Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN A

[20 markah]

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu, A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada ruang jawapan yang disediakan.

Soalan 1 hingga 3
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Peserta dari SMK Tanjung Ara telah memenangi acara _______________ lembing peringkat
negeri Kelantan.

A merejam B melontar
C membaling D melempar

2. Alif tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya kerana bimbang __________
kesihatan ibunya di rumah.

A pada B akan
C tentang D dengan

3. Cempedak goreng yang dibeli ayah di pasar itu sungguh ________ jika dimakan panas-panas.

A enak B manis
C harum D rangup

Soalan 4 hingga 5
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditanda dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

4. Encik Bakri menghadiahi sebatang pen berjenama kepada anak sulungnya yang mendapat
A B
keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Tiada kesalahan.
C D

5. Erina dan Ching Yee memakai pakaian yang seiras ketika keluar membeli-belah di pekan.
A B C
Tiada kesalahan.
D

1
Soalan 6 hingga 7
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6. I Luas ladang itu ialah empat ekar.

II Nadiah mewarisi tanah yang luas daripada ayahnya.
III Azri suka berkawan dengan Sabri kerana pengetahuannya dalam bidang pertanian yang
sangat luas.
IV Hatiku luas sekiranya ibu tidak dapat mengahadiri majlis penyampaian hadiah yang akan
disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Marzuki.

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

7. I Asyraf masih ingat akan raut anak gadis yang berwajah kemanisan itu.
II Kemanisan nanas madu itu memang tiada tolok bandingnya.
III Mak Cik Gayah teringat kembali tentang kemanisan hidup pada zaman mudanya.
IV Suraya yakin bahawa kemanisannya akan kembali jika dia dapat merangkul kejuaraan
dalam pertandingan itu.

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 8 hingga 9
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan Bahasa atau mungkin juga tidak.Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang dilanda banjir.

A akan kami serahkan kepada B akan kami serahkan pada

C kami akan serahkan pada D kami akan serahkan kepada

9. Bangku yang terdapat di taman itu diperbuat daripada besi yang bertahankan karat.

A dari besi yang tahan karat B dari besi yang tahan akan karat
C daripada besi yang tahan karat D daripada besi yang bertahankan karat

Soalan 10 hingga 11
Pilih ayat-ayat yang betul.

10. I Setiap murid harus meningkatkan disiplin.

II Hakim menjatuhi perompak itu hukuman penjara
III Perabot itu mahal kerana ianya diimport.
IV Kita mesti yakinlah Tuhan tentukan segalanya.

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

2
11. I Aiman dan Kuhan mandi di sungai.
II Azri mengalami tekanan perasaan.
III Encik Borhan ke Sarawak semalam.
IV Kasut itu diperbuat dari kulit buaya.

A I dan II sahaja B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

Soalan 12 hingga 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

12. Pasangan kembar siam itu berjaya dipisahkan melalui pembedahan oleh beberapa
orang pakar perubatan.

A Beberapa orang pakar perubatan berjaya memisahkan pasangan kembar siam melalui
pembedahan.
B Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh beberapa orang pakar perubatan terhadap
pasangan kembar itu.
C Pembedahan yang dijalankan terhadap pasangan kembar siam itu adalah hasil daripada
beberapa orang pakar.
D Pembedahan yang dijalankan oleh pasangan pakar itu telah memisahkan beberapa orang
kembar siam.

13. Kementerian Kesihatan mengingatkan masyarakat agar berwaspada terhadap wabak

denggi.

A Kementerian Kesihatan berwaspada terhadap penularan wabak denggi.

B Masyarakat dinasihatkan pihak Kementerian Kesihatan agar berwaspada kerana wabak
denggi menyerang.
C Masyarakat diminta oleh Kementerian Kesihatan agar berwaspada dengan penyebaran
wabak denggi.
D Penularan wabak denggi menyebabkan Kementerian Kesihatan menasihati masyarakat
supaya berhati-hati.

