Anda di halaman 1dari 5

KERJA MASA CUTI

BAHASA MELAYU
TINGKATAN SATU (DIS 2022)

BAHAGIAN A
[20 Markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Soalan 1 hingga Soalan 3


Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Makanan yang masin tidak sesuai dimakan oleh pesakit yang menghidap __________.
A darah tinggi
B kanser otak
C angin ahmar
D kencing manis

2 Suraya yang bekerja sebagai ________ insurans berusaha meyakinkan pelanggan untuk
membeli pakej insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans yang diwakilinya.
A ejen
B agen
C ajen
D egen

3 __________ Tuan Puteri Nila Kesuma pun masuk ke bilik peraduan diiringi oleh dayang-
dayang istana.
A Alkisah
B Adapun
C Syahadan
D Sebermula

Soalan 4 dan Soalan 5


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
4 Ahmad merasa kecewa dengan tindakan rakannya yang cuba mengkhianati perhubungan
A B
akrab antara mereka. Tiada kesalahan
C D
5 Kereta baharunya tidak secantik kereta abang saya walaupun kereta itu dieksport dari luar
A B C
negara. Tiada kesalahan
D

Soalan 6 dan Soalan 7


Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6 I Anis berharap dia menjadi anggota uniform apabila dewasa kelak.


II Tugas anggota polis dalam memastikan keamanan negara semakin mencabar.
III Dalam kebakaran tersebut, sebahagian daripada anggota badannya melecur teruk.
IV Anggota masyarakat haruslah berganding bahu memakmurkan negara yang tercinta ini.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

7 I Semak samun di belakang rumahnya telah habis Rahim kebas.


II Hasni kebas di situ setelah mendapat berita ibunya kemalangan.
III Kakiku kebas kerana terlalu lama duduk di tapak perhimpunan sekolah.
IV “Kau memang suka kebas duit aku untuk keluar berfoya-foya di pusat karaoke,” kata
Sazli kepada kembarnya dengan marah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 8 dan Soalan 9
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8 Kita hendaklah minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari untuk menggantikan air
yang keluar dari badan.
A mengganti air yang keluar dari badan
B menggantikan air yang keluar daripada badan
C mengganti air yang keluar daripada badan
D menggantikan air yang keluar dari badan

9 Buah tembikai yang masak itu kami telah petik untuk dibuat jus.
A telah dipetik oleh kami
B kami telah memetik
C telah kami petik
D kami telah petik

Soalan 10 dan Soalan 11


Pilih ayat-ayat yang betul.
10 I Ibu memasak kari ayam yang digemari oleh ayah.
II Kakak memasang langsir tingkap sambil mendengar radio.
III Ayah dan abang mencuci kereta di halaman rumah.
IV Adik bermain-main pondok di ruang tamu rumah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

11 I Akibat suka makan makanan pedas, Lukman disahkan oleh doktor menghidap penyakit apendiks.
II Dahlia akan ke Bandung, Indonesia atas urusan kerja.
III Zahid pulang di kampung kerana sudah lama merantau di negeri orang.
IV Fatimah dikurniakan sebentuk cincin oleh kekasihnya sempena ulang tahun kelahirannya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
Soalan 12 dan Soalan 13

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

12 Pingat kebesaran telah dianugerahkan oleh Sultan Perak kepada tokoh masyarakat itu.
A Sultan Perak memberikan pingat kebesaran kepada tokoh masyarakat itu.
B Tokoh masyarakat itu mempunyai pingat kebesaran yang Sultan Perak anugerahkan.
C Sultan Perak telah menganugerahkan pingat kebesaran kepada tokoh masyarakat itu.
D Telah menganugerahkan Sultan Perak pingat kebesaran kepada tokoh masyarakat itu.

13 Perompak itu memberi amaran untuk menakutkan pekerja di kedai itu.


A Pekerja kedai yang merompak di kedai itu telah diberi amaran.
B Perompak menakutkan pekerja di kedai itu dengan memberi amaran.
C Semua perompak memberi amaran apabila pekerja kedai itu ditakutkan.
D Perompak yang takut itu telah diberi amaran oleh pekerja kedai.

Soalan 14 dan Soalan 15


Pilih peribahasa yang paling sesuai.

14 Gambar di atas sesuai dengan peribahasa


A alah bisa tegal biasa.
B usaha tangga kejayaan.
C bertangguh itu pencuri masa.
D berkata benar walaupun pahit.
15 Kehidupan masyarakat di kampung sangat kaya dengan nilai-nilai murni. Masyarakatnya
saling membantu antara satu sama lain terutama apabila ada majlis kenduri-kendara, gotong-
royong, dan sebagainya.
Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa
A bagai aur dengan tebing.
B bagai aur ditarik songsang.
C bagai melukut di tepi gantang.
D bagai cincin dengan permata.

Anda mungkin juga menyukai