Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan :

Projek ini akan meliputi tentang sistem borang pembaikan perkakasan dan laporan kerosakan
computer . tujuan kajian ini adalah untuk memberi kemudahan kepada juruteknik computer agar
mereka dapat menggunakan sistem ini dengan menjimatkan masa dan tenaga kerja. Kelemahan
pada projek ini ialah penggunaan internet yang terhad dan mudah digodam. Kelebihan projek ini
pula ialah memastikan laman web diawasi sentiasa supaya maklumat pengguna tidak akan digodam
oleh penggodam tersebut. Secara keseluruhannya, projek ini akan memberi kemudahan kepada
pengguna kerana sistem ini juga boleh menggunakan di mana sahaja tidak dikira hanya di tempat
kerja sahaja malah boleh digunakan ketika bekerja di luar kawasan.

Matlamat projek :

Matlamat projek MKB Maintenance sistem ini adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar
yang kreatif dan inovatif dalam memberikan idea – idea baru dan membuat penambahbaikan
kemaskini sistem yang terkini dan ciri - ciri keselamatan sistem yang baik.

Selain daripada itu, matlamat membuat projek ini adalah untuk mewujudkan pelajar yang
berkemahiran mereka cipta, menggunakan idea kreativiti masing-masing dalam menghasilkan projek
laman web dengan kemas dan kreatif. Ini secara langsung melahirkan bakal – bakal pakar IT yang
serba boleh dalam mencipta teknologi yang baru mengikut peredaran zaman yang semakin canggih
dan berwawasan tinggi.

Pelajar – pelajar juga diberi peluang mengaplikasikan pengetahuan bidang IT dalam


mencipta yang terbaru sama ada hardware atau software secara menyeluruh. Tugasan ini juga
membentuk modal insan yang cemerlang sejajar dengan kehendak para pengguna.

Bab 2 – kajian literatur

Pada era moden, manusia semakin banyak mencipta teknologi – teknologi canggih. Oleh itu,
untuk menghasilkan sesuatu teknologi haruslah membuat kajian mendalam. Ilmu pengaturcaraan
adalah rujukan dan panduan yang digunakan untuk mencipta sesebuah sistem yang canggih dan
berkualiti tinggi serta versi yang terkini. Kajian ini perlu dilaksanakan untuk memenuhi ciri-ciri yang
dibenarkan. Adalah penting bahawa pengaturcaraan sepadan dengan sistem laman web yang
dipelajari.

Pada permulaan kajian, perancangan dibuat untuk memastikan laman web dapat digunakan
dengan baik dan berjalan lancar. Konsep skop projek agar menepati projek yang diingini. Usaha
dalam mencari bahan rujukan adalah satu factor yang penting bagi menjamin keberkesanan
keseluruhan projek dan laporan disiapkan. Maka dengan ini, beberapa maklumat berkaitan projek
telah dicari dan dikumpulkan agar projek ini dikenali dan dapat berfungsi dengan baik. Hasil kajian
akan diproses dan diterapkan melalui laman web untuk memenuhi spesifikasi yang tepat dan
memenuhi keperluan projek diploma.
Fasa keperluan

Fasa pertama ialah fasa memahami reka bentuk dan fungsi projek, tujuan projek ini dibangunkan,
penyelesaian masalah dan pembahagian kerja. Spesifikasi input dan output atau jangkaan produk
akhir dikaji dengan teliti pada fasa ini.

Fasa analisis

Analisis terhadap sistem adalah sangat penting bagi mengetahui kelemahan – kelemahan yang di
hadapi oleh sistem semasa. Sistem sedia ada yang telah dikaji akan dijadikan sebagai rujukan bagi
memudahkan maklumat yang dikumpul dianalisis. Tujuan mengkaji sistem ini adalah untuk
membangunkan sebuah sistem yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Fasa rekabentuk

Kami akan merekabentukkan borang MKB Maintenance System secara dalam talian dalam fasa ini.
Kami akan mengenalpasti bagaimana sistem ini akan beroperasi, dari segi perisian, antaramuka,
infrastruktur rangkaian, borang, laporan dan pangkalan data yang digunakan.

