Anda di halaman 1dari 5

6.

0 Class 2 BM 这星期挑战
Latihan 1:

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Program __________ begitu diminati oleh pelancong dari luar negara untuk menetap lebih lama di sini.
A.inap desa
B.rumah desa
C.rumah kampung
D.desa penginapan

2. Bersukan merupakan aktiviti yang berfaedah dan berupaya meningkatkan _________ kesihatan
seseorang.
A.paras
B.tahap
C.darjah
D.statistik

3. Remaja perlu bijak mengukur kemampuan dari segi kewangan sebelum _______ sebarang
perbelanjaan.
A. melakukan
B. berlaku
C. dilakukan
D. berkelakuan

4. John terpaksa menjual rumah banglonya kerana ______ wang untuk membiayai kos pembedahan
jantung isterinya.
A. kesusahan
B. kesuntukan
C. kemuflisan
D. kesempitan

1|Page
Pilih ayat-ayat yang betul.

5.
I. Angel menggunakan wang simpannya untuk membeli beg sekolah yang baru.
II. Mereka sekeluarga sedang beristirahat di tepi pantai sambil bermandi-manda.
III. Kakak merakamkam gambar hutan paya bakau dengan menggunakan telefon pintarnya.
IV. Sin Yearn telah dilantik sebagai Bendahari Kelab Pengguna kerana dia seorang yang jujur.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

6.
I. Kuching terkenal dengan khazanah warisan budaya pelbagai etnik.
II. Festival Layang-layang Antarabangsa itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak.
III. Kita haruslah cinta dan bangga dengan negara.
IV. Kemudahan seperti penghawa dingin dan peti sejuk telah disediakan di inap desa tersebut.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I. Harga minyak di pasaran yang jatuh minggu lalu naik mendadak pada hari ini.
II. Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada hari minggu.
III. Zahid jatuh sakit selepas makan di warung itu.
IV. Daniel mengutip buah durian yang jatuh di kebun Pak Cik Jamal.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

2|Page
Bahagian yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Selain daripada menyediakan tempat penginapan, inap desa yang diusahakan oleh Liza juga menyediakan
rombongan lawatan untuk pelancong.
A. Selain tempat menyediakan penginapan
B. Selain menyediakan tempat penginapan
C. Selain dari menyediakan tempat penginapan
D. Selain daripada menyediakan tempat penginapan

9. Pelancong dari Austria itu mendapati kami lalu bertanyakan arah ke Muzium Negara.
A. mendapatkan kami lalu bertanyakan
B. mendapatkan kami sambil bertanya
C. mendapati kami dan bertanyakan
D. mendapati kami lalu bertanyakan

10. Ayat mencari hotel itu berpandu peta yang diperolehnya melalui Internet.
A. pandukan peta yang diperolehnya
B. berpandukan peta yang diperolehnya
C. panduan peta yang diperolehnya
D. berpandu peta yang diperolehnya

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

11. Sepanjang pengajiannya di universiti, perbelanjaan Amira ditanggung oleh ayahnya yang bekerja
sebagai jurutera.
A. Ayah Amira yang bekerja sebagai jurutera telah menanggung segala perbelanjaan sepanjang pengajian
anaknya di universiti.
B. Sepanjang pengajian anaknya di universiti, Amira telah menanggung perbelanjaan ayahnya yang
bekerja sebagai jurutera.
C. Sepanjang ayahnya bekerja sebagai jurutera, Amira telah menanggung pengajiannya di universiti.
D. Jurutera itu menanggung pengajian Amira dan ayahnya di universiti.

3|Page
12. Malaysia mampu menerima kunjungan pelancong dari seluruh pelosok dunia kerana mempunyai
pelbagai tarikan.

A. Kunjungan pelancong dari seluruh pelosok dunia mampu menjadikan Malaysia lebih menarik.
B. Seluruh pelosok pelancong berkunjung ke Malaysia kerana Malaysia menerima kunjungan mereka.
C. Seluruh pelancong dari pelosok dunia datang ke Malaysia kerana tertarik oleh keistimewaannya.
D. Berbagai-bagai tarikan yang dimiliki oleh Malaysia menyebabkan negara ini mampu menerima kunjungan
pelancong dari seluruh pelosok dunia.

Pilih peribahasa yang betul.


13. Pemuda yang bekerja di London itu kembali ke kampung halamannya untuk
mengusahakan perniagaan milik keluarganya.

Keadaan ini dikatakan


A. bagai rusa masuk ke kampung
B. bagai belut pulang ke lumpur
C. seperti api di dalam sekam
D. bagai murai dicabut ekor

Bahagian yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin
juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

14. Pemandangan tasik yang tenang dan indah itu benar-benar mendamaikan hati yang sedang di dalam
A B C

keresahan. Tiada kesalahan


D

15. Puan Tan menasihati anaknya agar berjimat cermat supaya kesenangan pada masa depan. Tiada kesalahan.
A B C D

16. Rakyat Malaysia akan menerima bantuan wang sara hidup bagi meringankan beban bahawa kenaikan harga
A B C

barang-barang keperluan harian. Tiada kesalahan.

4|Page
17. Para pelancong membeli kraftangan buatan penduduk tempatan sebagai cenderamata untuk rakan

A B C

dan saudara-mara. Tiada kesalahan.

Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.


18. Ramli dan Razali akan menyaksikan perlawanan bola sepak di padang sekolah pada petang nanti.

19. Cikgu Rosmah mengajar Bahasa Melayu kepada pelajar Tingkatan Tiga Mawar.

20. Mereka bekerja dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang.

5|Page

Anda mungkin juga menyukai