu.
A. I, II, dan III sahaja
B. I, III, dan IV sahaja
C. II, III, dan IV sahaja
D. I, II, III, dan IV

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan A, B, atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9. Baju kebaya yang mereka pakai itu dibuat dari kain songket bermutu tinggi.
A. mereka pakai itu diperbuat daripada
B. dipakai oleh mereka itu diperbuat dari
C. dipakai oleh mereka itu dibuat daripada
D. mereka pakai itu dibuat dari

2
10. Banyak cerita yang kami dapat dengar semasa pulang kampung baru-baru ini.
A. dapat kami dengar semasa pulang ke kampung
B. kami dapat dengari sewaktu pulang kampung
C. kami dapat mendengar sewaktu pulang ke kampung
D. kami dapat dengar semasa pulang kampung

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal..

11. "Jangan sesekali kamu meninggalkan adik kamu seorang diri di rumah," kata
ibu kepada Amir.
A. Ibu mengingatkan Amir supaya tidak sesekali meninggalkan adiknya di rumah
seorang diri.
B. Amir mengingatkan ibunya supaya meninggalkan adiknya sesekali.
C. Amir mengingatkan ibunya supaya jangan membiarkan adiknya tinggal seorang
diri di rumah.
D. Adik Amir mengingatkan ibunya supaya tidak sesekali meninggalkan Amir di
rumah seorang diri.

12. Para guru harus bijak mengendalikan pembelajaran di dalam kelas supaya
murid tidak akan berasa bosan.
A. Semua guru akan berasa bosan jika murid tidak bijak mengikuti proses
pembelajaran.
B. Murid-murid akan berasa bosan jika guru tidak bijak mengendalikan proses
pengajaran di dalam kelas.
C. Murid mudah bosan ketika belajar di dalam kelas disebabkan sikap guru yang
tidak bijak mengajar.
D. Kebosanan murid di dalam kelas dapat dielakkan jika guru bijak mengendalikan
proses pembelajaran.

Pilih ayat-ayat yang betul.

13.
I. Puan Badriah berbual-bual dengan jiran tetangga di depan rumah.
II. Normala pergi ke pekan untuk membeli buku dan alat tulis.
III. Pak Hamid sedang membakar sate ayam yang dipesan oleh pelanggan.
IV. Pelbagai usaha-usaha dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian
akademik murid-murid sekolah itu.
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

3
14.
I. Pagi-pagi lagi, Pak Junid dan isterinya ke kebun getah untuk menoreh.
II. Beberapa orang anggota bomba dihantar berkursus ke luar negara.
III. Cuaca di puncak bukit itu sangat sejuk terutamanya di waktu malam.
IV. Sudah berbulan Ikmal terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya.

A. I dan II sahaja
B. I dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III, dan IV sahaja

Firdan : Siapakah sebenarnya yang mencipta mesin pembakar

lemang ini?

Azizul : Idea untuk mencipta mesin tersebut ialah idea saya. Dia
hanya membantu saya untuk membina mesin itu. Walau
bagaimanapun, saya tidak menyangka bahawa dia sanggup
mengakui mesin itu ciptaannya.

15. Dialog di atas bersesuaian dengan peribahasa

A. sambil menyelam minum air.
B. lembu punya susu, sapi dapat nama.
C. bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D. bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

"Tapai! Tapai! Tapai!"

Jemu benar aku dengan perkataan tapai itu. Sejak kecil aku disogokkan dengan tapai. Sebutlah tapai ubi
Wak Salikon, semua orang tahu. Wak Salikon bapa aku. Jika ada orang berkata Wak Salikon Tapai Ubi,
seluruh kampung kenal. Itu bapa aku! Kalau orang bertanya Parjo Tapai Ubi, itu aku! Aku dan tapai
seolah-olah sebati dan sinonim. Ah, bencinya!
"Parjo, jangan lupa nanti hantar tapai ke pasar!" jerit bapa dengan loghat Jawanya yang pekat. Laungan
itu menjadi rutin setiap pagi. Maka aku pun tidak pernah menolak untuk berkhidmat menghantar tapai
ubi buatan bapa dan emak ke pasar, ke waning, ke kedai kampung dan ke mana-mana sahaja jika ada
tempahan.
Itu sahaja yang aku tahu. Akan tetapi kini aku semakin jemu dengan tapai ubi. Lebih- lebih lagi sejak aku
memasuki sekolah menengah. Apatah lagi apabila setiap hari aku terpaksa menjinjit karung tapai ke
kantin sekolah. Parjo Tapai! Itulah gelaran yang diberikan oleh kawan-kawanku yang sama-sama
menumpangi bas sekolah. Aku malu dan marah juga pada mulanya. Namun alah bisa tegal biasa. Aku
hanya membantu emak dan bapa mencari rezeki.

