Anda di halaman 1dari 19

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

1.0 TAJUK:
KARNIVAL SUKANEKA 1MURID 1SUKAN SK TAMAN DESAMINIUM 2014

2.0 PENGENALAN
Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-
kanak untuk bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka
mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di
sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek adalah menghiburkan para peserta,
permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap perkembangan
para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani
dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran
dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu,
permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan kepada
penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

3.0 MATLAMAT
Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama,
persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta. Selain itu, aktiviti
permainan sukaneka yang dijalankan dapat membentuk sikap dan amalan positif
dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di samping itu,
sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif
dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta.
4.2 Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
4.3 Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4.4 Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
4.5 Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan
bertanggungjawab.
4.6 Mengenali dan bermain beberapa jenis permainan sukaneka.
4.7 Merapatkan hubungan silaturrahim di antara pihak ibu bapa dengan warga
sekolah SK Taman Desaminium.

5.0 TARIKH, HARI DAN MASA

TARIKH : 22 JUN 2014


HARI : AHAD
MASA : 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari

6.0 TEMPAT
Padang SK Taman Desaminium

1
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

7.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid SK Taman Desaminium yang terdiri daripada:
7.1 Pra Sekolah
7.2 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
7.3 Tahun 1 hingga 6
7.4 Serta Ibu dan bapa

8.0 BILANGAN PESERTA


8.1 Sukaneka 15 orang setiap acara ( 15 murid perempuan, 15 murid lelaki )
8.2 Cheer Leader 30 orang setiap rumah sukan (campuran lelaki dan
perempuan)

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Encik Asni bin Ahmad (YDP PIBG)


Penasihat : 1. Cik Yong Choy Tow (Guru Besar)
2. Pn.Hamsanah bt Hussain (PK Pentadbiran)
3. Pn Zatur Rawiyah bt Mohd Nawawi (PK HEM)
4. Pn Juliana bt Wahid (PK Kokurikulum)
5. Pn Faridah bt Muntalib (PK Petang)
Pengerusi : Puan Norherliana bt Abdul Rahim
N. Pengerusi : Pn. Muhiri bt Ghazali
Setiausaha : Pn. Jamilah bt Jaafar
N. Setiausaha : Cik Maria bt Kamaruddin

10.0 JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA BIDANG TUGAS


Pengurus Karnival : Bertanggungjawab menentukan kelicinan
perjalanan karnival.
Pn. Norherliana bt Abdul Rahim Menentukan semua pegawai melapor diri
En. Wan Mohd Khairul Rezuan dan jika perlu mencari pengganti.
Menentukan orang-orang tertentu sahaja
berada di arena.
JK Sambutan / Pendaftaran : Merancang gimik pelancaran karnival.
Cik Maria bt Kamaruddin (K) Menyediakan borang kehadiran ibubapa.
Pn. Norhasmahwati bt Aba Menyambut kehadiran tetamu VIP dan
Pn. Inderjeet Kaur a/p Kernail Singh ibu bapa.
Pn. Rafidah bt Mohd Noor Mengiringi tetamu VIP ke khemah

2
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

utama.
Mengedarkan buku program.
Mendaftarkan nama ibu bapa yang ingin
menyertai acara.
JK Pembukaan & Penutupan : Menyediakan teks ucapan untuk Guru
Besar dan YDP PIBG.
Pn. Normawati bt Mat Noor (K) Menjadi pengacara dan pemudahcara
Pn. Jamilah bt Jaafar majlis.
Pn. Norazlina bt Marali Memastikan kelancaran sepenuhnya
program.
Mengenalpasti sebarang perubahan yang
mungkin berlaku berpandukan tentatif
yang dirancang.
JK Siaraya : Menyediakan sistem siaraya yang
lengkap dan berfungsi.
En. Mohd Sobri b Abdullah (K) Menyediakan kamera, kamera video dan
En. Mohd Azwan b Mahd Ishak lagu-lagu yang sesuai sepanjang
program.
JK Buku Program/Pamplet: Menyediakan buku aturcara.
Menyediakan buku aturcara khas untuk
Pn. Noor Janizawati bt Janil (K) tetamu jemputan khas dan serahkan
Pn. Amal Bahirah bt Shariffuddin kepada JK Sambutan.
Cik Marlina bt Mohtar Mengedarkan buku aturcara kepada
pegawai, guru dan jemputan yang hadir.
Menyediakan buku kedatangan /
pelaporan setiap rumah sukan.
JK Peralatan/Persiapan Tempat : Menyenaraikan peralatan yang
diperlukan bagi setiap permainan.
En. Raja Mohd Rithauddeen (K) Menyediakan peralatan yang lengkap.
En. Mohd Jeremi b Effindi Tan Menyelenggarakan peralatan selepas
En. Rusmami b Rusli tamat acara permainan.
En Ahmad Lutfi b Harun Membantu JK permainan dan

3
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

En. Tuan Rohadi b Tuan Kechik kehakiman.