Fasa pembangunan

Dalam fasa pembangunan ini, proses membangunkan laman web antaramuka dengan menggunakan
software iaitu Adobe Dreamweaver. Antaramuka laman web yang dibangunkan adalah bahagian
daftar masuk, bahagian isi borang kerosakan perkakasan, bahagian isi borang penggunaan makmal
dan bahagian isi borang baikpulih perkakasan. Seterusnya, membangunkan pangkalan data pada
setiap antaramuka bagi setiap maklumat dapat diakses dengan baik seperti yang ditetapkan.

Fasa pengujian

Dalam fasa pengujian, laman web akan diuji secara keseluruhan apabila MKB Maintenance System
telah selesai dibangunkan. Pengujian ini dilakukan oleh pihak pengajar Kolej Kemahiran Mentari
untuk memastikan laman web yang dibina dapat memenuhi keperluan pengguna. Antara aktiviti
yang dilaksanakan di dalam fasa ini ialah menguji dengan mendaftar masuk bagi mengenalpasti sama
ada berjaya dapat diakses atau tidak.

Fasa penyelenggaraan

Fasa ini berlaku selepas pengujian , dan melibatkan pengubahsuaian kepada projek atau
pengaturcaraan untuk mengubah antaramuka dan meningkatkan prestasi laman web serta
pangkalan data yang akan digunakan bagi menyempurnakan sesebuah projek tersebut.
Pengubahsuaian ini timbul sama ada disebabkan berlaku kesalahan pengaturcaraan atau ditemui
“error” apabila menggunakannya.
Bab 4 – keputusan dan analisis hasil projek

Pengenalan :

Setiap projek yang dilaksanakan dan dilakukan semestinya mempunyai kelebihan dan kelemahannya
yang tersendiri. Selepas selesai melakukan proses pembuatan dan membuat pengujian ke atas
projek ini, didapati bahawa MKB Maintenance System ini mempunyai beberapa kelebihan dan
kelemahan. Antara kelebihan MKB Maintenance System adalah seperti yang dinyata dalam objektif
iaitu MKB Maintenance System ini dapat membantu dan memudahkan pengguna dalam melakukan
laporan kerosakan computer melalui dalam talian dan boleh digunakan di mana sahaja sama ada di
tempat kerja atau di luar tempat kerja. Seperti yang tercatat semasa pengujian ke atas MKB
Maintenance System ini didapati bahawa boleh menjimatkan masa dan kos dari penggunaan kertas
serta mudah menyimpan data – data berkenaan laporan dan borang kerosakan computer yang
disediakan.

Kelemahan MKB Maintenance System pula adalah penggunaan internet yang tidak baik dan
lemah akan sukar untuk mengakses daftar masuk laman web tersebut. Seterusnya, jika para
pengguna terlalu ramai menggunakannya maka sistem akan menjadi lambat dan bermasalah.

Bab 5 – perbincangan , cadangan dan kesimpulan

Cadangan :

Dengan adanya projek ini digunakan pada pusat pendidikan tinggi dan sekolah , kami
percaya bahawa laman web ini dapat digunakan dengan mudah dan cepat. Oleh sebab itu, kami
percaya dan berharap projek ini akan diperluaskan lagi. Walaupun projek ini nampak mudah tetapi
ianya memberi kesan yang tinggi kepada para pengguna dalam keselamatan menyimpan data – data
penting serta mudah diakses ke daftar masuk laman web itu.

Sehubungan dengan itu, kami berharap dengan terciptanya inovasi ini dapat menarik lebih
banyak minat dan sesiapa yang ingin mencipta ataupun menambah baikan laman web bagi
membantu para pengguna mahupun sesiapa sahaja. Inovasi ini bukan sahaja dapat memenuhi
keperluan kita bahkan dapat menjimatkan masa, kos dan penggunaan kertas.

Dengan ini, ianya bukan sahaja dapat membantu para pengguna bahkan dapat mengelakkan
diri daripada pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kertas boleh menghakis bumi. Kami
berharap pada masa akan datang projek tersebut dinaiktaraf seperti menambah borang sistem
berkenaan computer supaya para pengguna tidak perlu menulis borang di atas kertas lagi.
LANGKAH – LANGKAH MENGGUNAKAN NOTEPAD ++.

1) Buka laman web Notepad++. Lawati https://notepad-plus-plus.org/ dalam penyemak imbas


anda. Seperti di rajah 1.

Rajah 1 : paparan link notepad.

2) Klik “download”. Tab ini berada di bahagian kiri atas halaman. Seperti di rajah 2.

Rajah 2 : Paparan “download”.

