Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PEMBELIAN PERALATAN AUDIO SISTEM DEWAN PEPERIKSAANSEKOLAH

1.0 PENGENALAN
Keperluan terhadap peralatan audio sistem di Dewan Peperiksaan Sekolah
Agama Menengah Paya Jaras amatlah diperlukan. Hal ini untuk memastikan
setiap kegiatan kurikulum dan kokurikulum pelajar S.A.M Paya Jaras dapat
berjalan dengan sebaiknya. Sehubungan dengan itu, keperluan terhadap dana
untuk membeli peralatan dan kemudahan sistem audio amatlah diperlukan untuk
memastikan kecemerlangan pelajar dapat dipertingkatkan.

2.0 MATLAMAT
2.1 Memastikan sistem penyampaian maklumat sekolah lebih berkesan.
2.2 Memastikan alatan dan kemudahan siaraya sekolah sentiasa berfungsi
dengan baik.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyediakan sistem audio yang baik untuk dewan peperiksaan sekolah.
3.2 Menggunakan sistem audio untuk kegunaan aktiviti kerohanian di sekolah.
3.3 Meningkatkan kualiti sistem audio sekolah agar seiring dengan
peningkatan mutu pembelajaran sekolah.
4.0 SASARAN
Seluruh warga Sekolah Agama Menengah Paya Jaras (SAMPJ)
5.0 SUMBER KEWANGAN
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran.
7.0 PENUTUP
Pemantapan sistem penyampaian maklumat adalah perkara yang sangat
penting di sekolah. Dengan adanya sistem siaraya yang berfungsi dengan baik,
pengurusan sekolah akan menjadi lebih mudah dan ini membantu
mempertingkatkan lagi prestasi kerja di kalangan kakitangan sekolah.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati agar pihak tuan dapat
membantu menjayakan rancangan ini demi kepentingan warga S.A.M Paya
Jaras. Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan untuk menjayakan hasrat murni
kami ini, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh : Disahkan,

.................................................................... ..........................................................
(MOHAMAD AZRI BIN MOHAMED NOOR) (PN. AZLINA BT. EMAM BUHARI)
Setiausaha Siaraya S.A.M Paya Jaras. Pengetua S.A.M Paya Jaras.

Anda mungkin juga menyukai