Anda di halaman 1dari 5

MODUL TATABAHASA SET 4

TINGKATAN 1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUGAYA
SET 4: SOALAN OBJEKTIF
Soalan 1-10
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Penunggang-penunggang motosikal terpaksa mencari tempat ______ kerana hujan turun dengan lebatnya.
A berteduh
B bernaung
C bermalam
D bersembunyi

2. Kakak membuang buah cempedak itu kerana sudah berbau ____________.


A basi
B busuk
C hangit
D tengik

3. Pasar Raya G-Mart akan membuat ________ harga barangan secara besar-besaran sempena ulang tahun
ke-10 pasar raya itu beroperasi.
A turunan
B menurun
C keturunan
D penurunan

4. Penonton yang menyaksikan siaran langsung pertandingan bola sepak itu tidak berpuas hati kerana
________ asyik tersilap menyebut nama pemain.
A juruulas
B juruacara
C jurubahasa
D juru runding

5. Wajah Pak Rahim ________ apabila melihat hasil tangkapan yang diperolehnya pada petang itu.
A berseri-seri
B berpinar-pinar
C berkilau-kilau
D bercahaya-cahaya

6. Akibat perbuatannya yang _________ batasan, Ahmad tidak dibenarkan pergi ke mana-mana tanpa
persetujuan bapanya.
A terlampau
B melampau
C melampaui
D melampau-lampau

1
7. Pelbagai jenis bahan bacaan terdapat di perpustakaan, ________ para murid tidak menggunakannya
dengan sebaik-baiknya.
A namun
B walaupun
C bahkan
D malah

8. Kaunter itu ditutup pada waktu rehat dan ________ pertanyaan tidak akan dilayan.
A segala
B seluruh
C beberapa
D sekalian

9. “__________kah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti?” Tanya Husni kepada Norli.
A Bila
B Siapa
C Mana
D Apa

10. Pekerja-pekerja kilang itu tidak mahu bersurai ________ majikan mereka tidak membayar gaji mereka.
A tambahan
B walaupun
C selagi
D malahan

Soalan 11-14
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, tandakan dengan jawapan A,
B atau C dan jika tiada kesalahan tandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Para guru dan murid-murid yang mengunjungi Hari Kantin Sekolah itu melawat berbagai
A B
gerai yang terdapat di tapak pameran untuk membeli barangan. Tiada kesalahan
C D

12.Dahan pokok rambutan terpaksa dipotong kerana dikhuatiri akan patah dan menempa
A B C
bumbung rumah penduduk kampung. Tiada kesalahan.
D

13.Peranan stesen-stesen radio perlu dipertingkat dalam usaha untuk menyebarkan maklumat
A B
kepada para pendengar. Tiada kesalahan
C D

2
14.Perkembangan sains dan teknologi pada hari ini telah menjadi bidang pendidikan lebih
A B
menarik, terutama apabila komputer digunakan secara meluas. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 15-17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betulnya.

15. I Wajah Ali sentiasa muram sejak perniagaannya mengalami kerugian.


II Walaupun Encik Zakuan cuba menyembunyikan muramnya, kami tahu bahawa beliau
sedang menghadapi masalah.
III Penduduk kampung bekerjasama membaiki rumah Pak Mat yang telah muram itu
IV Rumah penduduk di hujung kampung itu muram pada waktu malam kerana belum mendapat
bekalan elektrik.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

16. I Kura-kura itu menyorok di dalam kulitnya apabila dipegang oleh Azif.
II Roti itu tidak boleh dimakan lagi kerana telah ditumbuhi kulit.
III Beg tangan itu mahal harganya kerana dibuat daripada kulit buaya.
IV Model yang menghiasi kulit depan majalah itu mempunyai banyak peminat kerana wajahnya
yang cantik.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

17. I Buah-buah rambutan yang dipetik oleh datuk pagi tadi masih belum terikat.
II Tangan gadis itu terikat pada sebatang pokok di tebing sungai semasa ditemui oleh pihak
polis.
III Murid-murid yang diberi biasiswa oleh syarikat swasta itu terikat dengan syarat-syarat yang
dikenakan.
IV Mak Esah melepaskan lembunya yang terikat pada sebatang pokok di belakang rumahnya.
A I dan II
B I, II dan IV
C II,III dan IV
D I,II,III dan IV

3
Soalan 18-20
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai
18. Puan Hasni berasa gembira kerana akhirnya kedua-dua orang anaknya sudah berbaik semula setelah berbulan-
bulan berselisih faham. Hal ini diibaratkan
A pahit dahulu, manis kemudian
B hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dipecah
C kecil api menjadi kawan, besar menjadi lawan
D carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

19. Peribahasa “adat juara kalah menang” bermaksud

A setiap kerja yang dibuat biarlah sempurna, jangan separuh jalan sahaja
B pendirian yang tidak tetap
C untung dan menang silih berganti
D tiap-tiap usaha mesti ada untung dan ruginya

Zarif berasa menyesal kerana tidak belajar


bersungguh-sungguh kerana kebanyakan
syarikat melihat taraf pendidikan untuk
mengambil pekerja.

20. Peribahasa yang sesuai untuk penyataan di atas ialah

A bagai kucing dibawakan lidi


B hari tidak selamanya panas
C ukur baju di badan sendiri
D nasi sudah menjadi bubur

Anda mungkin juga menyukai