Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PERMOHONAN KEMUDAHAN DAN KELENGKAPAN KELAS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK BANDAR BINTANGOR

1. Pendahuluan

Selesa dan selamat itu ungkapan ulung yang sering keluar dari hati penghuni
sekolah. Bangunan sekolah yang selesa adalah idaman setiap warga yang menghuni
bangunan. Umumnya sekolah merupakan landasan pertama untuk menimba ilmu baik di
sekolah rendah mahupun menengah. Suasana yang ceria, bersih dan selamat memberikan
keselesaan kepada guru-guru dan murid-murid. Prestasi sekolah yang baik bukan sahaja
dinilai dari segi penilaian kecemerlangan murid-murid sekolah tetapi persekitaran sekolah
yang ceria, menarik dan selamat. Tidak adil jika sesebuah sekolah cemerlang dari segi
penilaian akademik tetapi keceriaan dan keselamatan penghuni sekolah ditahap yang
rendah.

2. Rasional
2.1 Kemudahan dan persekitaran yang tidak selamat dan tidak kondusif untuk MBK
2.2 Memberi keselesaan kepada MBK, warga sekolah dan ibubapa.
2.3 Kemudahan sedia ada perlu dinaiktaraf mengikut keperluan semasa.
3. Objektif
3.1 Mengelakkan Murid Bekeperluan Khas melompat/berlari keluar agar tidak berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini.
3.2 Mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan dan memudahkan pergerakan
MBK.
3.3 Memberi keselesaan kepada MBK, warga sekolah dan ibubapa
3.4 Memperkenalkan lagi PPKI kepada masyarakat sekeliling.
4. Keperluan
4.1 Pemasangan grill tingkap dan pintu
4.2 Pemasangan penutup parit dihadapan kelas.
4.3 Pemasangan awning dan laluan berbumbung.
4.4 Menyediakan tempat letak kereta OKU
4.5 Menyediakan papan kenyataan becermin di tepi bangunan kelas
4.6 Membina ruang/pondok menunggu di luar pagar sekolah dan menutup longkang
besar.
4.7 Menyediakan papan tanda PPKI

5. Anggaran Perbelanjaan

Bil Item Quantiti Jumlah


.
1. Grill keluli tahan karat tingkap dan pintu kelas 267.56 ft² RM 10,000
2. Penutup parit besi 105 ft² RM 3,200
3. Awning + laluan berbumbung 404 ft² RM 20,000
4. Tempat letak kereta OKU 66 ft² RM 3,000
5. Papan notis becermin 4ft x 16ft RM 4,000
6. Ruang/pondok menunggu + penutup longkang 1 unit RM 10,000
7. Papan tanda PPKI 122cm x 245cm RM 850
JUMLAH KESELURUHAN = RM 51,050
*Rujuk Lampiran A

6. Penutup

Kerja pemasangan dan penyediaan kemudahan ini sangat diperlukan supaya persekitaran
yang kondusif, ceria dan selamat dapat dihasilkan untuk keperluan murid PPKI.
Persekitaran fizikal bilik darjah yang berkualiti, ceria dan harmoni dapat membantu
mewujudkan kesejahteraan dan keselesaan kepada murid PPKI seterusnya dapat
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh menyumbang kepada
keberjayaan murid dalam pembelajaran mereka. Oleh itu, persekitaran pembelajaran yang
berkualiti dapat berhasil sekiranya prasarana pesekitaran pembelajaran itu dirancang dan
disusun dengan baik, sistematik dan memenuhi kriteria tertentu selari dengan keperluan
pelajar dan matlamat kurikulum di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
– 2025.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

ROBINSON LING ANAK SANGAH ZAMERENE BIN RUIN

PENELARAS PPKI GURU BESAR

SK BANDAR BINTANGOR SK BANDAR BINTANGOR


LAMPIRAN A

 Tempat pemasangan grill tingkap dan pintu

 Tempat pemasangan penutup parit di hadapan kelas

 Tempat pemasangan papan notis becermin

 Tempat pembinaan tempat menunggu dan penutup longkang


 Tempat pembinaan laluan berbumbung dan awning kelas

 Tempat pembinaan tempat letak kereta OKU

 Tempat pemasangan papan tanda Program Pendidikan Khas Integrasi

Anda mungkin juga menyukai