Anda di halaman 1dari 22

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Baling

BUAL BICARA PENGOPERASIAN


PEMBUKAAN SEKOLAH 3.0
KPMPerkasaKU
PdPR

LEARNING LEARNIN
LOSS G GAP
Catch-Up Plan (CUP)
MATLAMAT utama catch-up plan ini dilaksanakan adalah bagi membantu
murid untuk memperkasakan kemahiran asas literasi dan numerasi serta
meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran yang lain.

OBJEKTIF CATCH-UP PLAN


2.1 Meningkatkan penguasaan murid bagi kandungan kurikulum tahun
semasa secara optimum.
2.2 Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa krisis.
2.3 Menyediakan bahan sokongan kurikulum kepada guru bagi
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Memastikan murid bersedia mengikuti kurikulum tahun
persekolahan 2022.
MENGENAL PASTI KANDUNGAN ASAS KURIKULUM (KAK)

20 Jan hingga 31 Ogos 2021. Guru perlu memastikan


70% dari KAK telah dihabiskan seperti yang telah
dirancang oleh guru berdasarkan DSKP, DPK dan
RPT

Contoh kaedah pengiraan yang dicadangkan bagi


mendapatkan baki KAK yang masih belum dapat
diajar sehingga 31 Ogos 2021 :
KAK yang telah diajar X 100 = % baki KAK yang belum diajar
jumlah keseluruhan KAK
PELAKSANAAN CATCH-UP PLAN (CUP)
Guru perlu memastikan baki KAK yang masih
belum diajar dapat diselesaikan dalam tempoh
66 hari PdP bermula dari dari 1 September
hingga 10 Disember 2021.

Manakala bagi mata pelajaran yang belum


dapat mencapai 70 peratus pelaksanaan KAK
sehingga 31 Ogos 2021, murid tetap akan
meneruskan PdP/PdPR dengan menggunakan
beberapa kaedah dan strategi yang
dicadangkan

Bagi MP yang telah MENCAPAI 70 peratus


pelaksanaan KAK sehingga 31 Ogos 2021,
PdP/PdPR boleh diteruskan berdasarkan baki
30 peratus sehingga 10 Disember 2021
CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN

1. Pendekatan Bertema:
Langkah-langkah:
a. Mengenal pasti mata pelajaran yang boleh digabung berdasarkan tema dan subtema.
b. Menentukan kaedah & merancang aktiviti PdP termasuk pentaksiran yang menepati keperluan tema yang dipilih
dan sesuai dengan keupayaan guru dan murid.

2. Pembelajaran Terbeza:
Langkah-langkah:
a.Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan yang diberikan berbeza mengikut tahap
murid.
b.Pembelajaran Terbeza bermaksud murid mempelajari kandungan asas secara optimum mengikut situasi
semasa, kecenderungan, dan kemampuan pembelajaran murid.
c.Pembelajaran Terbeza mengambil kira tiga aspek utama, iaitu kandungan, proses dan hasil.
CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN
3. Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)
Langkah-langkah:
a. Mengintegrasikan kaedah modular atau Bertema dengan PBL. Kandungan asas boleh disepadukan dengan
kandungan tambahan dan pelengkap.
b. Pembelajaran berasaskan projek adalah kaedah pembelajaran yang membolehkan murid mengkaji sesuatu topik
yang diberi untuk menghasilkan produk pada akhir pembelajaran.
c. Pelbagai pendekatan seperti Pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran masteri, pembelajaran berasaskan
masalah dan lain-lain boleh dilaksanakan dalam Pembelajaran Berasaskan Projek.

4. Pendekatan Modular:
Langkah-langkah:
a. Mengenal pasti Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang boleh digabung dalam satu-satu mata
pelajaran.
b. Melaksanakan Kandungan Asas dengan menyepadukan antara kandungan tambahan dan pelengkap.
c. Memastikan kandungan asas dapat disampaikan dan mencapai objektif yang dihasratkan.
CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN

5. Simulasi Amali – Virtual Lab:


Langkah-langkah:
a.Modul amali maya perlu disediakan berserta manual amali sebagai panduan eksperimen dan video amali
sebagai simulasi untuk menjalankan eksperimen secara maya.
b.Murid akan menjalankan eksperimen berdasarkan manual dan video amali yang disediakan. Amali maya ini
hanya sebagai satu alternatif kepada amali sebenar.
CADANGAN STRATEGI DALAM PELAKSANAAN CATCH-UP PLAN

STRATEGI MAMPATAN PECUTAN & PENGAYAAN (M2P)


Satu pilihan strategi dalam sesi PdP untuk memastikan murid dapat
menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang
ditetapkan.