En. Ahmad Zarul Shafiqin b Hairul
En Mokhzani b Mamat
JK Pertandingan CheerLeader: Memastikan kelancaran pasukan
pasukan sorak sebelum dan selepas
Pn. Insyirah bt Mokri (K) pertandingan.
Pn. Salmah bt Arshad Merancangkan susun atur murid semasa
Pn. Noorhafiza bt Abdullah pertandingan.
Menyediakan borang pemarkahan.
Mengira jumlah pungutan markah
dengan kerjasama JK Statistik.
JK Kepengadilan & Kehakiman : Ketua gelanggang memberi taklimat
peraturan kepada peserta dan pengawai
Gelanggang A:
bawahan.
(Acara PraSekolah, Tahun 1, Tahun 5,
Tahun 6 dan Tarik Tali Terbuka) Meneliti peraturan setiap permainan.
Memastikan acara permainan dijalankan
En. Ahmad Zarul Shafiqin b Hairul (K)
mengikut masa yang ditetapkan.
En Izaharol Nizam b Mohd Arif
Menyediakan borang keputusan.
En. Tuan Rohadi b Tuan Kechik
Memastikan peralatan bagi setiap acara
En. Khairul Qamar b. Abu Kasim
adalah sesuai dengan acara yang yang
En. Mohd Jeremi b Effindi Tan
dipertandingkan.
En Ahmad Lutfi b Harun
Menentukan pemenang di garisan
Pn Nor Alia Izyan bt Mohd Rasli
penamat dengan kerjasama JK Pengurus
Gelanggang B: Pemenang.
(Acara PPKI,Tahun 2,Tahun 3 & Tahun 4) Menyerahkan kad nombor kepada
En. Tuan Muhammad b Tuan Soh (K) pemenang tempat pertama, kedua,
En. Mohd Shazali b Mustafa ketiga, keempat dan kelima.
En. Rusmami b Rusli
En Ahmad Fendi b Mokhtar
En. Raja Mohd Rithauddeen
En. Zuraime b Zakaria
Cik Suzieyana bt Sawon

4
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

JK Acara Sukaneka: Menyediakan acara yang bersesuaian


dengan peringkat umur peserta.
Pn Norizan bt Ab Aziz (Pra Sekolah) Memastikan kelancaran setiap acara
En. Abdul Ghani b Rahim (Pra Sekolah) yang dipertandingkan.
Pn Zuraiza bt Che Razak (PPKI) Bekerjasama dengan JK Peralatan bagi
En Mokhzani b Mamat (PPKI) memastikan segala peralatan yang
En. Ahmad Zarul Shafiqin (Tahun 1) diperlukan mencukupi dan memenuhi
En. Raja Mohd Rithauddeen (Tahun 2) piawaian keselamatan.
En. Tuan Muhammad b Tuan Soh (Tahun 3) Berada di gelanggang kejohanan dan
En. Rusmami b Rusli (Tahun 4) memastikan kelicinan acara yang telah
En Ahmad Lutfi b Harun (Tahun 5) dipertanggungjawabkan berjalan lancar.
En. Mohd Jeremi b Effindi Tan (Tahun 6)
En Izaharol Nizam b Mohd Arif
(Acara Tarik Tali Terbuka L & P)
En. Khairul Qamar b. Abu Kasim
(Acara Ibu dan Acara Bapa)
JK Pengurus Rumah Sukan: Berada di khemah pasukan dan
memastikan kehadiran semua murid
Pn. Sivagamee a/p P. Alagu (MERAH) yang mengambil bahagian.
Pn. Mazlina bt Awang Senik (MERAH) Memastikan murid yang mengambil
Pn. Mardhiah bt Mat Saleh (UNGU) bahagian sentiasa peka dengan arahan
Pn Nor Ashikin bt Hassan (UNGU) yang diberikan.
Pn. Ezdiani bt Selamat (BIRU) Memaklumkan ketidakhadiran peserta
Pn.Jamayah bt Tambi (BIRU) kepada pengurus peserta.
Pn. Siti Noor bt Mali (HIJAU) Menjaga kebajikan & keselamatan
Pn Noor Masliza bt Mat Sood (HIJAU) murid.
Cik Nurfazrin bt Mohd Sukkri (KUNING)
Pn. Norashikin bt Osman (KUNING)
JK Pengurus Peserta: Memanggil peserta 15 minit sebelum
acara dimulakan.
Pn. Maskina bt Rezali (MERAH) Menerima peserta dari pengurus rumah
Pn Valeie a/p Subramaniam (MERAH) sukan.
Pn. Rosazlina bt Mustafa (UNGU)