(Dipetik daripada cerpen "Legasi Tapai Ubi", antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian
Pendidikan Malaysia)

4
16. Yang berikut ialah tempat Parjo menghantar tapai ubi bapanya kecuali
A. pasar.
B. kantin sekolah.
C. kedai kampung.
D. asrama sekolah.

17. Siapakah yang memberikan gelaran Parjo Tapai kepada penulis?

A. Emak dan bapa penulis
B. Orang-orang kampung
C. Rakan-rakan penulis
D. Pemandu bas

18. Pernyataan yang manakah yang tidak benar tentang petikan di atas?
A. Parjo taat akan suruhan bapanya dengan menghantar tapai ke pasar.
B. Parjo ke sekolah dengan menaiki kereta bapanya.
C. Tapai ubi dihasilkan oleh emak dan bapa Parjo.
D. Wak Salikon boleh bertutur dalam loghat Jawa.

19. Berdasarkan keseluruhan cerpen, perwatakan Parjo ialah

A. penerima Ijazah Kedoktoran.
B. salah seorang penghidap kanser.
C. menjadi pensyarah kesusasteraan.
D. seorang yang tidak mengenang budi.

20. Pilih latar masyarakat yang terdapat dalam cerpen "Legasi Tapai Ubi".
A. Masyarakat yang menepati janji
B. Masyarakat yang berfikiran mentah
C. Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki
D. Masyarakat yang iri hati hingga sanggup mengkhianati orang lain

TANDAKAN JAWAPAN ANDA PADA BAHAGIAN INI

1 A B C D 11 A B C D
2 A B C D 12 A B C D
3 A B C D 13 A B C D
4 A B C D 14 A B C D
5 A B C D 15 A B C D
6 A B C D 16 A B C D
7 A B C D 17 A B C D
8 A B C D 18 A B C D
9 A B C D 19 A B C D
10 A B C D 20 A B C D

5
BAHAGIAN B
[25 markah]

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

1. Ujian Matematik itu mesti disiapkan oleh anda dalam masa yang ditetapkan.
______________________________________________________________________ [2 markah]

2. Kebanyakan nelayan-nelayan tidak pergi ke laut pada musim tengkujuh.

___________________________________________________________________________ [2 markah]

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

3. Juru latih pasukan bola sepak itu berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya.
_______________________________________________________ [1 markah]

4. Program Kem Kecermerlangan Insan ini turut disertai oleh 40 orang anggota badan
beruniform dan tiga orang guru penasihat.

__________________________________________________________________________ [1 markah]

6
Baca sajak di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PESAN IBU BERIBU-RIBU Dia menyatakan kesalnya

kerana dia alpa
Kita ada ibu ibunya berpesan sejak dulu
ibu kita satu "Pilihlah kawan yang bermutu
pesanannya beribu-ribu. Jangan dipilih kawan berhantu."
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu Mengenangkan nasib temanku itu
"Buat begini jangan begitu aku merindui pesanan ibu.
bacalah buku selalu Ya, pesanan ibu.
kukuhkan diri dengan ilmu Ibu,
pilihlah kawan yang mulia hati kuyakini kau mengenali
tolaklah kawan pementing diri yang mana permata, yang mana kaca
pilihlah kawan yang punya petunjuk yang mana budaya, yang mana buaya
tolaklah kawan bertabiat buruk." berilah pesanan beribu-ribu
Ibu yang satu menyekat kita di pintu malah berpuluh ribu
bertanya ke mana arah tuju aku tidak akan jemu
"Jagalah diri selalu ini janjiku kerana aku tahu
di luar sana mungkin bencana menunggu." sempurna seorang ibu
Kita menjadi jemu dengan pesanan beribu-ribu.
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu RAHMAN SHAARI
pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu (Dipetik daripada antologi
carilah ubat jerawat batu." Bintang Hati, Tingkatan 3,
Suatu senja Kementerian Pendidikan Malaysia)
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.

5.
i. Nyatakan dua ciri kawan yang perlu kita pilih. [2 markah]
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
ii. Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam sajak "Pesan Ibu Beribu-ribu".[3 markah]
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________

7
iii. Mengapakah kita perlu mematuhi pesanan ibu? [4 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3
(i) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya
(ii) Chot karya Azizi Haji Abdullah
(iii) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar
(iv) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim

6. Nilai-nilai diterapkan dalam novel untuk dijadikan pengajaran dan pedoman hidup.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel
tersebut. [10 markah]

_______________________________________________________________________________

8
BAHAGIAN C
[15 markah]

1 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.

PANDUAN
Meja makan dan peralatan MEMILIH Makanan bertutup dan
bersih GERAI tidak dihinggapi lalat

MAKANAN
YANG
BERSIH

Kawasan sekitar gerai bersih Pengendali makanan

dan kemas memakai apron dan
penutup kepala [15 markah]

9

KERTAS SOALAN TAMAT

10

Anda mungkin juga menyukai