Anda di halaman 1dari 4

SMK KAYU ARA PASONG

JALAN KAYU ARA PASONG


82000 PONTIAN, JOHOR

KERTAS KERJA
SUMBANGAN PEMBIAYAAN KOS KECERIAAN KELAS
2023/2024
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAYU ARA PASONG
JALAN KAYU ARA PASONG,
82000 PONTIAN, JOHOR

No. Rujukan : SMKKAP.700-1/1/2/2023 (1)


Tarikh : 15 MAC 2023

EN. MOHD RUZMI BIN HJ. RUFIE


Yang Dipertuan PIBG,
SMK Kayu Ara Pasong

Tuan,
PERMOHONAN SUMBANGAN PEMBIAYAAN KOS KECERIAAN KELAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah akan mengadakan aktiviti pengurusan kelas sebagai
persediaan sesi akademik 2023/2024.
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah hati ingin memohon
sumbangan berbentuk kewangan daripada pihak tuan. Pihak sekolah mengharapkan dengan
sumbangan ini dapat menampung kos yang ditanggung oleh guru tingkatan dalam usaha
menjadikan kelas lebih kondusif dan berinformasi.
4. Atas keperihatinan dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak tuan, pihak sekolah terlebih
dahulu merakamkan ucapan ribuan terima kasih. Semoga perjalanan aktiviti pada hari berkenaan
berjalan lancar.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

______________________________
(HAZIM BIN SIRON)
GPK HAL EHWAL MURID
SMK Kayu Ara Pasong,
Pontian, Johor
KERTAS KERJA SUMBANGAN PEMBIAYAAN KOS KECERIAAN KELAS

1.0 PENGENALAN

Kelas merupakan tempat dan “rumah” bagi murid di sekolah. Kelas dan ceria dan kondusif
akan menarik minat murid belajar serta mahu ke kelas untuk menuntut ilmu. Suasana kelas yang
kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di samping merasa teruja untuk menerima
ilmu yang baharu. Keceriaan kelas adalah tanggungjawab bersama guru kelas dan murid-murid
dalam kelas tersebut. Guru-guru digalakkan untuk menyalurkan kreativiti dalam mengolah dan
menceriakan kelas. Diharapkan dengan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak dapat membakar
semangat guru tingkatan demi keselesaan murid-murid kelas tesebut.

2.0 RASIONAL

Suasana kelas yang bersih dan ceria dapat mewujudkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif.

3.0       MATLAMAT
a) Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten
b) Memberi murid suasana baharu di dalam kelas yang kondusif

4.0       OBJEKTIF

i) Mewujudkan kelas yang bersih dan ceria serta berinformasi.


ii) Membina kreativiti dalam melahirkan idea untuk mewujudkan kelas bersih dan ceria.
iii) Memupuk nilai murni dalam kalangan murid supaya bekerjasama, tolong menolong
menjaga keceriaan kelas.

5.0       SASARAN

20 tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 serta 3 kelas PPKI

   
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
KELAS NAMA GURU TINGKATAN PERUNTUKAN
PPKI En. Rezza Aizat bin Abd Rahim RM 100
1 AF Pn. Faten Fazrin binti Mohd Sharin @ Zawawi RM100
1 AH Pn. Farah Hazirah binti Abdul Hamid RM100
En. Che Wan Muhammad Hasif bin Che Wan
1 AJ RM100
Sayuti
1 AK Pn. Hasnida binti Ahmad RM100
2 AF En. Rashid bin Saini RM100
2 AH Pn. XXX RM100
2 AJ Pn. Anis Sharani binti Abdul Ghani RM100
2 AK Pn. Rahmadhaniah binti Abdul Majid RM100
3 AF Pn. Siti Nor Azreen binti Kamari RM100
3 AH Pn. Nur Hazirah binti Mohd Nasir RM100
3 AJ Hj. Hamzah bin Abdul Wahab RM100
3 AK Pn. Azwahida binti Mohd Nasir RM100
4 AF Pn. Syahidayani binti Ahmad Nasir RM100
4 AH Pn. Nor Hasnita binti Mentaha RM100
4 AJ Pn Norsaliah binti Daraham RM100
4 AK Cik Noor Madeha binti Amat Rosdi RM100
5 AF Pn. Naziza binti Zailani RM100
5 AH Pn. Noor Huda binti Mohd Fandi RM100
5 AJ Pn. Rosmarina binti Abdul Hamid RM100
5 AK Pn. Intan Normala binti Mohd Radi RM100
JUMLAH BESAR RM2100

7.0 PENUTUP
Sumbangan ini diharapkan dapat sedikit sebanyak menampung kos keceriaan kelas selaras dengan visi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu yang cemerlang dalam aspek
jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Melalui sumbangan ini juga diharap agar dapat mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_____________________ ___________________ __________________

(SITI NORJANNAH BINTI (HAZIM BIN SIRON) (SURIATI BINTI SAILIN)


MOHD HAMDI) GPK HEM PENGETUA
SETIAUSAHA HEM SMK KAYU ARA PASONG SMK KAYU ARA PASONG
SMK KAYU ARA PASONG

Anda mungkin juga menyukai