Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN MAKMAL KOMPUTER

SK BATU BERENDAM 2
1.0

PENDAHULUAN
Makmal komputer merupakan tempat murid-murid dan para guru menimba pelbagai
ilmu pengetahuan dengan teknologi yang telah dibekalkan oleh pihak kerajaan.
Walaubagaimanapun terdapat kekurangan di makmal komputer tersebut.SK Batu Berendam
2 bercadang untuk menaik taraf makmal komputer bagi mewujudkan persekitaran yang
kondusif bagi murid murid. Di samping itu, ia adalah bertujuan untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal komputer dan aktiviti-aktiviti yang
memerlukan murid-murid menggunakan ICT.

2.0

LATAR BELAKANG
2.1
Makmal komputer dilengkapi dengan kemudahan 4 buah penyaman udara
berkapasiti 3.0hp dan 1 buah berkapasiti 1.0hp.
2.2
Sistem penyaman udara tidak berfungsi dengan baik dan sebahagian daripadanya
telah rosak.
2.3
Peruntukan sumber kewangan diperlukan untuk proses menaik taraf makmal
komputer demi keselesaan murid-murid.

3.0

OBJEKTIF
3.1
Melaksanakan dan melengkap aktiviti makmal komputer supaya pembelajaran dan
pengajaran menggunakan ICT dapat dijalankan.
3.2
Menyediakan kemudahan mengakses internet dalam kalangan warga sekolah.

4.0

RASIONAL
4.1
Kemudahan ICT dihujung jari seperti FROGVLE, ZOOM-A, PROGRAM MBMMBI, TMK
dan sebagainya.
4.2
42 buah komputer meja memerlukan pengudaraan yang sangat dingin bagi
memastikan set komputer dalam keadaan sejuk. Jika tidak unit Pemprosesan Pusat
setiap komputer meja tersebut akan cepat rosak kerana terdedah dengan haba dan
cuaca panas.
4.3
Habuk juga mudah berterbangan dan masuk ke dalam badan komputer.
4.4
Zoom dan server perlu beroperasi 24jam. Bagi memastikan ianya tidak rosak
sekurang-kurangnya ianya berada dalam keadaan sejuk sepanjang sesi persekolah.
4.5
Disebabkan permintaan yang tinggi oleh guru dan murid untuk menggunakan
kemudahan di makmal ini maka amat wajar para pengguna dalam keadaan selesa.
4.6
Jika penyaman udara tidak diganti maka penyelenggaraan dan pambaikan komputer
serta mengganti peralatannya lebih tinggi daripada kos pemasangan penyaman
udaran.

5.0

PERANCANGAN
5.1
Satu projek jangka masa panjang untuk semua murid SK Batu Berendam 2.
5.2
Menyediakan kemudahan bagi semua murid tahap 1 dan 2 melaksanakan program
yang disarankan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
5.3
Memberi pendedahan kepada semua murid tentang Celik IT.

6.0

ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1
Sila rujuk lampiran 1.

7.0

RUMUSAN:
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan tiada peruntukan wang kerajaan untuk
pembelian aset ict bagi makmal komputer. Justeru , adalah diharap pihak pengurusan
sekolah dan PIBG SK Batu Berendam 2 dapat menimbangkan permohonan ini untuk
kemajuan pembelajaran murid-murid dan sekolah.

Disediakan oleh,

..............................................
Roziyah binti Abdul Rahman
Juruteknik Komputer
SK Batu Berendam 2
Melaka.

Disokong oleh,

...........................................
Hajah Safiah binti Hj. Sharif
Guru Besar
SK Batu Berendam 2
Melaka.

Lampiran 1
Anggaran kos perbelanjaan untuk menaik taraf SK Batu Berendam 2 adalah seperti
berikut :
Harga seunit
3650
1300

MAKMAL 1

Bil penyaman udara


kapasiti
4
3.0 hp
1
1.0 hp
Jumlah keseluruhan

Jumlah (RM)
14600
1300
15900

MAKMAL 2

Anda mungkin juga menyukai