Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Hari Anugerah Cemerlang merupakan program tahunan SJKT Kuala Kurau. Program
ini bertujuan untuk mengiktiraf murid-murid yang cemerlang dalam akademik,
kokurikulum dan sahsiah dengan menyampaikan hadiah dan anugerah khas kepada
mereka. Ini selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat melahirkan pelajar yang cemerlang dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Melalui program ini semua warga sekolah
dapat bersama-sama mengembleng tenaga untuk menjayakan program ini. Di
samping itu juga hubungan antara warga SJKT Kuala Kurau dengan masyarakat
setempat atau komuniti luar dapat dieratkan lagi.

2.0 RASIONAL

2.1 Menjadi motivasi kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-sungguh


dalam pelajaran.

2.2 Menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk terus cemerlang dan berjaya
dalam bidang akademik dan kokurikulum di samping memiliki sahsiah terpuji.

MATLAMAT

3.1 Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan.


3.2 Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid.
3.3 Melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberikan pengiktirafan dan menghargai pelajar-pelajar yang mendapat


keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan sahsiah.
4.2 Menghargai para pelajar yang mendapat keputusan baik dan cemerlang bagi
peperiksaan dalaman untuk pelajar tahun satu hingga enam.
4.3 Menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain supaya merebut peluang untuk
meraih kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

5.0 SASARAN

5.1 Murid-murid SJKT Kuala Kurau yang telah mencapai kecemerlangan di peringkat
sekolah.

6.0 TARIKH DAN MASA


20 November 2019
2.30 petang - 6.00 petang

7.0 LOKASI PELAKSANAAN


SJKT Kuala Kurau
8.0 JAWATANKUASA HARI ANUGERAH CEMERLANG 2022/2203

PENASIHAT : PN.M.ELANJOTHI (GURU BESAR)

PENGERUSI : EN.N.HARITHARAN

SETIAUSAHA : EN MOHAMMAD RASYID BALAN BIN SHANMUGAM RAJAH

BENDAHARI : PN.K.KALAWATHI

BUKU PROGRAM : EN. MOHAMMAD RASYID BALAN BIN SHANMUGAM RAJAH

HADIAH, SIJIL & CENDERAHATI : CIK.M.AISHVINI / PN. P.REVETI

MAKANAN : PN.L.JAYANTHI

PENYELARAS PENERIMA HADIAH : PN K.KALAWATHI

PERSEMBAHAN : SEMUA GURU

PERSEDIAAN PENTAS : SEMUA GURU

PERALATAN & PA SYSTEM : EN.N.HARITHARAN

DISIPLIN : SEMUA GURU

FOTOGRAFI : EN. MOHAMMAD RASYID BALAN BIN SHANMUGAM RAJAH

DOKUMENTASI : EN MOHAMMAD RASYID BALAN BIN SHANMUGAM RAJAH

PENGACARA MAJLIS : PN. P.REVETI


9.0 ATURCARA MAJLIS

MASA ACARA

2.30 petang Ketibaan murid-murid dan ibubapa

Ketibaan para tetamu

3.00 petang Bacaan Doa

Ucapan Aluan

Ucapan Guru Besar

Ucapan Pengerusi PIBG

Ucapan Perasmi

Tarian Klasikal

Tarian Medly Murid Tahap 2

Penyampaian Hadiah Murid Terbaik Sesi 2021/2022

Action Song Murid Tahap 1

Drama - Murid Tahun 4, 5 dan 6

Penyampaian Hadiah Tahap 1

Public Speaking – Adik P.Keerthana

Syarahan Bahasa Tamil – Adik Kugenthiran

Penyampaian Hadiah Tahap 2

Penyampaian Hadiah Kehadiran Penuh

Theatre Solo

Ucapan Penutup

6.00 petang Majlis bersurai


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA Harga Bilangan Jumlah

seunit (RM) (RM)

1 Makanan murid / Ibubapa 7.00 100 unit 700.00

2 Hadiah Trophy Ikon Murid 20.00 1 unit 20.00

Trophy lain 12.00 16 unit 192.00

Kecemerlangan 10.00 40 unit 400.00

murid (PBD)

3 Fotocopy Buku Program 1.00 50 unit 50.00

4 Persediaan pentas 900.00 1 set 800.00

5 Lain-lain 200.00

Jumlah 2362.00
11.0 PERINCIAN BIDANG TUGAS AIK HARI ANUGERAH CEMERLANG

BIL BIDANG TUGAS


1 Setiausaha  Merancang jawatankuasa dengan nasihat pengetua.
 Menetapkan mesyuarat jawatankuasa.
 Menyediakan minit mesyuarat (Hari Anugerah
Cemerlang)
 Hadir semasa raptai
2. Bendahari  Menguruskan semua urusan bayaran dan tuntutan
 Menyediakan anggaran perbelanjaan.
 Menyediakan laporan perbelanjaan.
 Menguruskan tuntutan kewangan daripada PIBG
 Hadir semasa raptai
3. Jemputan (VIP)  Menyediakan kad jemputan kepada VIP
 Mengedarkan surat jemputan
 Menyediakan rosette
 Hadir semasa raptai
4. Jemputan Ibubapa  Menyediakan jemputan kepada Ibubapa
 Mengedarkan surat jemputan
 Hadir semasa raptai
5. Pengerusi majlis  Menyediakan skrip
 Mendapatkan nama tetamu kehormat yang lengkap
dengan gelaran.
 Mendapatkan acara majlis, senarai nama penerima
hadiah.
 Memastikan rostrum dan bunga diatasnya.
 Hadir semasa raptai
6. Buku Program  Mendapatkan senarai nama penerima hadiah.
 Senarai Jawatankuasa
 Aturcara program
 Memastikan fotocopy buku program secukupnya
 Mengedar buku program kepada tetamu
 Memberikan buku program kepada guru besar 3 hari
sebelum berlangsungnya program.
 Hadir semasa raptai

