Anda di halaman 1dari 13

2

Soalan 1 – 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai

1 ___________ siapakah hadiah yang awak balut itu?


A Bagi
B Untuk
C Demi
D Kepada

2 Kebiasaannya tikar dibentangkan oleh orang-orang kampung, sebagai tanda ______________


duduk kepada tetamu yang hadir.
A sila
B mari
C harap
D tolong

3 Keadaan ekonomi negara yang ___________ amat merunsingkan barisan pemimpin negara
kita.
A mundur maju
B tinggi rendah
C jatuh bangun
D turun naik

4 Melisa berusaha menjejaki _________ setelah berpisah dengan suaminya 20 tahun yang lalu.
A anak kandungnya
B anak buahnya
C anak saudaranya
D anak tirinya

5 Yang Berhormat Datuk Kamil selalu ___________ fakir miskin di kawasan Kampung Bahagia.
A menyedekahkan
B menyedekahi
C menyedekah
D sedekahi

6 Jamaliah dan ibunya tidak _________ bertolak ke destinasi pelancongan tepat pada masanya.
A mampu
B boleh
C dapat
D daya

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
3

7 Setiap petang ayah dan Pak Manaf suka ______________ di gerai Pak Mat.
A berkata-kata
B berbisik-bisik
C bercerita-cerita
D bersembang-sembang

Soalan 8 – 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditanda dengan A, B dan C.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan dalam ayat berkenaan

8 Ibu menasihati Alif supaya tidak tertawakan pengemis itu. Tiada kesalahan
A B C D

9 Ketua kampung itu tidak menyebelahi siapa-siapa pihak dalam pertikaian keluarga tersebut.
A B C
Tiada kesalahan
D

10 Pengorbanan Haji Khairul selama lima tahun itu terbayar apabila anaknya berjaya menjadi
A B C
doktor. Tiada kesalahan
D

11 Restoran Aminah mengadakan perkhidmatan swalayan kepada pelanggan-pelanggannya.


A B C
Tiada kesalahan
D

12 Hiasan yang dipakai oleh Datin Nasha tampak kemilau dan eksklusif. Tiada kesalahan
A B C D

13 Puan Shetu jatuh terlentang kerana lantai dapurnya yang licin-licau. Tiada kesalahan
A B C D

14 Kebanyakan pelajar Tingkatan 3 Amanah berbincang mengenai mata pelajaran Bahasa Melayu.
A B C
Tiada kesalahan
D

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
4

Soalan 15 - 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa
anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15 I Hasan lulus ujian itu, malahan adiknya gagal.


II Helen mengemas rumah, malahan ibunya membasuh kain.
III “Bukan aku yang mengkhianatinya, malahan aku yang membantunya.
IV Cuaca yang mendung tadi bertukar menjadi cerah, malahan semakin terik sekarang.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I,II dan III sahaja
D II,III dan IV sahaja

16 I Penyakit ayah Arumugam bertambah baik setelah dirawat di Hospital Queen Elizabeth.
II Negara kita bertambah makmur kerana ditadbir oleh pemimpin yang berwibawa.
III Hasil jualan ayam Ah Chong semakin bertambah setelah beliau menggunakan baka ayam
kacukan.
IV Lauk itu semakin sedap apabila bertambah serbuk perasa.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I,III dan IV sahaja

17 I Paras wajah Adilah memang menarik dengan rambutnya yang perang.


II Eksekutif syarikat itu berasa malu apabila ahli mesyuarat perang mulut.
III Perang dingin antara kedua-dua negara itu kini kembali pulih.
IV Gula perang sering kali digunakan dalam masakan tradisional orang-orang Melayu.
A II, dan III sahaja
B III, dan IV sahaja
C I, III, dan IV sahaja
D II,III dan IV sahaja

Soalan 18 – 21
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap
bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B
atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

18 Butik Muslimah itu menjual baju-baju yang mahal-mahal belaka.


A baju-baju yang mahal.
B baju-baju yang mahal belaka.
C baju-baju yang mahal-mahal.
D baju-baju yang mahal-mahal belaka.

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
5

19 Penyelam itu berhempas-pulas dengan bersungguh-sungguh menyelamatkan diri daripada


serangan jerung.
A berhempas-pulas
B berhempas-pulas dengan bersungguh
C berhempas-pulas bersungguh-sungguh
D berhempas-pulas dengan bersungguh-sungguh

20 Sejak dari tadi dia menanti kelahiran cahaya mata sulungnya dengan penuh debaran.
A Sejak dari tadi yang dia
B Sejak sedari tadi dia
C Sejak dari tadi dia
D Sejak tadi dia

21 Pensyarah itu membentangkan lembaran kerja itu di hadapan mahasiswa-mahasiswa baharu.


A lampiran kerja
B kertas kerja
C buku kerja
D lembaran kerja

Soalan 22 - 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak
tebal.
22 “Ikram, cepat naik ke rumah! Dah waktu Maghrib ni,” kata ibu kepada Ikram.
A Ibu menyuruh Ikram naik ke rumah kerana waktu Maghrib sudah tiba.
B Waktu Maghrib sudah tiba selepas ibu menyuruh Ikram naik ke rumah.
C Ikram menyuruh ibunya naik ke rumah kerana waktu Maghrib sudah tiba.
D Waktu Maghrib yang telah tiba menyebabkan Ikram dan ibunya naik ke rumah.

