Anda di halaman 1dari 19

SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN

01000 KANGAR, PERLIS.

RBA0029

REDESIGN Read & Rest (R&R) SANTARIAN

AMALAN TERBAIK
PUSAT SUMBER SEKOLAH 2022
ISI KANDUNGAN

Subtopik Muka surat

ABSTRAK i

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 ISU DAN MASALAH 1

3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM 2

4.0 MATLAMAT 4

5.0 OBJEKTIF 5

6.0 KUMPULAN SASARAN 6

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

7.1 Perancangan 3
7.2 Mengumpul Dana 4
7.3 Membaikpulih 5
7.4 Merealisasikan 6

8.0 IMPAK 8

9.0 KESIMPULAN 9

1
LAMPIRAN

A: Jadual Pelaksanaan Program

B: Wajah Bilik Khas Sebelum Program

C: Keberhasilan Program

D: Pengiktirafan

E: Slaid Pembentangan

2
ABSTRAK

Redesign Read and Rest (R&R) Santarian di Sekolah Kebangsaan Santan adalah
satu program bagi amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Pusat Sumber Sekolah dalam
meningkatkan pembangunan persekitaran sekolah, sahsiah diri murid, perkembangan
bakat murid, meningkatkan kehadiran murid ke sekolah serta perkembangan prestasi
murid. Redesign bermaksud membuat perubahan dari segi prasarana yang sedia ada
termasuk bilik-bilik khas. R&R adalah penjenamaan semula untuk Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Santan yang bermaksud Read and Rest. Program ini menjadi jambatan
dalam meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Sekaligus, memupuk rasa
sayang dan minat murid-murid untuk hadir ke sekolah. Di samping itu program ini juga
bertujuan mengekalkan warisan iaitu sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan Santan
yang pertama didirikan. Bangunan tersebut telah berusia 95 tahun.Usaha-usaha diakukan
untuk dekorasi yang berasaskan tema café, diharap dapat menambah pengetahuan
memperkembangkan potensi insan secara menyeluruh yang mencakupi aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah.. Peranan guru dan murid yang diambil secara serius
bagi pelaksanaan program ini turut mempengaruhi keberhasilan objektif dan matlamat
yang ingin dicapai. Isu yang dihadapi turut dapat diselesaikan dengan jayanya.

i
1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah di Sekolah Kebangsaan Santan memainkan peranan penting


bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran 09
Educator bagi memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah
selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025. Pusat Sumber
sekolah merupakan pusat maklumat yang sangat penting. Lokaliti Sekolah Kebangsaan
Santan yang berada di kawasan luar bandar tidak terkecuali dengan isu pemikiran yang
kritis dan kreatif. Walaupun bukanlah satu masalah yang serius namun hasrat pihak
sekolah untuk memastikan murid-murid sentiasa berfikir secara kreatif menjadi keutamaan
pihak sekolah. Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pusat penyebaran dan pencarian
makumat yang dapat membantu penggunanya iaitu guru-guru dan murid-murid dalam
proses penyelidikan, pembelajaran dan pengajaran. Selain daripada itu Pusat Sumber
Sekolah SK Santan bermatlamat meningkatkan pembudayaan ilmu di kalangan warga
sekolah. Ini dapat dicapai melalui perancangan, pengurusan dan prog gram Pusat Sumber
Sekolah yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang
berkesan melalui persediaan prasarana yang kondusif dan inovatif.

2.0 ISU DAN MASALAH

Pusat Sumber selaku nadi ilmu bagi sesebuah sekolah memainkan peranan utama dalam
memupuk budaya membaca. Bersesuaian dengan fungsi penubuhannya sebagai pusat
menyedia, mengumpul, menyimpan , mengedar dan memberi perkhidmatan koleksi
bahan, ia perlu dilihat sebagai agen perubahan yang perlu bergerak seiring dengan
perkembangan kurikulum di sekolah.

Di Malaysia, kebanyakan Pusat Sumber Sekolah (PSS) wujud terasing daripada


kurikulum. Potensi PSS sebagai penyokong terhadap proses P&P belumlah direalisasikan
sepenuhnya. Antara faktor utama ketidakberkesanan fungsi PSS adalah kegagalannya
memenuhi kehendak pelanggan dan kehendak kurikulum di sekolah.

Peranan PSS tidak boleh dipandang ringan sekiranya kita ingin melahirkan generasi
berilmu dalam era k-ekonomi. Matlamat untuk melahirkan pekerja dan pemimpin yang

1
berjaya boleh dipupuk dengan kemahiran berfikir secara kritikal menerusi kemahiran
maklumat dan pengalaman di alam pembelajaran.(Che Normadiah bt Hj. Che Abas :
2002 ) Pemupukan budaya membaca dilihat sebagai eleman yang penting supaya pelajar
lebih celik maklumat dan bersedia untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Tumpuan utama Unit Pusat Sumber Sekolah di Sekolah Kebangsaan Santan adalah
menjadikan seluruh kawasan dan bilik di Sekolah Kebangsaan Santan sebagai Pusat
Sumber Sekolah. Di samping itu, program ini juga dilakukan untuk meningkatkan
penggunaan kawasan dan bilik -bilik khas serta memperkenalkan sebuah bangunan
pertama Sekolah Kebangsaan Santan sebagai seni warisan Sekolah Kebangsaan Santan.
Dapatan daripada analisis penggunaan bilik – bilik khas di kalangan guru dan murid bagi
tahun 2020 ialah sebanyak sangat rendah dan ianya tidak mencapai Petunjuk Prestasi
Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sebanyak 96%. Sehubungan itu,
Unit Pusat Sumber Sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini bagi
tahun 2022.

3.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Santarian Redesign R&R terhasil daripada isu dan masalah yang terdapat
di Sekolah Kebangsaan Santan pada masa kini. Pemilihan tajuk untuk program ini adalah
berdasarkan perkembangan dan cabaran daripada JPN Perlis. Dengan wujudnya cabaran
redesign space, beberapa bilik telah diberi dekorasi baru yang lebih kreatif dan inovatif.
Impaknya ialah warga SK Santan dan masyarakat setempat akan mendapat persekitaran
pembelajaran yang kondusif.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.
Program redesign ini dilakukan berdasarkan beberapa factor seperti berikut.

2
1. PERSEKITARAN FIZIKAL

Suasana fizikal bilik darjah yang kondusif adalah penting untuki meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Marland (1975),
suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam proses P&P. 

Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan


dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau
sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta
kebersihan.

Persekitaran fizikal kawasan sekolah turut mempengaruhi keberkesanan P&P


secara tidak langsung. Aspek ini merangkumi bentuk bangunan, pokok dan bungaan serta
kemudahan seperti tempat bermain dan perpustakaan. 

Bangunan sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan
pelbagai jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid. 

2. PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan


persekitaran sosialnya. 

Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti
suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang
merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang
yang sama untuk semua murid. 

3. CIRI-CIRI IKLIM RUANG PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan murid-muridnya.


Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan
oleh pihak pentadbiran sekolah.

3
Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guru-guru sebagai
sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan
keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul
dan sesuai. 

Iklim ruang pembelajaran yang baik adalah terbuka dan menggalakkan pelajar
bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembelajarana. Guru pula gembira bekerja dalam
keadaan mesra dan sempurna.

Iklim ruang pembelajaran yang dikatakan kondusif adalah satu kawasan yang dikelolakan
dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan
memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid
yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Di Kawasan pembelajaran ini, berbagai-bagai jenis interaksi boleh diwujudkan oleh


guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini
yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan
strategi pengajaran yang digunakan.

4.0 MATLAMAT

1. Merealisasikan suasana pembelajaran abad ke-21 di selaras dengan status


sekolah TS25 KOHORT 2.0.Sehubungan dengan itu, sumber  dan prasana yang
cukup serta keceriaan Pusat Sumber adalah aspek paling utama bagi menarik
minat seluruh warga sekolah untuk menggunakan PSS dengan optimum.
2. Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan oleh seluruh warga SK Santan.

4
5.0 OBJEKTIF

Terdapat objektif untuk program Santarian Redesign R&R seperti di bawah:


1. Meningkatkan peratusan penggunaan bilik- bilik khas sebanyak 96% agar
mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seiring dengan KPI pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
2. Mengembangkan kemahiran murid-murid melalui aktiviti – aktiviti.
3. Memudahkan guru-guru menjalankn aktiviti – aktiviti Bersama- sama murid-murid
4. Memupuk rasa sayang dan minat murid-murid untuk hadir ke sekolah umpama
‘Sekolahku, Syurgaku’.
5. Mengadakan sebuah Pusat Sumber Sekolah yang lengkap dengan beberapa
kemudahan asas yang penting supaya dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya
disamping lebih mudah dan selesa digunakan sewaktu proses P&P.
6. Dapat menambahkan rasa sayang kepada Pusat Sumber yang telah diceriakan
dengan elemen PSS pak 21.
7. Menambah bilangan bacaan dan rujukan di perpustakaan selaras dengan
fungsinya sebagai gedung ilmu dan sumber rujukan murid-murid di sekolah.
8. Menambah pelbagai Bahan Bantu Mengajar yang berkualiti, mudah digunakan,
mudah disimpan, menarik, tahan lama serta serba guna lebih-lebih lagi sesuai
dengan sukatan pelajaran masa kini.
9. Menambahkan keceriaan PSS supaya lebih selesa dan menarik agar dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh guru-guru dan murid-murid disamping
mewujudkan situasi P&P yan pelbagai serta berlainan daripada di bilik darjah.
10. Mewujudkan keadaan bilik atau ruang yang sesuai serta selesa di samping
peralatan yang lengkap dan mudah digunakan (mesra pengguna)

5
6.0 KUMPULAN SASARAN

Untuk program ini, kumpuan sasaran ialah guru – guru seramai 34 orang, murid-
murid Sekolah Kebangsaan Santan seramai 497 orang yang terdiri daripada 50 orang
murid Prasekolah, 169 orang murid Tahap 1 dan 178 orang murid Tahap 2 dan seluruh
warga SK Santan secara langsung dan secara tidak langsung termasuk masyarakat
persekitaran aitu para ibu bapa dan waris.

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

Program Redesign R&R Santarian dibahagikan kepada empat Fasa utama. Setiap
fasa ini dirancang mengikut keperluan dan kesesuaian di Sekolah Kebangsaan Santan
sepanjang Tahun 2021/22. Penjelasan mengenai fasa tersebut digambarkan melalui
gambar dan dinyatakan secara terperinci dalam subtopik seterusnya.

7.1 Perancangan
Dalam fasa ini pihak pentadbir Bersama AJK PSS telah menetapkan konsep dan
tema berdasarkan prasarana yang sedia ada bagi setiap bilik khas di Sekoah Kebangsaan
Santan.
Perbincangan mengenai bilik -bilik khas yang akan diberi perubahan juga dilakukan.
Terdapat 10 buah bilik yang diberi konsep dan tema berasaskan TS 25. Bilik – bilik
tersebut ialah:

a. Perpustakaan
b. Green Skrin
c. Bilik SAL
d. Makmal ICT
e. Bilik Tayangan
f. Bilik TS 25
g. Bilik SPBT
h. Bilik Panitia Pendidikan Islam
i. Bilik Panitia Matematik

6
j. Bilik Sukan
k. Bilik Pemulihan
l. Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Selain daripada itu, sumber kewangan dan jumlah peruntukan yang diperlukan untuk
melakukan program ini juga disebut dalam fasa perancangan. Untuk mengurangkan
peruntukan kewangan, kami akan menggunakan bahan – bahan yang ada di sekitar
Kawasan SK Santan. Di antaranya ialah perabut, meja, kerusi, pokok-pokok yang
ditebang, buku-buku lama dan lain – lain lagi. Semuanya akan dikitar semula.

7.2 Persediaan Peralatan dan Perabut


Di dalam fasa ini, pihak pentadbir, guru – guru dan pekerja kebersihan sekolah telah
bekerja sama memunggah dan mengeluarkan perabut-perabut daripada bilik – bilik yang
akan diubah suai. Perabut – perabut ini dikumpulkan untuk di ubah suai bersesuaian
dengan tema kafe. Beberapa batang pokok dimsekitar sekolah ditebang terutamanya
pokok yang besar dan lama. Pokok ini ditebang kerana dibimbangi merbahaya kepada
murid – murid kerana usia yang sudah lama.

Bilik -bilik khas yang telah kosong dicat semula. Pencahayaan juga diubahsuai bagi
menyesuaikan dengan penggunaan bilik-bilik khas tersebut. Bangunan pertama sekolah
kebangsaan santan juga diberi wajah baru dengan mengecat luar dan dalam. Bangunan
in akan ditukarkan fungsinya daripada Galeri Sejarah kepada Ruang Perpustakaan, Kafe
dan Bilik Seminar dan Pembelajaran.

Makmal ICT juga mengalami pengubahsuaani. Komputer yang rosak diasing dan
perabut (meja dan kerusi) yang rosak dikeluarkan, pencahayaan juga diubah dan warna
cat juga ditukar. Meja dan kerusi yang rosak diubah suai bersesuaian dengan konsep
minimalis.

7
7.3 Perlaksanaan
Guru berperanan sebagai pemudahcara dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan
pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. Guru bertindak sebagai
perancang untuk memastikan kesediaan dan persediaan rapi dalam melaksanakan PdPc.
Impak daripada PdPc yang cemerlang akan menarik minat murid untuk sentiasa hadir ke
sekolah bagi menerima pembelajaran yang menyeronokkan. Usaha para guru untuk
merealisasikan PdPc Cemerlang seperti membudayakan pembelajaran Abad Ke-21 dan
pembelajaran maya secara santai.
Bagi pembudayaan pembelajaran Abad Ke-21, susun atur inventori memainkan
peranan penting dimana ianya dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Pembelajaran maya pula memberikan pendedahan kepada murid terhadap teknologi
semasa agar ianya seiring dengan perkembangan pembelajaran masa kini. Manakala,
tayangan you tube di bilik Cinema juga menjadi salah satu tarikan bagi murid . Di samping
itu kaedah ini memberikan peluang kepada guru untuk menggunakan pelbagai bentuk dan
ruang pembelajaran. Di dalam fasa perlaksanaan ini, saya memilih tujuh bilik khas
sebagai contoh redesign yang telah dibuat.

A. Perpustakaan.
Sebelum program ini dilakukan, perpustakaan terletak di tingkat 4, bangunan baru
SK Santan. Kedudukan di tingkat yang paling atas sekali menyebabkan bilangan
pengunjung dari kalangan warga SK Santan adalah kurang memberangsangkan. Oleh
itu, perpustakaan dipindahkan ke bangunan lama yang sebelum ini dijadikan Galeri
Sejarah.

Sentuhan Dekorasi yang kreatif dan kondusif juga telah menjadikan bangunan lama
bangunan Sekolah Kebangsaan Santan pertama yang telah berusia 95 tahun Kembali
ceria. Bangunan ini dijadikan Perpustakaan dan diberi nama R & R iaitu Read and
Rest. Nama yang diberi mengambarkan warga SK Santan boleh menambah ilmu
pengetahuan secara santai. Dibahagian atas dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
ruang membaca dan ruang koleksi bahan -bahan warisan SK Santan. Manakala
tingkat bawah pula, dijadikan Kafe, ruang seminar dan ruang pembelajaran.

8
B. Green Skrin
Ubahsuai Bilik Muzik dijadikan studio rakaman untuk Infinity CYC Studio. Bilik ini
dibuat untuk merakam semua pengajaran guru dan pertandingan murid secara
online. Bilik ini diberi nama Studio CYC Infinity yang bermaksud studio yang besar
dan tidak mempunyai titik dalam rakaman. Bilik ini siap diubahsuaikan selama 2
minggu.

C. Makmal ICT
Makmal ICT adalah sebuah bangunan yang khas untuk 24 buah set komputer
untuk pelajar dan sebuah set komputer untuk guru. Redesign yang dilakukan ialah
membahagikan ruang makmal ini kepada 2 bahagian, iaitu satu bahagian
diletakkan meja komputer dan satu bahagian di hampar karpet. Untuk menambah
jumlah komputer, note book digunakan dan di letakkan diatas meja yang lebih kecil
saiznya.
Masih lagi megekalkan konsep minimalis, makmal ICT menyediakan ruang santai
dengan meletakkan bean bag dan meja jepun.

D. Bilik SAL
Bilik darjah yang dahulunya dijadikan Bilik Peperiksaan telah diubahsuai dan
dijadikan bilik SAL di bawah kelolaan Panitia Bahasa Inggeris.

E. Bilik Tayangan (Cinema)


Sebelum dilakukan ubahsuai, bilik tayangan berada di bilik perpustakaan. Program
redesign ini dilakukan, bilik tayangan ini dipindahkan ke bilik multimedia. Ini
disebabkan bilik ini mempunyai 2 4 set air cond. Kelengkapan ini sesuai untuk bilik
tayangan. Bilik tayangan ini dinamakan Cinema kerana murid-murid suka
menonton cinema. Keseluruhan bilik ini digelapkan sepeti sebuah cinema.

F. Bilik TS 25
Bilik TS25 dibuat untuk memberi impak yang besar kepada murid-murid. Segala
aktiviti yang dijalankan di dalam bilik TS25 adalah ke arah pembelajaran yang lebih
selesa dan menarik. Ini bertujuan menarik kemahuan murid-murid untuk belajar
dengan lebih baik dan bersemangat di Sekolah Kebangsaan Santan.

9
G. Bilik Panitia Pendidikan Islam
Bilik ini asalnya sebuah stor yang terletak dihujung bangunan. Dengan Kerjasama
dan kreativiti pihak pentadbir dan guru-guru Pendidikan Islam serta pekerja, telah
menghasilkan sebuah bilik khas untuk menjalankan aktiviti – aktiviti yang berkaitan
dengan Pendidikan Islam.

8.0 IMPAK
Program Redesign R&R telah memberikan impak yang positif terhadap peratusan
penggunaan bilik-bilik khas. Ini dibuktikan oleh penigkatan penggunaan bilik-bilik khas
melalui rekod penggunaan bilik-bilik khas pada Januari sehingga Februari bagi Tahun
2022.

Warga SK Santan mendapat semangat baru untuk menggunakan bilik-bilik dalam


aktivit-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kehadiran murid-murid ke sekolah juga meningkat. Ini disebabkan mereka teruja


untuk masuk ke bilik – bilik khas yang memberi ruang kepada mereka belajar dalam
keadaan santai. Walaupun jumlah murid dihadkan mengikut SOP, kehadiran murid ke
sekolah pada Januari dan Februari bagi Tahun 2022 mencapai 90%. Aktiviti yang
dilaksanakan di dalam bilik-bilik khas memberikan impak kenaikan peratusan kehadiran
murid pada bulan berikutnya. Di samping itu, PdPc yang dilakukan di dalam Makmal ICT
turut memberikan impak positif dalam tempoh masa tiga bulan terkini (Disember, Januari,
Februari 2022).

Dekorasi dan ruang pebelajaran yang kondusif dan santai turut memberikan impak
positif bagi guru dan murid untuk melakukan aktiviti yang lebih kreatif. Tema kafe yang
digunakan secara kreatif melalui pemasangan lampu-lampu yang berbeza Aktiviti-aktiviti
tersebut akan terus memberikan motivasi dan galakan kepada murid untuk terus, telah
menarik minat murid mengekalkan kehadiran mereka.
Selain daripada ada beberapa sesi lawatan daripada beberapa buah sekolah di
negeri Perlis, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan,
Jabatan Agama Islam dan lain-lain lagi.

10
9.0 KESIMPULAN

Program Redesign R&R yang dilaksanakan telah membantu meningkatkan peratus


penggunaan bilik- bilik khas dan kehadiran murid ke sekolah. Program ini juga dapat
mengekalkan bangunan lama dan boleh digunapakai sebagai tempat menimba ilmu.
Disamping itu, ianya turut memupuk rasa sayang dan minat murid-murid untuk hadir ke
sekolah umpama ‘Sekolahku, Syurgaku’. Pelbagai langkah dan usaha akan terus
dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan matlamat program ini tercapai
sepenuhnya. Keutamaan program ini adalah untuk murid – murid, guru – guru dan
keseluruhan warga SK Santan. Objektif dan matlamat program ini akan mudah tercapai
dengan adanya sokongan penuh daripada semua pihak. Isu yang dihadapi pasti dapat di
atasi dengan jayanya.

11
LAMPIRAN A
Wajah Bilik-bilik Khas Sebelum dan Selepas Program

BILIK KHAS SEBELUM SELEPAS


MAKMAL ICT

PERPUSTAKAAN

BILIK CINEMA

12
BILIK TS 25

GREEN SKRIN

BILIK PANITIA
AGAMA ISLAM

13
LAMPIRAN B
Keberhasilan Program Redesign R & R.

RUANG MEMBACA R & R (PERPUSTAKAAN)

BILIK CINEMA

Green Skrin

14
MAKMAL ICT

27

Anda mungkin juga menyukai