Anda di halaman 1dari 4

Ruj Kami : JPK.SPA.

600-7/8/107 JLD 2 (87) LAMPIRAN 1

PELAKSANAAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) AKHIR TAHUN 2021


PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

PELAKSANAAN PBD SEMASA PdP/PdPR

1. PBD dalam proses PdP/PdPR dilaksanakann secara berterusan. Pengumpulan


data perkembangan pembelajaran murid yang dilaksanakan semasa proses
PdP/PdPR perlu direkodkan dari semasa ke semasa.

2. Guru menentukan tahap penguasaan (TP) murid berdasarkan Standard Prestasi


yang terdapat dalam DSKP setiap mata pelajaran.

3. Penilaian dan analisis terhadap TP murid perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti
KAK * yang belum dikuasai murid untuk diambil tindakan susulan yang
bersesuaian bagi memastikan murid menguasai TP yang telah ditetapkan.

5. Pada akhir sesi persekolahan, guru perlu melaporkan Tahap Penguasaan


Keseluruhan murid bagi setiap mata pelajaran berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, pertimbangan profesional dan input murid serta perbincangan
dengan rakan sejawat dalam mata pelajaran yang sama.

6. Tahap Penguasaan Keseluruhan ini akan digunakan oleh guru untuk


melaksanakan Penilaian Akhir Tahap Penguasaan pada Disember 2021.

* KAK - Kandungan Asas Kurikulum

9
PENILAIAN AKHIR CATCH-UP PLAN

PENILAIAN AKHIR TAHAP PENGUASAAN MURID

1. Penilaian akhir TP murid dalam catch-up plan KPMPerkasaKU dilaksanakan


oleh guru pada Disember 2021. Penilaian akhir akan berlaku setelah murid
selesai melalui semua proses PdP/PdPR pada tahun 2021 dan semua Tahap
Penguasaan Keseluruhan mata pelajaran telah direkod dan dilaporkan oleh
guru mata pelajaran dan guru kelas.
2. Guru mata pelajaran akan menilai TP akhir murid melalui pelaporan akhir
PBD bagi menentukan kategori murid yang akan menyambung aktiviti
PdP/PdPR pada bulan Januari dan Febuari 2022.
3. Terdapat dua laluan aktiviti yang akan diikuti oleh murid dalam dalam sesi
PdP/PdPR pada bulan Januari dan Febuari 2022:
3.1 Program Intevensi:
Sekiranya murid belum menguasai TP1 hingga TP2, pihak sekolah
hendaklah merancang program intevensi yang sesuai bagi
meningkatkan penguasaan murid. Contohnya, bagi murid yang belum
menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira)
guru perlu merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian menerusi
program intevensi yang dirancang oleh pihak sekolah bagi
memastikan kemahiran asas 3M dapat dikuasai oleh murid sebagai
persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan 2022 yang bermula
pada bulan Mac 2022.
3.2 Program Khas Kecemerlangan:
Bagi murid yang telah menguasai TP3 hingga TP6, guru perlu
merancang aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang bersesuaian
dengan keupayaan murid, guru dan sekolah sama ada dalam bilik
darjah ataupun melalui program khas kecemerlangan yang
dirancang oleh pihak sekolah. Guru juga boleh merancang aktiviti
yang boleh mengembangkan potensi murid bagi memastikan murid
bersedia mengikuti kurikulum tahun persekolahan 2022 yang
bermula pada Mac 2022.

10

Anda mungkin juga menyukai