Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga Soalan 4


Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah itu telah ______ berbagai-bagai soalan
daripada para wartawan.
A. diyakini
B. dihujani
C. dilempari
D. dikemukakan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2 Orang ramai _____ datang ke pusat beli-belah kerana tawaran diskaun yang tinggi.
A. berpusu-pusu
B. berbaris-baris
C. berderet-deret
D. bergegas-gegas

3 Beberapa orang peserta sedang _____ bunga dalam pertandingan itu.


A. menyusun
B. mengubah
C. menganyam
D. menggubah

4 Pada minggu hadapan, kami sekeluarga akan pergi bercuti _____ Pulau Langkawi.
A. di
B. dalam
C. ke
D. pada

Soalan 5 dan Soalan 6


Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandai dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.

5 Guru-guru senantiasa memberikan tunjuk ajar pada kami agar menjadi manusia
A B C
yang berguna. Tiada kesalahan 

6  Ibu bapa di zaman ini perlu menaikkan semangat patriotisme dalam diri
A B
anak-anak dari kecil lagi. Tiada kesalahan
C D
 

Soalan 7 dan Soalan 8


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan
betulnya.

7 I Dedaun yang bertaburan di halaman hanyut ditiup angin yang kencang.


II Ranting pokok yang jatuh ke dalam sungai hanyut dibawa arus.
III Harta benda orang kaya itu hanyut setelah diserahkan kepada anak
angkatnya.
IV Para penonton hanyut dibuai lagu yang mendayu-dayu itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

8 I Papan itu melubangkan untuk dimasukkan skru.


II Jalan di kampung itu melubangkan di sana sini.
III Tembakan sesat itu telah melubangkan pintu keretanya.
IV Kenderaan berat yang lalu-lalang di situ telah melubangkan jalan yang
baharu itu.
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja

Soalan 9 dan Soalan 10


Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. 
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan
D jika tiada kesalahan.

9 Peristiwa yang berlaku itu tidak dapat dilupakan oleh saya.


A. tidak dilupakan oleh saya.
B. tidak akan saya lupakan.
C. tidak dapat saya lupai.
D. tidak dapat dilupakan oleh saya.

10 Pertandingan tarian yang diadakan di Sekolah Menengah Sri Damai amat hebat
sungguh hingga penonton tidak berganjak walaupun persembahan telah tamat.
A. amat hebat
B. amat sungguh hebat
C. teramat sungguh hebat
D. amat hebat sungguh

Soalan 11 dan Soalan 12


Pilih ayat-ayat yang betul 

11 I Nur Hasliza memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan


yang lalu.
II Mahmud ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara balapan.
III Oleh kerana terlalu letih, Asiah tertidur di atas sofa.
IV Di dalam mesyuarat petang semalam, Mahfuz bertanyakan tentang
maklumat yang telah diperoleh setakat ini.
A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

12 I Sebilangan besar penduduk di sini adalah nelayan.


II “Hadiah apakah yang hendak awak berikan kepada Cikgu Asmah
nanti?” kata Kamariah kepada kawannya, Sidah.
III Awak boleh mengambil hadiah yang saya tawarkan ini bila-bila masa
dari sekarang.
IV Ketua Menteri-Ketua Menteri Negara Asia akan bersidang di Kuala
Lumpur.
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

13 Keeratan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak terjalin apabila


mereka sanggup meluangkan masa mereka demi keseronokan anak-anak.
A. Keseronokan anak-anak pastinya dapat menjalinkan hubungan antara ibu bapa
dengan anak-anak kerana kesanggupan mereka meluangkan masa.
B. Kesanggupan ibu bapa meluangkan masa anak-anak demi keseronokan
mereka pasti akan terjalin hubungan yang lebih erat.
C. Kesanggupan anak-anak meluangkan masa bersama ibu bapa pasti akan
mendapat keseronokan dan merapatkan hubungan antara mereka.
D. Hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak pastinya terjalin lebih erat kerana
kesanggupan mereka meluangkan masa demi keseronokan anak masing-
masing.

Soalan 14 dan Soalan 15


Pilih peribahasa yang paling sesuai. 

14 Saleha kurang selesa sepanjang berada di perantauan. Namun begitu, dia sentiasa
berusaha untuk menyesuaikan diri dengan penduduk di tempat itu. Sikapnya itu
dikatakan
A. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
B. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
C. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri
sendiri.
D. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.

15 Peribahasa berikut berkaitan dengan amalan kerjasama dan kesepakatan kecuali


A. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
B. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
C. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
D. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Anda mungkin juga menyukai