23 Pengguna –pengguna di seluruh negara dinasihatkan agar melaporkan kenaikan harga barang
yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh para peniaga kepada Persatuan Pengguna.
A Para peniaga perlu melaporkan kenaikan harga barang yang dilakukan sewenang-
wenangnya oleh Persatuan Pengguna kepada pengguna-pengguna di seluruh negara.
B Pengguna-pengguna yang sewenang-wenangnya di seluruh negara dinasihatkan agar
melaporkan kenaikan harga barang Persatuan Pengguna kepada para peniaga.
C Persatuan Pengguna meminta nasihat kepada pengguna-pengguna di seluruh negara
tentang kenaikan harga barang yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh para peniaga.
D Pengguna-pengguna di seluruh negara dinasihatkan supaya melaporkan kenaikan harga
barang yang sewenang-wenangnya kepada Persatuan Pengguna yang dilakukan oleh para
peniaga.

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
6

24 Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Muhibbah mengadakan ceramah kepimpinan kepada
pengawas-pengawas dalam usaha membina minda kelas pertama.
A Pengawas-pengawas Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan ceramah kepimpinan
kepada Sekolah Muhibbah dalam usaha membina minda kelas pertama.
B Unit Bimbingan dan Kaunseling membina minda kelas pertama dalam usaha mengadakan
ceramah kepada pengawas-pengawas Sekolah Muhibbah.
C Pengawas-pengawas Sekolah Muhibbah memberikan ceramah kepimpinan membina
minda kelas pertama untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling.
D Pengawas-pengawas Sekolah Muhibbah diberikan ceramah kepimpinan dalam usaha .
membina minda kelas pertama oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Muhibbah.

Soalan 25 - 27
Pilih ayat-ayat yang betul .

25 I Ke Pulau Langkawi bersama keluargalah Hamimah.


II Jambangan bunga itu bukan dibeli oleh Anita tetapi Farida.
III Penonton terpukau kelunakan suara Dato Siti Nurhaliza.
IV Emak menjahiti saya baju raya yang baharu.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

26 I Kegawatan ekonomi global turut memberi kesan terhadap syarikat-syarikat kecil di negara
ini.
II Masalah kebejatan sosial dalam kalangan remaja, seyogianya diberi perhatian khusus oleh
pihak berwajib.
III Guru berperanan penting dalam melahirkan modal insan yang diperlukan negara.
IV Penggunaan minyak yang berlebihan dalam masakan boleh menjejaskan kesihatan.
A I, dan II
B II, dan IV
C I, II dan III
D II, III, dan IV

27 I Amirah berasa kesal kerana telah membohongi ibu bapanya.


II Berteriak kami sekuat-kuatnya apabila mendengar dentuman guruh yang kuat.
III “Amboi, bukan main bergaya anak saudara awak tu!”
IV “Tolong ambil perhatian tentang perkara tersebut!” Kata Cikgu Nasharudin kepada
pelajar-pelajarnya.
A I dan II
B II dan III
C I, II, dan III
D I,III, dan IV

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
7

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
8

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
9

28 Ketika belajar di luar negara, Ayu bekerja sebagai pelayan di restoran untuk menampung kos
02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah
SULIT
10

sara hidupnya. Situasi ini samalah seperti


A orang memberi kita merasa.
B sambil berdiang, nasi masak.
C kalau tiada rotan akar pun berguna.
D berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.

29

Simpulan bahasa di atas memberi gambaran …


A orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai juga akhirnya.
B mengerjakan sesuatu kerja sehingga selesai.
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan
C seseorang yang mengejar cita-cita akan berusaha untuk mencapainya.
D setiap orang mempunyai kehendak hati masing-masing.

embun

30 Maksud peribahasa yang berkaitan dengan gambar di atas.

A Kasih yang tidak berkekalan.


B Bergantung kepada nasib semata-mata.
C Lebih baik rugi sedikit daripada rugi banyak.
D Suatu keadaan yang sangat genting.

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
11

Soalan 31 - 35
Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih
jawapan yang paling sesuai.

Hatta, setelah didengar oleh Tuan Puteri Bongsu bunyi pantun si pengail itu, maka ia pun
segeralah menangkap pinggang si pengail seraya disembahnya, “Ayuhai bapa, orang yang pengail,
empunya sembahlah beta sekali ini permintaan beta kepada bapa, tolonglah pulangkan kain layang baju
layang beta itu, kerana beta hendak kembali ke kayangan takut dimurkai oleh ayahanda bonda beta,
jikalau tiada mahu memulangkan pun marilah kita berhakim kepada Nenek Kebayan, siapa salah siapa
benar!”
Maka sahut si pengail, “Silakan tuan puteri, kami tiada mengambilnya.”