5
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

Pn. Kavitha a/p Thangavelu (UNGU) Memastikan murid yang akan


Pn. Fatimah bt Abdullah (BIRU) mengambil bahagian adalah murid yang
Pn Salnita bt Mat Saad (BIRU) namanya tersenarai.
Pn. Irene a/p Sinnapar (HIJAU) Menyediakan murid mengikut senarai
Pn. Nor Azliana bt Ab Rahman (HIJAU) nama.
Pn. Yusliza bt Mat Yusof (KUNING) Menghantar peserta ke tempat
Pn. Saidal bt Mohd Nor (KUNING) permulaan 5 minit sebelum acara
dimulakan dalam keadaan teratur.
JK Pengurus Pemenang: Mencatat pemenang di garisan penamat
(dengan kerjasama hakim penamat).
Pn. Noordiran bt Kassim (K) Mengiringi pemenang di dalam setiap
Pn Siti Fasihah bt Saim acara ke khemah pencatat/statistik.
Pn. Nor Ashikin bt Harun Menyerahkan keputusan terkini kepada
Pn Rohamin bt Mohd Noor JK Statistik.
Pn Siti Rokiah bt Muhamad
Pn. Roshidah
Pengurus Penerima Hadiah: Menguruskan peserta yang layak
menerima hadiah mengikut susunan
Pn. Siham bt Mohd Mahyuddin (K) aturcara.
Pn. Suzlina bt Ali Menyediakan dan menyusun susunan
Pn. Sarinah bt Mohamed pemenang mengikut acara untuk
Pn. Nor Amalina bt Saadin penyampaian hadiah.
Pn Nurul Huda bt Abdullah Membawa peserta ke tempat penerimaan
Pn. Azmahanim bt Ayub hadiah dengan tertib dan teratur.
JK Pencatat/Statistik: Menyediakan papan markah.
Memungut keputusan bagi setiap acara
Pn. Fadzilah bt Fadil (K) dan mencatatnya ke dalam borang yang
Pn. Nor Azla bt Abd Talib disediakan.
Pn. Noriza bt Abu Zahri Menyampaikan keputusan/maklumat
kepada juruacara dan menulis nama
pemenang ke dalam buku keputusan
rasmi yang disediakan.

6
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

Kemaskini papan markah (scoreboard).

JK Hadiah & Cenderamata : Menyediakan meja hadiah dan meja


urusetia.
Pn. Rozana bt Hamil Hamzah (K) Menyenaraikan bilangan hadiah
Pn. Manira@Murni bt Taib@Hassan mengikut kategori permainan.
Pn. Rosilawati bt Abdul Majid Menyediakan dan membungkus hadiah
Pn. Mazuwin bt Hashim bagi semua kategori.
Pn. Noraini bt Abdul Rahim Menyusun hadiah mengikut kategori.
Cik FaraNabila bt Anuar Memastikan acara penyampaian hadiah
berjalan lancar.
JK Dokumentasi/Jurugambar: Mengambil gambar semasa majlis
berlangsung.
Pn. Suhaila bt Suhaimi (K) Mendokumentasikan segala maklumat
Pn Shuzan bt Tarmizi berkaitan dengan sukan (2 Salinan) dan
Pn Norziah bt Hamisan menyerahkannya kepada pihak
pentadbir.
JK Makanan/Jualan Gerai: Bertanggungjawab menempah makanan
VIP dan pegawai bertugas.
Pn. Norain bt Ismail (K) Merancang menu makanan yang sesuai
Pn. Nurulhuda bt Abd Halim dijual untuk murid-murid.
Pn. Zuriatee bt Zabidi Memastikan kebersihan tempat jualan
Pn. Shafizah bt Abd Sattar sebelum dan selepas program.
Pn. Fathiyah bt Mohamad Mengira hasil jualan.
Pn. Yusfarizal bt Yusoff
Pn. Hemalatha a/p Krishnan
Pn. Muhiri bt Ghazali
En. Rafizrin b Rafli

