Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI


BERANG 2017

1.0 PENGENALAN

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang
2017 merupakan satu program tahunan anjuran Kelab Seri, SMK Seri Berang yang dirancang
bersempena kehadiran Syawal. Program ini melibatkan semua guru, staf, murid, PIBG dan
seluruh komuniti sekitar. Tujuan program ini dilaksanakan adlaah untuk memupuk semangat
kerjasama dan kesepakatan dalam kalangan warga sekolah di samping mengeratkan hubungan
warga sekolah dan komuniti. Adalah diharapkan program sebegini dapat mencapai objektif dan
matlamat perlaksanaannya.

2.0 PERINCIAN PROGRAM

2.1 ANJURAN: Kelab Seri, SMK Seri Berang


2.2 TEMA: Beraya di kampung
2.3 TARIKH: 6 Julai 2017
2.4 HARI: Khamis
2.5 MASA: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
2.6 LOKASI: Dewan Gemilang, SMK Seri Berang
2.7 SASARAN: Guru, Staf, Pelajar dan komuniti setempat

3.0 TENTATIF PROGRAM

7.20 pagi: Pelajar dan guru berada di dewan sekolah untuk bacaan Yaasin
7.40 pagi: pelajar bergerak kekelas masing- masing untuk urusan kehadiran. (Guru kelas akan
bergerak ke kelas masing-masing untuk mengambil kedatangan)
9.00 pagi: Pelajar akan bergerak ke dewan sekolah untuk mendengar taklimat
9.30 pagi: pelajar akan bergerak ke kelas masing-masing untuk agihan makanan dan pelajar
dibenarkan makan.(agihan makanan akan dilakukan oleh guru kelas-berdasarkan
senarai nama pelajar yang membayar duit kutipan sambutan hari raya).
Guru makan di dewan.
10.00 pagi: pelajar dibenarkan masuk ke dewan untuk menikmati juadah hari raya.
4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

BIL JK Kerja Nama Bidang Tugas


1. Jemputan En Mohd Shamsuddin B Othman Mengenalpasti tetamu
Pn Hakimah Bt Mat Salleh jemputan
Menyedia kad atau surat
jemputan
2. Sambutan Pn Raashidah Bt A Wahab Menyambut ketibaan tetamu
YM Engku Rosnani Bt Engku Mat jemputan
Pn Hasmah Bt Ibrahim
Pn Zaileha Bt Othman

2. Pamplet Pn Hakimah Bt Mat Salleh Menyediakan pamplet

3. AJK Siaraya dan PA En Ismail B Rani Menyediakan lagu hari raya


sistem En Noorhisham Zamzury B Jaafar dan kelengkapan PA system
untuk majlis.
4. Pengacara Majlis/ En Mohd Fadli B Rani Menyediakan teks ucapan
DJ hari raya En Sha’ari B Jusoh Menjadi juruacara

5. Kutipan wang bayaran Guru kelas setiap tingkatan Mengutip wang bayaran
makanan pelajar sebelum sambutan
pelajar/Pembahagian hari raya(memastikan jumlah
Makanan Pelajar pelajar yang bayar, dan
maklum pada penyelaras
tingkatan)
Mengambil dan mengedar
makanan pelajar mengikut
kelas (kepada pelajar yg bayar
sahaja)

6. Persiapan Tempat YM Tengku Shukri B Tengku Menyediakan persiapan


Hashim dewan-menyusun kerusi
En Razali B Mat

7. Persiapan Pentas/ Pn Ili Ilhani Bt Othman Menghias pentas dan


Backdrop Pn Khairose Bt Zainol backdrop

8. Keselamatan/kawalan Semua guru Kawalan murid semasa dan


pelajar sebelum majlis hari raya
tamat.

9. Pengurusan makanan Penyelaras setiap tingkatan Penyelaras setiap tingkatan


(utama) pelajar Tingkatan 1: Ana Bt Mamat (berurusan dgn guru
Tingkatan 2: Wan Fatimah Bt tingkatan)mengenalpasti
Wan Sembok bilangan pelajar( yg bayar) dan
Tingkatan 3: Najual Bt Alias menempah makanan utk
Tingkatan 4: Tg. Shukri B Tg tingkatan masing-masing.
Hashim
Tingkatan 5: Rudizah Bt Ghazali
PPKI: Norhayati Bt Mohamad

10. Pengurusan air Staf pejabat dan pembantu Staf akan menyediakan air
(pelajar,guru dan staf) makmal untuk semua guru, staf dan
pelajar

11. Pengurusan makanan Setiap guru Guru setiap kiosk


guru dan staf dipertanggungjawabkan untuk bertanggungjawab untuk
(Penyediaan dan menyediakan juadah hari raya menempah dan menyediakan
Pengemasan) (mengikut kiosk-sila lihat makanan secukupnya.
lampiran) Pada hari kejadian, wakil guru
Guru setiap kiosk akan akan bergilir- gilir memantau
bertanggungjawab utk menyedia, kiosk masing-masing dibantu
menjaga dan mengemas kiosk oleh pelajar (guru perlu
bersama- sama pelajar sebagai mencari pelajar untuk
pembantu membantu guru sebelum hari
kejadian)
Guru setiap kiosk juga perlu
mengemas/membersihkan
kiosk masing-masing selepas
majlis tamat (Guru setiap kiosk
perlu berbincang untuk
pengagihan tugas mengikut
keselesaan guru-guru setiap
kiosk)

12 Pengurusan makanan AJK Kelab guru Menyedia/menghidang


VIP makanan untuk tetamu VIP

13. Dokumentasi Cik Hanisah Bt Talaha Mengambil gambar ketika


Pn Shaliza Bt Ishak majlis sambutan hari raya dan
menyediakan dokumentasi.

14. Bacaan Doa YM Engku Mohusin B Engku Wok Menyediakan doa yang sesuai
Zin untuk dibaca sebelum majlis
jamuan hari raya

5.0 SENARAI JEMPUTAN/TETAMU

5.1 wakil PPD


5.2 Wakil Agensi Kerajaan (Polis/ Bomba/AADK/JKM)
5.3 Pemimpin masyarakat setempat
5.4 AJK PIBG/ Ibu bapa/ komuniti setempat
6.0 MENU

6.1 MENU PELAJAR


 Nasi minyak + ayam masak merah (dibungkus)
 Air

6.2 EXTRA MENU PELAJAR


 Kuih-muih
 Kek
 Biskut raya
 Manisan (agar-agar/puding)
 Aiskrim
 Buah- buahan

6.3 MENU UTAMA GURU


 Nasi minyak
 Air

6.4 KIOSK GURU


 Lemang + ketupat + rendang
 Laksa Penang
 Rojak
 Soto + lontong
 Cendol
 Manisan
 Buah buahan
 Aiskrim

7.0 ANGGARAN KOS/SUMBER PENDAPATAN

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan, selaras untuk
menjadikan sekolah sebagai medium penyatuan dan ketamadunan dalam masyarakat. Dengan
ini kami sebagai penganjur mencadangkan untuk pertimbangan pihak tuan.

Anda mungkin juga menyukai