Maka kedua-duanya pergi ke rumah Nenek Kebayan itu lalu berdirilah Tuan Puteri Bongsu
dengan si pengail di halaman rumah Nenek Kebayan itu. Maka Tuan Puteri Bongsu pun seraya bersabda,
“Ayuhai nenek, apalah hal sekarang beta ni hendak pulang ke kayangan; kakanda yang keenam sudah
kembali semuanya, tinggallah beta seorang diri sahaja kerana kain layang baju layang beta sudah dicuri
oleh orang tua pengail ini!”

Maka kata Nenek Kebayan, “Ayuhai cucuku Tuan Puteri Bongsu, adakah tuan puteri melihat
orang pengail itu mengambilnya?”

Maka sabda Tuan Puteri Bongsu, “Tiada beta melihat ia mengambil, sekadar bertanya akan kain
layang baju layang beta yang kehilangan itu, dijawabnya dengan pantun pula, menjadi syaklah di hati
beta mendengarkan pantunnya itu. Demikianlah bunyinya:

“Orang mengail berumpan lokan,


Sampan dikayuh terlalu laju;
Orang mengail dapat ikan,
Saya mengail dapat baju.”

Maka kata Nenek Kebayan, “Ayuhai tuan puteri, jikalau sungguh tuan puteri menaruh syak
akan si pengail ini mengambilnya, bolehlah nenek periksa dahulu!”

Maka Tuan Puteri Bongsu pun diam seraya bersyair pula, demikian bunyinya:

“Sudah nasib badan yang malang,


Tiadalah dapat beta nan pulang,
Kepak dan sayap disambar helang,
Apakah kelak gerangan jembalang?”
(Dipetik daripada antologi Sehijau Warna Daun
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
12

31 Mengapakah Tuan Puteri Bongsu mengatakan pengail itu mengambil baju layangnya?
A Tuan Puteri Bongsu ternampak pengail mengambil baju layangnya.
B Pengail menyimpan baju layangnya.
C Apabila mendengar pantun pengail.
D Nenek kebayan yang memberitahunya.

32 Mengapakah si pengail dan Tuan Puteri Bongsu pergi ke rumah Nenek Kebayan?
A Untuk tumpang bermalam
B Untuk mengatur perkahwinan mereka berdua
C Tuan Puteri Bongsu mengadu nasib kerana tidak dapat balik ke kayangan
D Untuk dihakimi oleh Nenek Kebayan berkenaan pertelingkahan mereka berkaitan dengan
kain layang baju layang

33 Pengajaran yang dapat diperoleh daripada sikap Nenek Kebayan ialah


A kita harus akur pada peraturan.
B kita harus bijak menangani masalah.
C kita tidak boleh menuduh seseorang secara membuta tuli.
D jangan mudah termakan pujukan dan tipu helah orang lain.

34 Latar tempat dalam petikan di atas merujuk …


A di rumah Nenek Kebayan
B di atas kayangan
C di sebuah tasik
D di istana raja

35 Siapakah sebenarnya pengail itu?


A Raja Kecil Besar
B Tuan Betara Guru
C Raja Iskandar Syah
D Tuanku Malim Deman

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
13

Soalan 36 - 40
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih
jawapan yang paling sesuai.

BAHASA
Mari kita berbahasa
sebaiknya.

Bahasa adalah pengatur


pucuk fikiran yang bertabur
bahasa adalah pelentur
ranting perasaan yang bersiur

Dengan bahasa
terlihat fakta padu
terlihat sinar ilmu
terlihat cinta biru

Dengan bahasa
pemimpin memaparkan arah
di pentas siasah,
dengan bahasa
orang beriman menikmati ibadah
khusyuk dan pasrah.

Mari kita berbahasa


sebaiknya.

Dengan bahasa
budi dipertinggi
mesra diperlebar
dengan bahasa
kita menjadi kita
bersama.

Jika tanpa bahasa


bagaimana akan kita setujui
perjanjian ini?

Mari kita berbahasa


sebaiknya.

(Dipetik daripada antologi Anak Bumi Tercinta


Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT
14

36 Penyajak menyeru masyarakat untuk berbahasa sebaiknya kerana bahasa adalah


A wadah perpaduan.
B alat untuk berperang.
C cara untuk menuntut ilmu.
D wadah untuk berkomunikasi.

37
Mesra diperlebar

Frasa di atas bermaksud bahasa …

A memperluas perpaduan.
B meningkatkan ilmu.
C memantapkan iman.
D melahirkan pemimpin berwibawa.

38 Gaya bahasa yang digunakan dalam rangkaian kata pucuk fikiran ialah…
A personafikasi.
B anafora.
C epifora.
D metafora.

39 Nilai yang tersirat dalam baris 2 dan 3 pada rangkap 4 adalah…..


A berbudi.
B penyayang.
C kepemimpinan.
D berilmu.

40 Apakah tema sajak ini?


A Bahasa sebagai alat untuk menyampaikan ilmu dan fakta.
B Bahasa adalah bahasa kebangsaan.
C Peranan bahasa dalam kehidupan manusia.
D Bahasa sebagai alat perpaduan.

SOALAN TAMAT

02/1©2009 Hak Cipta SPA [Lihat sebelah


SULIT

Anda mungkin juga menyukai