7
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

JK Klinik Bola Sepak: Menguruskan klinik bola sepak yang


melibatkan penglibatan murid-murid
En. Wan Mohd Khairul Rezuan (K) sekolah dari Tahun 1-6.
En Isfan Fazli b Abdul Aziz
Ust Mohd Hairi b Murad

11.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30 8.00 pagi Ketibaan VIP ( Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor
Dato Dr. Hj. Mohamad Satim bin Diman )
Bacaan doa ( Ustaz Mohd Hairi b Murad )
Ucapan/Perasmian
8.00 8.15 pagi Murid berada di khemah pasukan masing-masing.
Persiapan bagi acara Cheer Leaders dan sukaneka.
Pertandingan Cheerleaders Bermula
8.15 8.25 pagi Pasukan Merah
8.25 8.35 pagi Pasukan Ungu
8.35 8.45 pagi Pasukan Hijau
8.45 8.55 pagi Pasukan Biru
8.55 9.10 pagi Pasukan Kuning
9.15 9.30 pagi Rehat dan persiapan pertandingan sukaneka
Acara acara Sukaneka Bermula
9.30 9.45 pagi Acara PPKI dan Pra Sekolah
Penyampaian Hadiah
9.45 10.00 pagi Acara Tahun 1 (L) dan Tahun 2 (L) Acara 1
Penyampaian Hadiah
10.00 10.15 pagi Acara Tahun 1 (P) dan Tahun 2 (P) Acara 1
Penyampaian Hadiah
10.15 10.30 pagi Acara Tahun 1 (L) dan Tahun 2 (L) Acara 2
Penyampaian Hadiah

8
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

10.30 10.45 pagi Acara Tahun 1 (P) dan Tahun 2 (P) Acara 2
Penyampaian Hadiah
10.45 11.00 pagi Acara Tahun 5 (L) dan Tahun 3 (L) Acara 1
Penyampaian Hadiah
11.00 11.15 pagi Acara Tahun 5 (P) dan Tahun 3 (P) Acara 1
Penyampaian Hadiah
11.15 11.30 pagi Acara Tahun 6 (L) dan Tahun 3 (L) Acara 2
Penyampaian Hadiah
11.30 11.45 pagi Acara Tahun 6 (P) dan Tahun 3 (P) Acara 2
Penyampaian Hadiah
11.45 12.00 tengah hari Acara Tahun 4 (L) dan Tahun 4 (P)
Penyampaian Hadiah
CABUTAN BERTUAH
12.00 12.15 tengah hari Acara Akhir Tarik Tali Terbuka Lelaki dan Perempuan
Penyampaian Hadiah
CABUTAN BERTUAH
12.15 12.30 tengah hari Acara Ibu bapa Bermula
Acara Ibu dan Acara Bapa
Penyampaian Hadiah
CABUTAN BERTUAH
12.30 1.00 tengah hari Acara Penyampaian Hadiah Pertandingan Cheerleaders
dan Perasmian Penutupan Karnival Sukaneka 1M1S SK
Taman Desaminium 2014 oleh Guru Besar SKTD
Bersurai

9
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

12.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

12.1 Pembahagian kumpulan (Sukaneka) Tahun 1 hingga 6


Kumpulan Merah : 15 murid lelaki, 15 murid perempuan
Kumpulan Biru : 15 murid lelaki, 15 murid perempuan
Kumpulan Kuning : 15 murid lelaki, 15 murid perempuan
Kumpulan Hijau : 15 murid lelaki, 15 murid perempuan
Kumpulan Ungu : 15 murid lelaki, 15 murid perempuan

12.2 Pembahagian kumpulan (Cheer Leader)


Kumpulan Merah : 30 orang murid (campuran)
Kumpulan Biru : 30 orang murid (campuran)
Kumpulan Kuning : 30 orang murid (campuran)
Kumpulan Hijau : 30 orang murid (campuran)
Kumpulan Ungu : 30 orang murid (campuran)