Soalan 14 hingga 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

14. Dengan sekali pandang sahaja, ketua jurulatih badminton negara sudah dapat mengesan
bakat besar yang dimiliki pemain muda negara . Peribahasa yang sesuai ialah

A menatang minyak yang penuh B bagaimana acuan begitulah kuihnya

C hanya jauhari yang mengenal manikam D alah bisa tegal biasa

15. Pembangunan pesat ekonomi negara menjadikan Malaysia sudah mampu bersaing dengan
negara maju yang lain. Peribahasa yang sesuai ialah

A belum duduk sudah berlunjur B duduk sama rendah berdiri sama tinggi
C ular menyusur akar tak akan hilang bisanya D alah membeli menang memakai

3
Soalan 16 hingga 20
Baca syair dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SYAIR BURUNG NURI

Bermula warkah surat rencana, Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Ikatan fakir yang sangat hina, Segenap pesisir desa negeri,
Sajak dan nazam banyak tak kena, Bertambahlah pula sopan da negeri,
Daripada pendapat kurang sempurna. Santap nan tidak minum pun kari.

Gerangan sungguh amatlah leta, Bangun terjunun badan suatu,

Perinya akal gelap-gelita, Gundahlah fikir tiada tertentu,
Hemat pun rendah daif berserta, Laksana cermin jatuh ke batu,
Tambahan badan miskin dan nista. Remuk dan redam hancur di situ.

Beribu ampun kiranya tuan, Remuk dan redam rasanya hati,

Atasnya hulu fakir nistawan, Lenyaplah fikir budi pekerti,
Daripada masyghul gundah merawan, Jikalau kiranya  hamba turuti,
Terperilah madah patik nin tuan. Daripada hidup sebaiknya mati.

Dituliskan sahifah supaya nyata, Mohd. Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman
Barang yang ghairah di dalam cinta, Kaeh (Penyelenggara)
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata. Dipetik daripada antologi Bintang
Hati, Tingkatan 3,
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.

16. Kata nista yang terdapat dalam sajak di atas?

A kuat C gagah
B hina D harum
.
17. Rangkap kelima dalam syair tersebut bermaksud

A penyair mengisahkan dirinya sentiasa bernasib malang.

B penyair menyatakan bahawa nasib malang bukanlah penghalang untuk berjaya.
C nasib malang penyair menjadi punca dia dihina oleh masyarakat.
D nasib malang boleh diubah jika penyair rajin berusaha.

4
18. Yang berikut merupakan persoalan yang tidak terdapat dalam syair di atas.

A Kepentingan memiliki ilmu

B Tidak rasional dalam berfikir dan membuat tindakan
C Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta
D Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang

19. Laksana cermin jatuh ke batu

Unsur gaya bahasa yang digunakan oleh penyair dalam baris syair di atas ialah

A simile B anafora
C metafora D hiperbola

20. Apakah pengajaran yang terdapat dalam syair ini?

A Kita sepatutnya bersikap merendah diri agar dapat menjaga perasaan orang lain.

B Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan untuk mengelakkan perkara
tersebut berulang lagi.
C Kita janganlah bertindak mengikut kata hati sahaja
D Kita mestilah sentiasa patuh dan mendengar nasihat ibu bapa.

5
Kertas jawapan bahagian A

1. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
2. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
3. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
4. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
5. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
6. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
7. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
8. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
9. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
10. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
11. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
12. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
13. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
14. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
15. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
16. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
17. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
18. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
19. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )
20. ( A ) ( B ) ( C ) ( D )

Arahan : Hitamkan menggunakan pensel 2b

6
BAHAGIAN B
[25 markah]

Soalan 1
Dalam petikan di bawah, terdapat lima kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu
semula.

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas
rumah hijau. Gas-gas ini membenarkan bahang matahari menembusi atsmosfera tetapi
menghalang pembebasan semula bahang bumi. Punca utama berlakunya pemanasan global
ialah pelepasan gas karbon dioksida akibat daripada pembakaran bahan api fossil. Kenderaan
bermotor yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan engine
khususnya minyak tanpa plambum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan
karbon monoksida yang menjadi penyebab pemanasan global. Kesan yang paling ketara akibat
pemanasan global ialah kejadian pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Justeru,
semua pihak sama ada ibubapa, pihak sekolah dan kerajaan haruslah berganding bahu untuk
mengurangkan permasalahan ini.

i) _______________________________ iv) ______________________________

ii) _______________________________ v) ______________________________
iii) _______________________________
[5 markah]

Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati

pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan masalah
pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya
mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar untuk
mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat diguna dan dimakan
oleh manusia. Hal ini demikian kerana, terdapat juga cendawan yang beracun yang boleh
memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Seseorang yang
termakan cendawan beracun ini akan terdedah kepada masalah kerosakan hati. Selain itu,
pengambilan cendawan yang beracun juga akan memusnahkan sintesis protein dalam tubuh
badan manusia.

