Anda di halaman 1dari 1

Bahan utama :

2kg ikan kembung / ikan kayu (Ikan kayu adalah pilihan utama Chef Eiyzall)

Ikan direbus dengan sedikit garam dan asam keping. Kalau ikut petua, letakkan 1 atau 2 camca makan cuka untuk
mengelakkan ikan hancur ketika direbus.
Cara-cara menyediakan rebusan ikan :
1. Tapis ikan yang telah direbus. Jangan buang air rebusan itu. Masukkan ke dalam bekas berasingan.

2. Asingkan isi dan tulang ikan yang telah direbus tadi ke dalam dua bekas yang berasingan.

3. Kisar tulang ikan (dengan sedikit air) sehingga lumat. Tapis hasil kisaran tulang ikan itu untuk mendapatkan jus kisaran
tulang ikan. Jus kisaran tulang ikan itu boleh dicampur dengan air rebusan ikan yang pertama tadi. Ulang proses ini
sehingga tulang menjadi putih.

4. Kisar isi ikan dan campurkan dengan air rebusan ikan + jus tulang ikan tadi.
Bahan kisar :
4-5 cm halia
3cm lengkuas
15-20 tangkai cili kering
7-8 ulas bawang merah ,
5-6 ulas bawang putih
9-10 batang Serai
3 kuntum bunga kantan
Daun kesum (diasingkan dari batang)

Bahan tumisan / rebusan :


3 paket kecil rempah kari daging/ikan (jenama pilihan kami adalah Baba's Extra Hot)
1-2 kuntum bunga kantan
Segenggam daun kesum
7-8 keping asam keping
½ kilo santan
1 tin susu cair
Tips untuk kisar cili kering. Rebus/rendam cili kering dalam air panas. Blend dengan air dan sedikit minyak masak.
Kisaran akan lebih halus dan berkilat cantek.

Bahan sampingan :
Sambal belacan (cili hidup + belacan dibakar + gula + garam ditumbuk)
Kacang panjang
Timun jepun
Limau nipis
Tauge (tak perlu celur)
Spaghetti (direbus)

Cara-cara:

1. Tumis serai yang diketuk sehingga naik bau. Masukkan rempah dan tumis seketika.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ikan dan air rebusan ikan yang telah ditapis. Masukkan asam keping, garam ,gula, daun kesum, bunga
kantan yang dibelah.
4. Tunggu kuah mendidih. Masukkan santan dan susu, kecilkan api. Tunggu sehingga kuah mereneh dan tutup api.
. Rebus spaghetti dan gaulkan dengan minyak.

6. Laksa johor boleh dinikmati dengan bahan sampingan. Sila tengok gambar-gambar di bawah untuk melihat cara hidangan
laksa Johor.

Anda mungkin juga menyukai