Anda di halaman 1dari 4

PROSES NAIK TARAF PERISIAN OLEH PENGGUNA

(untuk Sistem Multimedia dengan Navigasi PERODUA)

Langkah 1:
Pilih perisian naik taraf yang betul untuk dimuaturun. Sila ambil perhatian bahawa proses naik
taraf ini mangandungi saiz fail yang besar dan mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya
1.5 jam bagi keseluruhan proses muaturun. (Bergantung kepada kelajuan sambungan internet).

Amaran: Sila pastikan anda memilih fail naik taraf yang betul. Anda mungkin tidak dapat
menyempurnakan proses naik taraf seandainya anda membuat pilihan yang salah bagi alat
navigasi anda. Amtel Cellular Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kesalahan
pilihan yang mungkin mengganggu perjalanan alat navigasi anda.

Langkah 2:
Setelah proses muat turun berjaya dilengkapkan, keluarkan kad SD daripada sistem multimedia
dengan navigasi dan masukkan kad tersebut ke pembaca kad.

Langkah 3:
Buka zip fail yang telah dimuat turun. Buka folder Lokatoo Navigation Software ver 5.5.X
(PERODUA Myvi).

Kemudian dwi klik lokatoo_installer.exe.

Langkah 4:
Klik Next.
Langkah 5:
Pastikan bahawa abjad pemacu yang ditunjukkan adalah pemacu kad memori SD dari sistem
multimedia dengan navigasi anda. (Abjad pemacu lalai adalah F). Tukarkan abjad pemacu
sekiranya perlu. (Jangan tukar nama folder).

Langkah 6:
Klik Next.
Langkah 7:
Keluarkan kad SD daripada pembaca kad komputer.

Langkah 8:
Masukkan kad SD ke sistem multimedia dengan navigasi. Tekan butang NAVI atau GPS pada
skrin alat navigasi.

Langkah 9:
Keluarkan kad SD daripada sistem multimedia dengan navigasi dan masukkan kad SD kembali ke
pembaca kad SD komputer. Kemudian klik Next.

Klik Finish bila selesai.


Langkah 10:
Keluarkan kad SD daripada pembaca kad SD. Untuk mengeluarkan kad SD, klik Safely Remove
Hardware ikon dan pilih Safely remove SD Memory Card Drives(X:) seperti yang
tertera di bawah.

Proses pengemaskinian peta telah lengkap. Kembalikan kad SD ke sistem multimedia dengan
navigasi.

Anda mungkin juga menyukai