Kajian juga mendapati cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik untuk
melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat
meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang
keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit kanser. Kajian juga
mendapati bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida yang
menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi
7
disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian kerana cendawan mampu
mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan. Selain memberi kebaikan kepada tubuh
manusia, cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik kepada bentuk baja.
Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semula hutan.

(i) Berikan maksud bakteria. [2 markah]

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(ii) Berdasarkan petikan, apakah kesan cendawan beracun kepada kesihatan manusia? [4
markah]
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah cabaran yang harus dihadapi untuk menjadi pengusaha
cendawan?
[4 markah]
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

Soalan 3

Tema merupakan idea utama yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada khalayak pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga contoh peristiwa yang dapat
menggarap tema tersebut.

NOVEL TEMA

Hempasan Ombak  Usaha dan kecekalan seorang anak muda memajukan

karya Zailiani Taslim perniagaan

[10 markah]

8
______________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

9
Bahagian C terdiri daripada dua soalan, iaitu Bahagian C (i) dan Bahagian C (ii). Anda
dikehendaki menjawab satu soalan sahaja.

BAHAGIAN C (i)
[15 markah]

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis
ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

pembaziran

mengganggu menimbulkan
proses pengajaran IMPAK gejala
dan pembelajaran PENGGUNAAN sosial
TELEFON BIMBIT

melekakan
murid

10
BAHAGIAN C (ii)
[ 15 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan tentang
cara-cara mencegah penyalahgunaan media sosial. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia merupakan antara negara yang aktif penggunaan media sosial seperti Facebook,
mySpace, Instagram dan Twitter. Jaringan sosial seperti ini memudahkan pengguna untuk
mencipta laman web peribadi dan memudahkan perhubungan sesama rakan atau perkongsian
maklumat serta komunikasi. Namun, terdapat juga penyalahgunaan media sosial oleh segelintir
individu tidak bertanggungjawab seperti memuat naik dan menyebarkan gambar atau video yang
mengaibkan orang lain. Sekiranya tidak ditangani secara serius berkemungkinan akan
mengundang padah terhadap pembangunan negara dan bangsa. Oleh sebab itu, masyarakat
harus diberikan pendedahan tentang cara-cara untuk mencegah penyalahgunaan media sosial.
Memberi pendidikan awal tentang implikasi negatif terhadap sesuatu tindakan merupakan
satu daripada cara yang mampu mencegah masalah ini daripada menular. Selain itu, badan atau
pihak Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( CMCF ) perlu menyeru
masyarakat agar mengamalkan prinsip kawalan kendiri ketika berada dalam talian. Para
pengguna media sosial perlu mengetahui etika ketika berada dalam talian, terutamanya apabila
menggunakan media sosial. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian
yang tidak diingini. Pengguna juga dinasihatkan agar tidak memuat naik gambar atau video
peribadi yang boleh mengaibkan diri atau orang di media sosial. Sebaliknya, para pengguna
digalakkan untuk melakukan tapisan sebelum berkongsi supaya kekal selamat dan dapat
mencegah orang lain menggunakannya untuk perkara tidak elok.
Di samping itu, para pengguna juga digalakkan agar mengemukakan aduan kepada pihak
pengurusan laman sosial dengan segera jika berlaku hal yang tidak diingini. Bahkan pengguna
boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Polis Diraja Malaysia
atau kepada CMCF sendiri.
Dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju, mentaliti dan sikap setiap anggota
masyarakat perlu diubah. Oleh itu, kesedaran setiap pihak penting dalam memastikan
keselamatan pengguna laman sosial, sekali gus mencegah penyalahgunaan media sosial dalam
kalangan masyarakat.
( Dipetik dan diubah suai daripada Kawalan Kendiri Mencegah Penyalahgunaan Media Sosial,
Dewan Siswa Mac 2019 )

11
Ruang jawapan sama ada bahagian C (i) atau bahagian (ii)

-KERTAS SOALAN TAMAT-

12

Anda mungkin juga menyukai