3) Klik “Download”. Butang hijau ini berada di tengah-tengah halaman. Fail pemasangan
Notepad++ akan dimuat turun serta-merta. Seperti di rajah 3.
- Anda mungkin perlu memilih lokasi simpan atau mengesahkan muat turun sebelum
meneruskan ke langkah seterusnya, bergantung pada tetapan penyemak imbas anda.

Rajah 3 : Paparan button “download”.


4) Klik dua kali pada muat turun pemasangan. Muat turun ini ditandai oleh ikon kotak hijau.
Seperti di rajah 4.

Rajah 4 : Paparan muat turun.

5) Klik “Yes” ketika diminta. Pemasangan akan dibuka. Seperti di rajah 5.

Rajah 5 : Paparan pemasangan dibuka.

6) Pilih bahasa antaramuka. Klik kotak drop-down bahasa dan pilih bahasa antaramuka yang
ingin digunakan. Seperti di rajah 6.

Rajah 6 : Paparan pilih bahasa.


7) Klik “OK”. Tombol ini berada di bahagian bawah “Language”. Seperti di Rajah 7.

Rajah 7 : Paparan button “OK”.

8) Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin. Lakukan langkah berikut:


- Klik "Next"
- Klik "I Agree"
- Pilih "Next"
- Klik "Next"
- Tandai pilihan tambahan, kemudian klik "Install". Seperti di rajah 8.

Rajah 8 : Paparan button “install”.

9) Klik “Finish”. Selagi anda membiarkan pilihan "Run Notepad++" ditandakan, tetingkap
pemasangan akan ditutup dan program Notepad++ akan dibuka. Seperti di rajah 9.

Rajah 9 : Paparan button “Finish”.


MENGATUR NOTEPAD ++.

1) Buka Notepad++ jika program belum terbuka. Klik dua kali ikon Notepad++ yang tampak
seperti bantalan berwarna putih dengan katak hijau di dalamnya. Seperti di rajah 9.

Rajah 9 : Paparan Notepad ++.

2) Padam teks yang dipaparkan dalam tetingkap Notepad++. Biasanya, anda boleh melihat
nota daripada pembangun dalam tetingkap. Hanya bendera dan padamkan mesej.
Seperti di rajah 10.

Rajah 10 : Paparan teks yang padam.

3) Klik “Settings”. Tab ini berada di bahagian atas tetingkap Notepad++. Setelah diklik,
“menu drop-down” akan dipaparkan. Seperti di rajah 11.

Rajah 11 : Paparan “Settings”.


4) Klik “Preferences…”. Pilihan ini terdapat dalam menu drop-down "Settings". Tetingkap
"Preferences" akan dibuka selepas itu. Seperti di rajah 12.

Rajah 12 : Paparan “Preferences”.

5) Semak tetapan Notepad++. Lihat tetapan di tengah tetingkap, atau klik tab di sebelah
kiri tetingkap "Preferences" untuk menukar kategori tetapan yang sedang disemak.
Seperti di rajah 13.

- Anda boleh membuat perubahan pada tetapan seperti yang dikehendaki, tetapi berhati-hati
agar tidak mengubah aspek yang anda tidak fahami.

rajah 13 : Paparan pilihan “Preferences”.

6) Klik “Close”. Butang ini berada di bahagian bawah tetingkap “Preferences”. Perubahan
akan disimpan dan tetingkap akan ditutup. Seperti di rajah 14.

Seperti di rajah 14 : Paparan “Close”.


7) Semak butang menu. Di bahagian atas tetingkap Notepad++, anda boleh melihat barisan
butang berwarna. Gerakkan kursor anak panah ke atas setiap butang untuk mengetahui
fungsinya. Seperti di rajah 15.

- Contohnya, ikon disket ungu di penjuru kiri sebelah atas tetingkap menyimpan kemajuan
projek apabila diklik.

Rajah 15 : Paparan butang menu.

8) Tentukan bahasa pengaturcaraan yang ingin digunakan. Artikel ini memuat contoh
pengaturcaraan dalam bahasa C++, Batch, dan HTML, tetapi anda boleh menggunakan
hampir semua bahasa yang diinginkan pada Notepad++. Setelah memiliki bahasa, anda
boleh terus menggunakan Notepad++ untuk membuat program. Seperti di rajah 15.

Rajah 15 : Paparan Bahasa “coding”.

Anda mungkin juga menyukai