7. Hadiah, Sijil &  Menyediakan senarai nama penerima hadiah


Cenderahati mengikut
kategori yang ditetapkan.
 Menghubungi pelajar yang menerima hadiah.
 Pastikan pelajar mengetahui yang mereka menerima
hadiah untuk kategori yg ditetapkan.
 Menyediakan sijil dan hadiah kepada semua
pemenang
 Memastikan sijil ditandatangani oleh Guru Besar.
 Menyediakan cenderahati kepada perasmi.
 Menyediakan dulang dan alas dulang.
 Menyimpan peralatan yang digunakan selepas
selesai.
 Hadir semasa raptai

8.  Menentukan bilangan murid yang hadir.


Makanan Murid  Membuat tempahan makanan & minuman.
 Menyediakan tempat mengambil makanan.
 Menyediakan token makanan murid.
 Memastikan kebersihan tempat makanan.
 Hadir semasa raptai

9. Makanan Ibubapa  Menentukan bilangan Ibubapa yang hadir.


 Membuat tempahan makanan & minuman.
 Menyediakan tempat mengambil makanan.
 Menyediakan token makanan Ibubapa.
 Memastikan kebersihan tempat makanan.
 Hadir semasa raptai

10. Jamuan VIP  Menentukan bilangan VIP yang hadir.


 Membuat tempahan makanan & minuman.
 Menyediakan tempat jamuan.
 Memastikan kebersihan tempat makanan.
 Menyediakan air mineral untuk VIP dan juruacara.
 Hadir semasa raptai

11. Penyelaras penerima  Menyusun kedudukan penerima hadiah sebelum


Hadiah raptai supaya murid tahu kedudukan masing-
masing.
 Memberi taklimat kepada penerima hadiah
mengenai
disiplin, pakaian dan cara menerima hadiah.
 Menyusun tempat duduk penerima hadiah.
 Mengawal disiplin pelajar.
 Hadir semasa raptai

12. Persembahan  Melatih murid untuk persembahan.


 Memastikan cd atau lagu yang akan dimainkan berfungsi
dengan baik.
 Memastikan murid memakai pakaian yang sesuai untuk
persembahan.
 Memastikan ibubapa murid yang membuat
persembahan
tahu yang anak mereka membuat persembahan.
 Memastikan murid hadir lebih awal pada hari tersebut
untuk membuat persediaan dan persolekan.
Hadir semasa raptai.
13. Persediaan Dewan  Menyediakan rostrum dan bunga diatasnya.
 Menyusun kerusi dan meja.
 Menyediakan hiasan yang sesuai.
 Memastikan banner.
 Hadir semasa raptai

Peralatan & PA  Memeriksa PA system berfungsi dengan baik sebelum


system. raptai.
 Memastikan LCD berfungsi dengan baik.
 Memastikan guru yang bertanggungjawab untuk
persembahan memberikan lagu sebelum raptai.
 Menyimpan semula peralatan selepas majlis selesai.
Hadir semasa raptai

Fotografi  Memastikan kamera yang digunakan sempurna.


 Mengambil gambar semasa program berlangsung.
 Memilih gambar yang sesuai untuk dokumentasi dan
memberikan kepada Setiausaha.
 Hadir semasa raptai

Dokumentasi  Menyediakan dokumentasi selepas Hari Anugerah


Cemerlang.
 Hadir semasa raptai

Pendaftaran  Menyediakan meja dan alas meja untuk pendaftaran.


 Mendaftar Ibubapa, murid, komuniti, ahli PIBG dan guru
yang hadir.
 Memberikan token ibubapa semasa ibubapa membuat
pendaftaran.
 Hadir semasa raptai
12.0 PENUTUP

Pihak sekolah amat berharap agar segala persiapan dan persediaan untuk melaksanakan
program ini akan berjalan lancar serta penuh jaya. Segala kerjasama dan komitmen serta
sumbangan daripada semua pihak merupakan titik permulaan ke arah kecemerlangan
anak-anak didik kita yang merupakan pemangkin dan pemimpin pada masa hadapan.

Disediakan oleh : Disokong dan diluluskan oleh:

.................................................... .................................................................
(MOHAMMAD RASYID BALAN BIN
SHANMUGAM RAJAH)
SETIAUSAHA
KERTAS KERJA HARI ANUGERAH CEMERLANG
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KUALA KURAU,PERAK.

SJKT KUALA KURAU


34350 KUALA KURAU

KERTAS KERJA
HARI ANUGERAH CEMERLANG
2022/2023

TARIKH : 15 FEBRUARI 2023


HARI : RABU
MASA : 3.00 PETANG

Anda mungkin juga menyukai