Guru dapat memampatkan kandungan kurikulum dan secara tidak


langsung pecutan kandungan kurikulum dapat dilaksanakan dalam
PdP mengikut kesesuaian, kebolehan dan keupayaan murid.

Strategi
M2P Pembezaan kaedah PdP mengikut keperluan
murid secara individu

Memberi guru autonomi untuk menjadikan pelaksanaan


kurikulum lebih fleksibel
CADANGAN STRATEGI DALAM PELAKSANAAN CATCH-UP PLAN

SELF – (Student Enrichment Learning Framework)


Pemerkasaan Pembelajaran Kendiri atau Student Enrichment Learning Framework
(SELF) menyediakan ruang pembelajaran secara kendiri untuk murid.

• Melalui SELF, murid akan dapat memaksimumkan potensi diri serta menguasai
kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari.  

• SELF akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna, memberi


peluang murid untuk memilih aktiviti, menilai dan memantau peningkatan
pencapaian.

• Bahan ini boleh diakses melalui pautan berikut:


http://sumberku.moe-dl.edu.my/
SumberKU
Sistem penyimpanan  digital  yang  mengurus,  menyimpan  dan  menyediakan akses kepada  koleksi  bahan
PdP digital dari peringkat Sekolah Rendah hingga Sekolah Menengah dengan menggunakan pelantar DELIMa.

Repositori Pemerkasaan
Pelaksanaan Kurikulum ini
dikenali sebagai SumberKU

One stop centre yang
memudahkan guru, murid dan
ibu bapa untuk mengakses
pelbagai bentuk bahan PdP
digital
Boleh diakses pada bila-bila
di mana ada kemudahan Internet
(anytime, anywhere) melalui
peranti digital seperti komputer,
tablet atau telefon pintar
SumberKU boleh diakses melalui
portal DELIMa
http://sumberku.moe-dl.edu.my/
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
PELAKSANAAN PBD SEMASA PdP/PdPR
 

1. PBD dalam proses PdP/PdPR dilaksanakan secara berterusan. Pengumpulan data perkembangan
pembelajaran murid yang dilaksanakan semasa proses PdP/PdPR perlu direkodkan dari semasa ke semasa.

2. Guru menentukan tahap penguasaan (TP) murid berdasarkan Standard Prestasi yang terdapat dalam DSKP
setiap mata pelajaran.

3. Penilaian dan analisis terhadap TP murid perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti KAK yang belum dikuasai
murid untuk diambil tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan murid menguasai TP yang telah
ditetapkan.

4. Pada akhir sesi persekolahan, guru perlu melaporkan Tahap Penguasaan Keseluruhan murid bagi setiap
mata pelajaran berdasarkan pengetahuan, pengalaman, pertimbangan profesional dan input murid serta
perbincangan dengan rakan sejawat dalam mata pelajaran yang sama.

5. Tahap Penguasaan Keseluruhan ini akan digunakan oleh guru untuk melaksanakan Penilaian Akhir Tahap
Penguasaan pada Disember 2021.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
Guru mata pelajaran akan menilai TP akhir murid melalui pelaporan akhir
PBD bagi menentukan kategori murid yang akan menyambung aktiviti
PdP/PdPR pada bulan Januari dan Febuari 2022.

Program Intevensi:
Sekiranya murid belum menguasai TP1 hingga TP2, pihak sekolah hendaklah merancang
program intevensi yang sesuai bagi meningkatkan penguasaan murid. Contohnya, bagi murid
yang belum menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) guru perlu
merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian menerusi program intevensi yang dirancang
oleh pihak sekolah bagi memastikan kemahiran asas 3M dapat dikuasai oleh murid sebagai
persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan 2022 yang bermula pada bulan Mac 2022.

