Anda di halaman 1dari 7

Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Tahun 2021 - KPM

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

membentangkan perancangan pelaksanaan penjajaran kurikulum bagi semua sekolah di seluruh

Malaysia bagi tahun 2021 dalam satu taklimat secara langsung di Youtube live.

Taklimat yang dijadualkan secara tertutup bersama hanya pegawai di JPN dan PPD itu terpaksa

dibuat secara live di Youtube setelah beberapa masalah teknikal yang timbul. Keadaan ini telah

memberi peluang kepada guru-guru untuk mendapat maklumat terus daripada KPM.

"Pembentangan hari ini bertujuan memberi gambar dan maklumat berkaitan pelaksanaan kurikulum

bagita tahun 2021 yang meliputi perkara umum, program transisi Tahun Satu dan yang ketiga adalah

penjajaran kurikulum versi 2.0,

"Pembentangan ini adalah rentetan sidang media oleh YB Menteri Kanan Pendidikan pada 8

November 2020," jelas Dr Latip daripada BPK.

Beliau juga membentangkan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh seluruh sistem pendidikan

sekolah rendah dalam negara di antaranya penguasaan literasi dan numerasi (kemahiran asas 3M),

kesediaan murid untuk meneruskan persekolahan setelah terlalu lama di rumah, jurang pembelajaran

(kualiti PdPR dan keupayaan akses murid) dan peralihan tahap persekolah.
"Cabaran-cabaran ini akan kita cuba atasi dengan beberapa langkah, antaranya Program Transisi

Murid Tahun Satu, Program Pemulihan untuk murid Tahun Dua, Program Motivasi dan Penjajaran

Kurikulum 2.0," jelas beliau lagi.

Bagi sekolah menengah pula, antara cabaran tambahan termasuklah pemilihan pakej Tingkatan

Empat, Kohort Berganda SPM sehingga 8 Mac 2021, Format Baharu SPM 2021 (KSSM) dan

Pelaksanaan PdPR sehingga 8 Mac 2021.

Langkah cadangan penyelesaian cabaran-cabaran ini pula termasuklah penjajaran kurikulum bagi

Tingkatan Satu hingga Lima, melaksanakan operasi kurikulum seperti penyusunan jadula waktu,

pengurusan sumber (buku teks dan infrastruktur) dan takwim persekolahan.

Pelaksanaan Kurikulum 2021 - Pengoperasian

Peruntukan jam minimum mata pelajaran, akan menggunakan jam minimum asal seperti yang telah

dinyatakan dalam SPI Bilangan 7, SPI Bilangan 8 dan SPI Bilangan 9 tahun 2016 serta SPI Bilangan

6 tahun 2019.
Murid prasekolah dan peralihan akan menggunakan DSKP asal memandangkan pembelajaran kohort

murid ini tidak terkesan walaupun tidak hadir ke sekolah. Bagi murid Tahun Satu, mereka akan ikuti

program transisi Tahun Satu selama 43 hari bermula pada hari pertama persekolahan sehingga

tamat dan akan menggunakan DSKP yang telah dijajarkan.

Murid selain daripada Tahun Satu akan mengikuti pembelajaran adunan kurikulum yang tidak

dilaksanakan pada tahun sebelumnya.

"Ini bermakna, pembelajaran murid Tahun Dua, Tahun Tiga, Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun

Enam dan Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima akan melibatkan DSKP adunan yang telah

dijajarkan,

"Guru mata pelajaran boleh memilih untuk melaksanakan kurikulum tahun 2020 pada peringkat awal

dan meneruskan pembelajaran berikutnya sebaik sahaja selesai menyampaikan kurikulum yang

terkesan pada tahun 2020," jelas beliau lagi.

Menurut beliau lagi, guru-guru masih boleh menyisipkan kandungan yang tidak dapat disampaikan

pada tahun sebelumnya ke dalam kandungan tahun semasa sepanjang PdP mereka pada tahun ini.
Pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 2021

Dr Latip kemudian menyambung ke agenda seterusnya dengan membentangkan pelaksanaan

penjajaran kurikulum bagi tahun 2021. Menurut beliau, pelaksanaan ini akan menggunakan dokumen

penjajaran kurikulum versi 2.0 yang telah dibina oleh BPK.

"Dokumen Penjajaran Versi 2.0 ini adalah penambahbaikan kepada dokumen penjajaran sebelum ini

yang dikeluarkan BPK ketika PKPB yang lalu. Ianya bertujuan untuk memastikan beberapa objektif

tercapai,

"Antara objektif tersebut termasuklah, mengklusterkan kandungan kurikulum yang diperlukan oleh

murid untuk meneruskan pembelajaran di peringkat seterusnya,

"Memberi peluang kepada guru dan murid untuk melaksanakan PdP kurikulum yang terkesan akibat

bencana, menyediakan dokumen yang dijajarkan sebagai panduan utama guru untuk melaksanakan

PdP khususnya semasa bencana,

"Dan menyediakan panduan dan maklumat kepada guru untuk merancang pelaksanaan PdP serta

menyesuaikan dengan keperluan semasa mata pelajaran," jelas beliau lagi.

Dokumen ini melibatkan semua tahun di sekolah rendah dan semua tingkatan di sekolah menengah.

Prasekolah tidak dilibatkan kerana PdP mereka tidak terkesan akibat penutupan sekolah.
Kandungan dokumen penjajaran ini masih mengekalkan konsep asal dokumen penjajaran sebelum

ini.

"Penjajaran ini penting bagi memastikan setiap murid dan guru dapat melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran secara lebih teratur akibat daripada penutupan sekolah yang berlaku

pada tahun 2020,


"Kurikulum akan sekali lagi dijajar dan disusun semula kandungan, pedagogi serta pentaksiran

berdasarkan hasil pembelajaan yang dihasratkan bagi memenuhi keperluan khusus mata pelajaran

dalam apa jua keadaan," jelas Dr Latip.

Bagi tujuan tersebut, beliau turut menjelaskan kementerian akan menyediakan satu garis panduan

untuk pihak sekolah lebih memahami situasi ini dan melaksanakannya mengikut panduan yang

diberikan.
"Semua dokumen penjajaran akan dimuat naik ke laman BPK sebelum sekolah dibuka," katanya lagi.

Anda mungkin juga menyukai