Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KEGIATAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK:


BINTANG IDOLA 2021

PENGENALAN

Sambutan Program Bulan Panitia Mata Pelajaran Muzik SK Weston 2021 merupakan suatu program
yang wajib dijalankan setiap tahun bagi mencapai objektif. Aktiviti Panitia Muzik tahun ini dijalankan
di luar bilik darjah ekoran pandemik Covid19.

MATLAMAT
Melahirkan murid yang cekap dan berkemahiran tinggi dalam bidang ko-akademik agar potensi diri,
minda dan personaliti mereka lebih menyerlah, berketrampilan serta membawa kepada daya kreativiti
dan kepimpinan yang berkesan di samping menimbulkan rasa keseronokan dan budaya muafakat.

OBJEKTIF
*Memupuk budaya murid cemerlang dalam pelbagai bidang.
*Membina keyakinan dan ‘self-esteem’ yang tinggi.
*Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti dan kreativiti murid.
*Menggilap dan menyerlahkan bakat dan potensi murid ke arah yang lebih
mencabar dan global.

RASIONAL
*Setiap murid mempunyai bakat terpendam. Program yang disusun ini bertujuan
untuk menggilap potensi diri mereka bidang kokurikulum (tidak termasuk sukan dan permainan).

*Melalui program ini semua murid tahap satu dan dua diberi peluang untuk mengetengahkan potensi
diri mereka.

*Program yang diwujudkan ini dapat membentuk sahsiah diri murid yang harmonis dari segi intelek,
rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan untuk melaksanakan program ini adalah melalui peruntukan dari PCG Panitia

Pendidikan Muzik
TARIKH : 18 - 19 OGOS 2021

HARI : Rabu dan Khamis

MASA : 8.00pagi – 12 t/hari ( 4 jam)

TARIKH / HARI
Tarikh yang dicadang untuk pelaksanaan adalah dari 18-19 OGOS 2021.

MASA / TEMPOH
Program akan dijalankan hari pertama pemilihan peserta dan hari kedua pertandingan akhir.

BILANGAN PESERTA
Program ini melibatkan semua murid SK Weston Tahun 1 hingga Tahun 6.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA :


Penaung : En Saimon Senang
Guru Besar
Timbalan Pengerusi : En Zainal Kassim
PK Pentadbiran
Naib Pengerusi : En Ibrahim Tanda
PK HEM
Pn Siti Jarah Madzin
PK Ko-Kurikulum
Setiausaha : Pn Salmah Kassim
Siaraya : En Nordin Kassim
: En Emerson Glen Subin
Hadiah / Sijil : Cik Shafinah Nadiah Mohammad
: Pn Siti Nurfarahain Januin
Dokumentasi : Pn Rudizah Ahmadi
: Pn Noor Fatihah Hj Ismail

Ajk : Guru-guru, AKP, Pembersih dan Sekuriti

AJK KERJA TINDAKAN


1. Hadiah dan Cenderamata a) Tentukan hadiah dan bilangannya.
b) Sediakan senarai penerima hadiah mengikut
tempat-tempat penama bagi setiap acara.
c) Menempah hadiah dan cenderamata.
d) Tentukan sistem susunan hadiah dan selaraskan
dengan pengacara.
e) Dapatkan senarai pemenang dari pengurus peserta.
f) Tentukan sistem keluar masuk penerima hadiah.
g) Tentukan dan siapkan meja hadiah, selaraskan
dengan AJK persiapan pentas.

2. Pengurus Peserta a) Mengurus peserta yang mengambil bahagian.


b) Selaraskan program dengan setiausaha mengikut
acara program.
c) Pastikan program berjalan lancar.
3. Dokumentasi a) Mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk
dokumentasi-senarai AJK, acara, syarat
pertandingan, pemenang dan lain-lain berkaitan.
b) Dokumentasi sebagai sebuah buku dan dalam
bentuk Video.
4. Juri / hakim
Mengadili peserta berdasarkan video rakaman nyanyian
-Kategori Murid murid
a) Tempoh
b) Suara
c) Persembahan

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM IDOLA 2021

Bil Perihal Barang Kuantiti Harga/Unit Harga

1 KERTAS A4 10 RIM RM 15.00 RM 150.00

2 BUKU NOT MUZIK 10 RM 13.06 RM 130.06

3 HADIAH ALAT TULIS

BEG PENSIL 18 RM 7.56 RM 136.08


WARNA PENSIL 18 RM7.56 RM 136.08
PEMBALUT HADIAH 18 RM 2.50 RM 18.72
4 KERTAS SIJIL 1 RIM RM 19.86 RM 19.86
JUMLAH RM 590.80

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________ _________________
Pn Salmah Kassim En Saimon Senang
Panitia Pendidikan Muzik Guru Besar
SK Weston, Beaufort SK Weston, Beaufort

Sekolah Kebangsaan Weston,


Peti Surat 448, 89808, Beaufort, Sabah.
KERTAS KERJA

PANITIA PENDIDIKAN MUZIK:

BINTANG IDOLA 2021 (PdPR)

PANDEMIK COVID19

2021

Anda mungkin juga menyukai