Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

(20 MARKAH)

Soalan 1-5

Arahan: Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. “ ____________ yang ayah belikan semalam telah saya masukkan ke dalam beg sekolah," kata
Aimar menjawab pertanyaan ibunya.
A Alat alat tulis
B Alat-alat tulis
C Alat tulis-tulis
D Alat tulis-alat tulis

2. Manaf tidak dapat duduk dengan selesa kerana perutnya terlalu_________setelah makan
dengan banyak ketika di rumah terbuka tadi.
A segah
B segar
C tegap
D legap

3. Sebagai pengguna media sosial yang berdisiplin, kita seharusnya bertanggungjawab ke atas
setiap bahan yang _____________ke laman maya agar tidak menimbulkan fitnah kepada pihak-
pihak tertentu.
A dimuat naik
B disusun atur
C dimuat turun
D ditambah baik

4. Pak Tua menjual se_______ tanahnya kepada Tauke Lim dengan harga yang amat berpatutan.
A ela
B kaki
C hasta
D relung

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

1
5 . Kuda itu ____________ dengan kuat di dalam kandang sehingga menganggu tidur tuannya.
A menguak
B mencicit
C berketuk
D meringkik

Soalan 6-8

Arahan: Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih
jawapan yang paling sesuai.

6. Ikutilah segala peraturan-peraturan yang ditetapkan demi melicinkan kerja. Tiada kesalahan.
A B C D

7. Pemandangan di Pulau Pangkor sungguh indah manakala airnya jernih hingga keadaan dasar lautnya
A B
dapat dilihat dengan jelas. Tiada kesalahan.
C D

8. Jenayah kolar putih kian leluasa berlaku dalam kalangan penjawat awam belakangan ini.
A B C
Tiada kesalahan.
D

Soalan 9-10

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9. I. Aidil jatuh sakit akibat kehujanan.

II. Harga saham yang jatuh semalam telah naik mendadak pada hari ini.
III. Hukuman telah jatuh oleh mahkamah terhadap pemuda itu.
IV. Buah durian jatuh pada waktu malam.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

10. I. Suasana di tapak perhimpunan menjadi heboh kerana seorang murid tiba-tiba jatuh pengsan.
II. Peristiwa penculikan itu telah heboh diperkatakan orang.
III. Sungguh heboh bunyi letupan mercun malam tadi.
IV. Akmal ketawa terbahak-bahak sehingga heboh bibir mulutnya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

2
Soalan 11 dan 12

Arahan: Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan A,
B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. Pilih jawapan
yang paling sesuai.

11. Azlan mengangguk-anggukkan kepala berkali-kali bila ditegur oleh ayahnya.

A menganggukkan kepala berkali-kali apabila
B mengangguk-anggukkan kepala berkali-kali bila
C mengangguk-anggukkan kepala berkali-kali apabila
D mengangguk-anggukkan kepala berkali-kali bila

12. Liana murid yang paling terpintar sekali di kelas Tingkatan 3 Baiduri.
A paling pintar
B paling terpintar
C terpintar sekali
D paling terpintar sekali

Soalan 13 dan 14

Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I Sesetengah kilang membuang sisa toksik yang berbahaya ke dalam sungai.
II Natasha menaiki kapal terbang ke selatan Semenanjung Malaysia.
III Setengah-setengah murid gemar ke perpustakaan pada waktu rehat.
IV Aiman bertolak ke tempat kerjanya pada pukul lapan pagi tiap hari.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

14. I Sejak dari kematian ayahnya, Umar mengalami masalah kemurungan.

II Surat itu diterimanya daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
III Guli-guli itu dibahagikan kepada dua bahagian.
IV Campuran bahan kimia itu mengubah air dari warna biru kepada warna hijau.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 15

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

15. Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan pihak sekolah demi memastikan disiplin murid
pada tahap terkawal.
A Disiplin murid akan menjadi terkawal sekiranya ibu bapa pandai mendidik.
B Disiplin murid menjadi lebih baik jika pihak sekolah bekerjasama dengan ibu bapa.
C Untuk memastikan disiplin murid pada tahap terkawal, ibu bapa seharusnya bekerjasama
dengan pihak sekolah.
D Pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada ibu bapa untuk memantau disiplin anak
mereka.