12.3 Senarai Alatan

Bil. Alatan Kuantiti


1. Kayu Hoki 10
2. Bola Hoki 10
3. Gol Kecil 10
4. Kayu Panjang 20
5. Tilam Guling 10
6. Tali Skipping 10
7. Raket 20
8. Batu bata 30
9. Papan Imbangan 10
10. Belon 2 bungkus
11. Pundi Kacang 20
12. Bakul 10
13. Bola besar 10
14. Bola Kecil 20
15. Gelung 30
16. Skital Besar 20
17. Skital Kecil 40
18. Marker 4 set
19. Bendera tiga segi warna warni 5 set
20. Baju Bib 10
21. Bendera merah/putih (hakim) 4 set
22. Tali (acara tarik tali) 1
23. Terompah Gergasi 5 set

10
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

12.4 Prosedur Pelaksanaan Permainan Sukaneka

12.4.1 Acara Murid


Kategori Acara Prosedur
PPKI Menyusun blok Peserta akan berlari pada jarak 5
meter dan menyusun blok dengan
seberapa cepat. Peserta yang sampai
ke garisan penamat dengan masa
yang paling pantas dikira sebagai
pemenang.
Pra Lari Berhalangan Peserta akan berlari dan melalui
Sekolah beberapa halangan. Permainan
dilakukan secara bergilir-gilir.
Kumpulan yang berjaya sampai
dahulu dikira sebagai pemenang.

Tahun 1

Acara 1 - LOMPAT DAN JUNJUNG


i) Mula-mula, murid melompat sebelah kaki di antara gelung pada jarak 5 meter.
ii) Kemudian, murid menjunjung pundi kacang atas kepala melalui halangan
beberapa skital yang dan berpatah balik dengan lakuan yang sama.
iii) Akhir sekali, murid melompat sebelah kaki di antara gelung sebelum ke
garisan permulaan.
iv) Peserta paling akhir tidak perlu berpatah balik dan terus melakukan hingga ke
garisan penamat.
v) Setelah giliran selesai, pasukan yang paling pantas menamatkan permainan
dikira sebagai pemenang.

T
M A
U
M
L
A A
T

11
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

Tahun 1

Acara 2 - KUDA TEMPANG


i) 2 orang murid melompat halangan kayu pada jarak 5 meter.
ii) Kemudian, mereka membaling pundi kacang secara berpasangan dalam jarak 5
meter dan membaling pundi tersebut masuk ke dalam bakul.
iii)Akhir sekali, murid melompat halangan kayu sebelum ke garisan permulaan.
iv) Peserta paling akhir tidak perlu berpatah balik dan terus melakukan hingga ke
garisan penamat.
v) Setelah giliran selesai, pasukan yang paling pantas menamatkan permainan
dikira sebagai pemenang.

T
M A
U M
L
A
A
T

Tahun 2

Acara 1 GULING DAN CURI BOLA


i) Murid melakukan gulingan balak lalu mengambil bola kecil dalam bakul 1.
ii) Kemudian, murid perlu melompat beberapa halangan kayu dan meletakkan
bola yang diambil tadi ke dalam bakul ke-2.
iii) Kemudian, murid akan berpatah balik dengan lakuan yang sama ke garisan
permulaan dan bergilir kepada peserta lain.
iv) Peserta paling akhir tidak perlu berpatah balik dan terus melakukan hingga ke
garisan penamat.
v) Setelah giliran selesai, pasukan yang paling pantas menamatkan permainan
dikira sebagai pemenang.

T
M A
GULING BALAK
U
1 2 M
L (TILAM)
A A
T

12
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

Tahun 2

Aacara 2 - PENCURI BOLA

i) Mula-mula, 2 orang murid secara berpasangan mengambil bola dalam gelung


lalu membawa bola tersebut dalam keadaan membelakang.
ii) Kemudian, murid perlu meletakkan bola yang diambil tadi ke dalam bakul lalu
melakukan skipping menggunakan gelung pada jarak 3 meter secara bergilir.
iii) Seterusnya, murid berpatah balik dengan membawa bola membelakang
sehingga ke garisan permulaan dan bergilir kepada peserta lain.
iv) Peserta paling akhir tidak perlu berpatah balik dan terus melakukan hingga ke
garisan penamat.
v) Setelah giliran selesai, pasukan yang paling pantas menamatkan permainan
dikira sebagai pemenang.