Program Khas Kecemerlangan:


Bagi murid yang telah menguasai TP3 hingga TP6, guru perlu merancang aktiviti pengukuhan
dan pengayaan yang bersesuaian dengan keupayaan murid, guru dan sekolah sama ada
dalam bilik darjah ataupun melalui program khas kecemerlangan yang dirancang oleh pihak
sekolah. Guru juga boleh merancang aktiviti yang boleh mengembangkan potensi murid bagi
memastikan murid bersedia mengikuti kurikulum tahun persekolahan 2022 yang bermula pada
Mac 2022.
BRIDGING PROGRAMME

PELAKSANAAN BRIDGING PROGRRAME

Bridging Programme dilaksanakan mulai 1 Januari 2022 hingga 28 Febuari 2022, sebagai
langkah untuk merapatkan jurang pembelajaran murid yang terkesan semasa proses PdP/PdPR
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendamik COVID 19.

Dua strategi yang dicadangkan dalam pelaksanaan bridging programme:


2.1 Program Intervensi bagi murid yang belum menguasai TP1 hingga TP2;
2.2 Program pengukuhan dan pengayaan atau sebarang program khas kecemerlangan yang
disusun oleh pihak sekolah bagi murid yang telah menguasai TP3 hingga TP6.
BRIDGING PROGRAMME
PELAKSANAAN PROGRAM INTEVENSI

1.Program Intevensi bermula pada 2 Januari sehingga 28 Februari 2022 dilaksanakan untuk merapatkan jurang pembelajaran murid yang
wujud semasa krisis di samping memberi sokongan kepada guru untuk meneruskan pelaksanaan PdP/PdPR.
2.Guru/pihak sekolah perlu melaksanakan analisis dan penilaian akhir terhadap TP murid untuk mengenalpasti murid yang akan mengikuti
program intervensi.
3.Tiga kategori murid yang perlu mengikuti program intevensi adalah:
3.1 murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M.
3.2 murid yang belum menguasai TP1 sehingga TP3 bagi setiap mata pelajaran.
3.3 murid yang belum dapat menghabiskan keseluruhan Kandungan Asas Kurikulum (KAK) bagi setiap mata pelajaran.
4.Lima langkah yang dicadangkan untuk melaksanakan program intervensi, iaitu:
4.1 mengenal pasti kumpulan sasaran;
4.2 memahami punca masalah;
4.3 menyenaraikan cadangan aktiviti intervensi;
4.4 menyenaraikan keutamaan intervensi; dan
4.5 menyediakan pelan tindakan intervensi yang bersesuaian.

5.Murid yang telah melepasi TP3 boleh mengikuti aktiviti pengukuhan dan pengayaan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh guru
atau pihak sekolah.
BRIDGING PROGRAMME
PELAKSANAAN PROGRAM PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN

1. Pengukuhan dan Pengayaan dilaksanakan kepada murid yang telah menguasai TP3 sehingga TP 6 dan bermula pada 2 Januari
sehingga 28 Februari 2022.
2. Guru boleh merancang dan melaksanakan program pengukuhan dan pengayaan yang bersesuaian dengan keperluan murid yang telah
mencapai tahap penguasaan TP3 hingga TP6. Contohnya, melaksanakan program khas kecemerlangan dengan memberikan aktiviti
pengukuhan dan pengayaan yang bersesuaian dengan kecemerlangan yang murid berkaitan dengan kehidupan mereka seharian.
3. Guru juga boleh merancang dan melaksanakan program khas kecemerlangan akademik. Antara contoh program khas kecemerlangan
akademik ialah:
3.1 Bengkel kecemerlangan akademik;
3.2 Kursus motivasi; dan
3.3 Diskusi akademik.
4. Walaubagaimanapun, terpulang kepada kebijaksanaan pihak sekolah untuk menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan bagi
melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan sesuai dengan keperluan mata pelajaran, keupayaan guru dan murid serta kemampuan
pihak sekolah.
 
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai