Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NYALAS, 77100 ASAHAN, MELAKA.

KERTAS CADANGAN MENAIKTARAFKAN INFRASTRUKTUR DAN PRASARANA SEKOLAH

1.0

PENGENALAN

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

yang

berterusan

kearah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara ini. Penglibatan pelajar, peranan guru dan ibubapa serta suasana sekolah yang kondusif adalah antara faktor penting dalam menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ideal di sekolah. Justeru itu, keadaan fizikal bangunan yang bersih, cantik dan selamat amat diperlukan bagi memastikan keadaan suasana sekolah yang kondusif untuk para pelajar SMK Nyalas. Sehubungan dengan itu, bangunan SMK Nyalas perlu dicat semula dan dibaik pulih memandangkan usia hampir 17 tahun. Dengan adanya kerja-kerja penambahbaikan ini, SMK Nyalas menjadi sekolah yang kondusif dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang gemilang dan terbilang. Diharap usaha untuk menceriakan landskap dan pembinaan infranstruktur yang baru di kawasan sekolah ini dapat menyediakan persekitaran yang kondusif,selamat dan berkesan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran. Dengan ini, secara tidak langsung dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar di SMK Nyalas serta mencetus semangat baru untuk semua warganya. 2.0 MATLAMAT Baikpulih dan mengecat semula bangunan untuk menaikkan imej SMK Nyalas. Selaras dengan visinya untuk menjadi sekolah yang terbaik di daerah Jasin maka dengan suasana sekolah yang selamat dan kondusif secara tidak langsung menyumbang kepada kegemilangan SMK Nyalas dan segi akademik, sahsiah mahupun ko-kunikulum.

3.0

OBJEKTIF

1. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan motivasi warga SMK Nyalas untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. 2. Menambahbaik kemudahan infrastruktur sekolah untuk guru dan pelajar 3. Meningkatkan keceriaan dan kebersihan di SMK Nyalas 4. Menarik minat penduduk setempat dan sekitarnya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.

4.0

MENGECAT SEKOLAH BANGUNAN SEKOLAH

Sebahagian besar daripada bangunan sekolah ini perlu dicat disebabkan kebanyakan permukaan dinding sekolah agak lusuh (Rujuk Lampiran).Bangunan sekolah yang perlu dicat semula adalah seperti berikut :Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. Blok A Blok B Blok C Blok D Blok E Kantin Bangunan Bil. Tingkat 2 2 4 4 2 1

5.0

ANGGARAN KOS

Anggaran kos bagi mengecat bahagian luar bangunan di SMK Nyalas adalah seperti berikut :Bil 1 Blok A i) Dinding ii) Koridor 2 Blok B i) Dinding ii) Koridor 3 Blok C i) Dinding ii) Koridor 4 Blok D i) Dinding ii) Koridor 5 Blok E i) Dinding ii) Koridor 6 Kantin i) Dinding JUMLAH KOS KESELURUHAN Perkara Keluasan (kaki persegi) Kos/kaki persegi Jumlah Kos

6.0

SUMBER KEWANGAN Memohon peruntukan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

7.0

PENUTUP Adalah menjadi hasrat dan impian seluruh warga SMK Nyalas dan PIBG supaya

projek ini menjadi kenyatan dalam usaha sekolah ini menjadi sebuah sekolah yang seimbang dan progresif dalam semua aspek dan bidang. Diharap semua pihak yang berkenaan dapat memberikan kerjasama dan komitmen sama ada dan segi tenaga ataupun kewangan bagi menjayakan projek ini. Semoga sumbangan kita yang ikhlas dan murni ini akan sentiasa diberkati Allah SWT.

Disediakan oleh

.. (En Zainudin bin Hj Koming) Pengetua, SMK Nyalas.

PELAN SMK NYALAS

Keadaan Koridor Bangunan Blok A

Keadaan Syiling Blok A

Keadaan Tangga di Blok

Keadaan Tangga di Blok A

Keadaan Koridor di Blok B

Keadaan Tembok di Blok B

Keadaan Koridor di Makmal Sains

Keadaan Tembok di Makmal Sains

Keadaan Tandas Di Bengkel MPV

Anda mungkin juga menyukai