T
M A
U
M
L
A A
T

Tahun 3

Acara 1 - BUAYA MERANGKAK


i) Mula-mula, murid perlu menyusur/merangkak di bawah palang kayu pada
jarak 5 meter.
ii) Kemudian, murid mengambil bola lalu melantunnya sambil berlari memusing
skital dan berpatah balik dengan lakuan yang sama.
iii) Akhir sekali, semasa berpatah balik murid perlu merangkak di bawah palang
kayu ke garisan permulaan.
iv) Peserta paling akhir tidak perlu berpatah balik dan terus melakukan hingga ke
garisan penamat.
v) Setelah giliran selesai, pasukan yang paling pantas menamatkan permainan
dikira sebagai pemenang.

T
M A
U M
L
A
A
T
13
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

Tahun 3
Acara 2 - LOMPAT, GULING DAN JUNJUNG
i) Mula-mula, murid perlu melompat beberapa buah gelung lalu melakukan
guling balak di atas tilam.
ii) Kemudian, murid mengambil pundi kacang lalu menjunjung sambil tangan
letak dibelakang memusing skital dan berpatah balik dengan lakuan yang sama
ke garisan permulaan.
iii) Permainan dilakukan secara bergilir-gilir.
iv) Peserta paling akhir tidak perlu berpatah balik dan terus melakukan hingga ke
garisan penamat.
v) Setelah giliran selesai, pasukan yang paling pantas menamatkan permainan
dikira sebagai pemenang.

T
M A
U GULING BALAK
L M
(TILAM)
A A
T

Tahun 4

1. LOMPAT TARIK BEBAN


i) Mula-mula, murid melompat beberapa halangan kayu pada jarak 5 meter.
ii) Kemudian, murid menarik bola dengan gelung di antara beberapa skital.
iii) Kemudian, murid berpatah balik di skital akhir dengan lakuan yang sama ke
garisan permulaan.
iv) Permainan dimainkan secara bergilir-gilir.
v) Peserta paling akhir tidak perlu berpatah balik dan terus melakukannya hingga
ke garisan penamat.
vi) Setelah giliran selesai, pasukan yang paling pantas menamatkan permainan
dikira sebagai pemenang.

T
M A
U
M
L
A A
T

14
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

Tahun 5

2. IMBANG DAN LARI


i) Mula-mula, 2 orang murid mengimbangkan badan di atas batu pada jarak 5
meter.
ii) Kemudian, murid membuat hantaran sisi bola ragbi secara berpasangan.
iii) Seterusnya, murid berpatah balik dengan lakuan yang sama ke garisan
permulaan.
iv) Peserta paling akhir tidak perlu berpatah balik dan terus melakukannya hingga
ke garisan penamat.
v) Setelah giliran selesai, pasukan yang paling pantas menamatkan permainan
dikira sebagai pemenang.

T
M A
U
M
L
A A
T

Tahun 6

1. LOMPAT DAN GELECEK


i) Mula-mula, 2 orang murid melompat beberapa gelung menggunakan kedua
belah kaki pada jarak 5 meter.
ii) Kemudian, mereka mengelecek bola besar dengan kayu hoki hingga ke hujung
skital.
iii) Seterusnya, murid berpatah balik dengan lakuan yang sama ke garisan
permulaan.
iv) Peserta paling akhir tidak perlu berpatah balik dan terus melakukannya hingga
ke garisan penamat.
v) Setelah giliran selesai, pasukan yang paling pantas menamatkan permainan
dikira sebagai pemenang.

T
M A
U KAYU HOKI M
L & BOLA
A A
T

15
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

12.4.2 Acara Ibu dan Bapa


- Lari Ikat Kaki Berpasangan Ibu dan Anak
- Lari Ikat Kaki Berpasangan Ayah dan Anak

12.5 Langkah-langkah Pelaksanaan Sukaneka

12.5.1 Sebelum memulakan permainan, pastikan segala peralatan dan


kawasan permainan telah siap sedia untuk digunakan.
12.5.2 Kumpulkan para peserta yang terlibat dengan sukaneka ini.
12.5.3 Bahagikan para peserta kepada lima kumpulan iaitu pasukan merah,
pasukan biru, pasukan hijau, pasukan kuning dan pasukan ungu.
12.5.4 Terangkan cara melaksanakan setiap aktiviti dalam sukaneka ini.
12.5.5 Berikan penerangan kepada semua pasukan mengenai peraturan dan
syarat-syarat permainan yangdijalankan.
12.5.6 Ingatkan peserta tentang langkah-langkah keselamatan dan kaedah
yang sepatutnya digunakan dalam setiap aktiviti dalam sukaneka ini.

