Anda di halaman 1dari 2

Nama: Nur Alyesa Binti Ibrahim

Program: 2Svm HBP

Hari dan Tarikh : Rabu / 8.04.2020

Tajuk: Karangan bahan rangsangan ( Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang)

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

Pada era globalisasi ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh
masyarakat kita dalam media massa di seluruh pelusuk negara. Dalam hal ini, para pelajar
mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh
agar menjadi seorang yang cemerlang, bak kata peribahasa, Kalau tidak dipecahkan ruyung
manakah dapat sagunya.Terdapat beberapa ciri seorang pelajar cemerlang yang perlu
dihayati oleh para pelajar di negara ini.

Langkah dominon yang pelu diambil oleh pelajar dalam untuk menjadi pelajar cemerlang
ialah pelajar perlu rajin membaca pelbagai bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku.
Hal ini dikatakan demikian kerana para pelajar akan meningkatkan pengetahuan.Tamsilnya
ramai pelajar berjaya banyak membaca buku bak kata peribahasa membaca jambatan ilmu.
Jadi jelaslah bahawa pelajar yang rajin membaca pelbagai bahan bacaan pelajar dapat
mejadi pelajar cemerlang.

Melihat daripada perspektif yang berbeza, ciri seorang pelajar cemerlang ialah perlu
membuat ulang kaji dan menyiapakan latihan di rumah juga ,erupakan salah satu cirri
penting seorang pelajar cemerlang.Situasi ini kerana dengan membuat ulang kaji dan
menyiapkan latihan di rumah dapat meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata
pelajaran. Misalnya, selama tiga jam sehari melaksanakan ulang kaji di rumah.Tuntasnya,
dengan menyiapkan latihan di rumah yang dijalankan itu ialah langkah tidak kurang
pentingnya untuk menjadi pelajar cemerlang.
Beralih kita pada pandangan yang seterusnya, antara ciri paling utama pelajar
cemerlang ialah menumpukan oerhatian semasa guru sedang mengajar di dalam kelas. Hal
ini kerana dengan menumpukan perhatiansemasa guru sedang mengajar di dalam kelas
para pelajar akan mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru-guru semasa belajar
di dalam kelas. Sebagai contoh, ramai pelajar berjaya dengan menumpukan perhatian
semasa guru mengajar. Tegasnya, dengan menumpukan perhatian kepada pengajaran
guru setiap hari sudah terbukti menjadi seorang pelajar cemerlang.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah menjadi seorang pelajar cemerlang di


Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pelajar mestilah komitmed untuk menjadi pelajar
cemerlang. Orang-orang tua ada berpesan, usaha itu tangga kejayaan untuk menjadi pelajar
ceemrlang. Dengan ini, hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan pelajar yang cemerlang
akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020 nanti.

Anda mungkin juga menyukai