3
Soalan 16-20

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

"Tak payah susah-susah, Syam. Jualkan saja. Berjuta-juta harga tanah ayah tu."
"Kalau tanah tu jadi wang, wang tak akan kekal. Sebanyak manapun wang, wang akan habis." Mata
Hisyam tertancap pada wajah Harun.
"Lalu?"
"Saya dah sebut. Saya bercadang nak menubuhkan syarikat. Kita tiga beradik. Bangunkan tanah itu.
Buat kondo. Sebahagian kita milik, sebahagian kita jual."
"Kamu ada duit?"
"Duit boleh pinjam dengan bank."
"Senang kamu cakap, pinjam dengan bank. Kamu tak nampak dah berapa lot tanah di situ tergadai
ke bank kerana tak jelas hutang?" Mata Harun merenung tajam pada wajah Hisyam adiknya.
"Nampak. Tapi itu salah pengurusan. Bukan salah tanah."
"Habis tu, kamu tak fikir itu semua?"
"Saya dah fikir. Saya dah bincang dengan Kak Halimah. Itu yang saya datang jumpa abang ni."
"Halimah juga sependapat dengan kamu?"
"Ya, bang," Hisyam mengangguk.
"Kamu nak urus? Kelulusan apa kamu ada? Dengan bawa teksi, boleh kamu uruskan projek tu?"
Wajah Harun kelihatan jengkel pada wajah adiknya Hisyam.

Dipetik daripada Cerpen Sekeping Tanah, antologi Bintang Hati Tingkatan 3,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

16 Apakah cadangan Hisyam yang tidak dipersetujui oleh abangnya Harun?

A Menguruskan kondo yang dibina di atas tanah pusaka.
B Menjual kondo yang dibina di atas tanah pusaka milik ayah mereka.
C Membuat pinjaman bank untuk membangunkan perniagaan.
D Menubuhkan syarikat untuk dibuat kondo di atas tanah pusaka ayah mereka.

17. Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap kelulusan orang lain kerana
A perbuatan itu salah di sisi undang-undang.
B setiap orang mempunyai kelebihan yang berbeza-beza.
C perbuatan itu menjadi tauladan untuk generasi seterusnya.
D setiap orang mempunyai impian dan kehendak mereka sendiri yang mesti diikuti.

18. Yang berikut merupakan persoalan yang tidak terdapat dalam cerpen ini.
A Hubungan kekeluargaan yang longgar.
B Kebijaksanaan merencana masa hadapan.
C Keberanian mengambil risiko yang di luar jangkaan.
D Menghargai pengorbanan ibu dan ayah yang telah meninggalkan harta pusaka.

19. Berdasarkan keseluruhan cerpen, perwatakan Hisyam ialah

A seorang yang sangat sensitif.
B seorang pemandu teksi yang mempunyai tiga orang anak.
C seorang yang berpendirian tegas dan bijak berhujah.
D seorang pengurus di sebuah bank yang sangat teliti dalam melakukan sesuatu kerja

. 20. Saya bercadang nak menubuhkan syarikat, Kita tiga beradik. Bangunkan tanah itu.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A alah bisa tegal biasa
B hangat-hangat tahi ayam.
C bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
D belakang parang kalau diasah lagikan tajam
BAHAGIAN B
4
(25 MARKAH)
Soalan 1

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya
yang betul. Penggunaan kata tanya hendaklah bersesuaian degan perkataan atau rangkai kata yang
bergaris.

i) Amin dan sahabat baiknya berasal dari Alor Gajah, Melaka.

__________________________________________________________________________

ii) Suku kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak menyambut Hari Gawai pada bulan Jun setiap
tahun.
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

iii) Kita memerlukan bahan seperti tepung kek, gula, mentega dan coklat yang secukupnya
untuk membuat kek coklat yang enak.
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

iv) Iskandar telah memenangi hadiah pertama dalam pertandingan Pidato Peringkat
Kebangsaan yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

v) Mei Mei mengulang kaji subjek Sains dengan bersungguh- sungguh kerana dia agak lemah
dalam subjek tersebut.
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

( 5 markah)

Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

BAHAN 1

Mungkin banyak dalam kalangan rakyat Malaysia yang kurang mengetahui dan memahami rasional
bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Selain faktor lingua franca , beberapa faktor lain
juga membantu bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan. Antaranya ialah faktor
keperibumian, faktor pengalaman, dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa tinggi sebelum
kedatangan Brisith.
Dalam konteks Malaysia pada hari ini, bahasa Melayu merupakan salah satu wadah dan agen
yang efektif untuk memupuk perpaduan dan kecintaan terhadap negara. Apabila rakyat dapat
memahami dan menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian, patriotisme akan lebih menebal
dan secara tidak langsung akan menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

BAHAN 2
5
Kunci Bahasa

1 Bahasa bermaruah 4 Bahasa berwasiah

Tidak berbilur bahasa di lidah. Tidak putus jambatan ukhuwah.