12.6 Peraturan Am Permainan

12.6.1 Bilangan pemain adalah seramai 15 orang bagi setiap acara.


12.6.2 Syarat-syarat bagi setiap permainan adalah seperti yang tertakluk
dalam prosedur pelaksanaan permainan yang disediakan oleh
penganjur.
12.6.3 Sekiranya didapati terdapat penyelewengan dalam permainan,
kumpulan tersebut akan disingkirkan dari permainan.
12.6.4 Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan
dilayan.

16
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

12.7 Prosedur Pelaksanaan Pertandingan Cheer Leader

12.7.1 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN


Peserta yang menyertai acara pasukan sorak ini terdiri daripada
murid lelaki dan perempuan tahun 3 dan 4 sahaja.
Peserta terdiri daripada:
i) Ketua pasukan sorak (1 orang)
ii) Bilangan maksimum pasukan adalah 29 orang.
iii) Masa diperuntukkan untuk persembahan adalah 5 minit.
iv) Muzik dan tema adalah mengikut kreativiti pasukan.

12.7.2 FORMAT PERLAWANAN DAN KIRAAN MATA


Kriteria dan jumlah markah yang akan diberi adalah seperti
berikut:
i) Disiplin - 30 markah
ii) Komposisi (Jumlah Peserta) - 20 markah
iii) Keseragaman Pakaian - 15 markah
iv) Laungan Sorakan / Persembahan - 20 markah
v) Bunting / Alat Sokongan Sorakan - 5 markah
vi) Kreativiti - 10 markah
JUMLAH - 100 MARKAH

12.7.3 SYARAT PERTANDINGAN


Pemarkahan diambil kira dari permulaan masuk perbarisan
kontigen masing-masing.
Pasukan sorak perlu membuat persembahan sorakan tanpa
berhenti di hadapan pentas utama. Pasukan lain yang
mengganggu persembahan pasukan lain akan ditolak markah
dari markah keseluruhan.
Setiap pasukan perlu menyediakan bunting kontigen masing-
masing.

12.7.4 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PEMENANG


Kontingen yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang.
Sekiranya terdapat jumlah markah yang sama, penentuan
pemenang adalah berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi
mengikut susunan kriteria.

17
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

13.0 ANGGARAN BELANJAWAN

PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KIRAAN JUMLAH


Khemah (5 Sewa) = RM 1000.00
1. PERALATAN Banner = RM 100.00 RM 1200.00
Aturcara Majlis & lain-lain = RM 100.00
80 orang x RM 3.00 = RM 240.00
2. JAMUAN RM 260.00
Air Mineral 2 Kotak = RM 20.00

3. CENDERAMATA 4 orang VIP x RM 20.00 = RM 80.00 RM 80.00

Acara Murid

1. Sukaneka
PPKI (10 orang x RM4) = RM 40.00
Pra Sekolah (30 orang x RM4) = RM 120.00
No.1 (20 orang x 6 x RM4) = RM 480.00
No.2 (20 orang x 6 x RM4) = RM 480.00
No.3 (20 orang x 6 x RM4) = RM 480.00
4. HADIAH RM 2490.00
2. Cheer Leader
No.1 (30 orang x RM4) = RM 80.00
No.2 (30 orang x RM4) = RM 80.00
No.3 (30 orang x RM4) = RM 80.00

Acara ibubapa
10 orang x RM30.00 = RM200.00

Piala Pusingan Pasukan Terbaik = RM 50.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 4030.00

14.0 PENUTUP

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru
kepada para peserta. Selain itu, para murid juga diharapkan dapat melaksanakan
setiap aktiviti untuk mencapai matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna
supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka dapat membentuk kemahiran-
kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat membentuk diri
para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokan
kepada para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping
meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-
masing.

18
KERTAS KERJA KARNIVAL SUKANEKA 1M1S SK TAMAN DESAMINIUM 2014

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NORHERLIANA BT ABDUL RAHIM) (PUAN JULIANA BT WAHID)


Penyelaras GPK Kokurikulum
Karnival Sukaneka 1M1S SK Taman Desaminium
SK Taman Desaminium

Disahkan oleh:

(MISS YONG CHOY TOW)


Guru Besar
SK Taman Desaminium

19

Anda mungkin juga menyukai