2 Bahasa berbuah 5 Bahasa berbudi sudah

Tidak kering bahasa diperah. Tidak lokek pada ummah.

3 Bahasa bersejarah 6 Bahasa begitu indah

Tidak luput bahasa bertingkah. Tidak habis berbahasa bermadah.

Dipetik daripada sajak Kunci Bahasa, Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan Bahan 1 , nyatakan fungsi bahasa Melayu di Malaysia pada hari ini.

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
( 3 markah)

(ii) Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam Bahan 1 dan satu pengajaran lain yang
terdapat dalam Bahan 2.

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
( 3 markah)

(iii) Masyarakat Malaysia mestilah mempunyai rasa cinta akan bahasa kebangsaan.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk memupuk rasa
cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat?

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
( 4 markah)

Soalan 3
6
Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji semasa Tingkatan 3.

Latar tempat amat penting bagi memberikan suasana kepada peristiwa atau manusia yang terdapat
dalam sesebuah cerita.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan satu contoh peristiwa bagi setiap latar tempat yang
telah ditetapkan.

Novel Latar Tempat

Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar  Rumah keluarga Syahir
 Kompleks sukan
 Istora Senayan

___________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
(10 markah)

7
BAHAGIAN C
(15 markah)
(Masa dicadangkan : 15 minit)

Bahagian ini mempunyai dua soalan dan anda dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Pilih sama
ada soalan 1 atau soalan 2.

Soalan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang cara-
cara mencegah penyalahgunaan media sosial. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80
hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Malaysia merupakan antara negara yang aktif penggunaan media sosial seperti Facebook,
mySpace, Instagram dan Twitter. Jaringan sosial seperti ini memudahkan pengguna untuk mencipta
laman web peribadi dan memudahkan perhubungan sesama rakan atau perkongsian maklumat serta
komunikasi. Namun, terdapat juga penyalahgunaan media sosial oleh segelintir individu yang tidak
bertanggungjawab seperti memuat naik dan menyebarkan gambar atau video yang mengaibkan orang
lain. Sekiranya tidak ditangani secara serius berkemungkinan akan mengundang padah terhadap
pembangunan negara dan bangsa. Justeru, masyarakat harus diberikan pendedahan tentang cara-cara
untuk mencegah penyalahgunaan media sosial.

Memberi pendidikan awal tentang implikasi negatif terhadap sesuatu tindakan merupakan satu
daripada cara yang mampu mencegah masalah ini daripada menular. Selain itu, badan atau pihak
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) perlu menyeru masyarakat agar
mengamalkan prinsip kawalan kendiri ketika berada dalam talian. Para pengguna media sosial perlu
mengetahui etika ketika berada dalam talian, terutamanya apabila menggunakan media sosial. Hal ini
bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Pengguna juga
dinasihatkan agar tidak memuat naik gambar atau video peribadi yang boleh mengaibkan diri atau orang
lain di media sosial. Sebaliknya, para pengguna digalakkan untuk melakukan tapisan sebelum berkongsi
supaya kekal selamat dan dapat mencegah orang lain menggunakannya untuk perkara tidak elok.

Di samping itu, para pengguna juga digalakkan agar mengemukakan aduan kepada pihak
pengurusan laman sosial dengan segera jika berlaku hal yang tidak diingini. Bahkan pengguna boleh
membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Polis Diraja Malaysia atau kepada
CMCF sendiri.

Dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju, mentaliti dan sikap setiap anggota masyarakat
perlu diubah. Oleh itu, kesedaran setiap pihak penting dalam memastikan keselamatan pengguna laman
sosial, sekali gus mencegah penyalahgunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada Kawalan Kendiri Mencegah Penyalahgunaan

Media Sosial, Dewan Siswa Mac 2019)

___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
8

__________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

(________ patah perkataan)

9
Soalan 2

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya 80 hingga 100 patah
perkataan.

SENI PERTAHANAN DIRI

Tahukah anda?
Seni mempertahankan diri merupakan suatu kaedah mempertahankan diri daripada
serangan musuh sama ada berlawan menggunakan senjata atau tanpa senjata.

Sila Silambam Karate Kung fu Tae kwan do

t

Kepentingan Seni Pertahanan Diri

Menyihatkan tubuh badan

Mempertahankan warisan bangsa

Membentuk sahsiah diri terpuji

10

KERTAS SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai