Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PEMASANGAN PENDINGIN HAWA KELAS PROGRAM

PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SK BANDAR BINTANGOR

1. Pendahuluan

Selesa dan selamat itu ungkapan ulung yang sering keluar dari hati penghuni
sekolah. Bangunan sekolah yang selesa adalah idaman setiap warga yang menghuni
bangunan. Umumnya sekolah merupakan landasan pertama untuk menimba ilmu baik di
sekolah rendah mahupun menengah. Suasana yang ceria, bersih dan selamat memberikan
keselesaan kepada guru-guru dan murid-murid. Prestasi sekolah yang baik bukan sahaja
dinilai dari segi penilaian kecemerlangan murid-murid sekolah tetapi persekitaran sekolah
yang ceria, menarik dan selamat. Tidak adil jika sesebuah sekolah cemerlang dari segi
penilaian akademik tetapi keceriaan dan keselamatan penghuni sekolah ditahap yang
rendah.

2. Rasional

Kejadian murid melompat keluar dari tingkap sering kali berlaku memandangkan
kedudukan tingkap yang agak rendah dan tidak dipasang grill. Keadaan tingkap yang
sentiasa bertutup akan menyebabkan keadaan kelas menjadi panas dan tidak selesa untuk
murid belajar. Tambahan pula, bilangan murid yang ramai menjadikan kelas bertambah
panas dan tidak selesa. Dengan adanya pemasangan pendingin hawa, ianya dapat
mengelakkan murid hiperaktif melompat keluar. Kejadian murid terkena sawan juga
pernah berlaku kerana keadaan bilik kelas yang sangat panas terutama selepas waktu
rehat. Keadaan kelas yang panas juga menyebabkan murid MBK menjadi tidak tenteram
dan seringkali mengamuk. Ini seterusnya telah mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran.

3. Objektif
3.1 Meningkatkan kualiti udara iaitu suhu, kelembapan dan aliran udara di dalam
kelas.
3.2 Mengelakkan Murid Bekeperluan Khas melompat/berlari keluar agar tidak berlaku
sebarang perkara yang tidak diingini.
3.3 Memudahkan guru dan ppm mengawal kelas bagi melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran
3.4 Mengekang kejadian seperti murid terkena sawan dan strok haba.
4. Keperluan
4.1 Pemasangan pendingin hawa di tig akelas PPKI

5. Anggaran Perbelanjaan

Bil Item Kos seunit Quantiti Jumlah


.
1. Pendingin Hawa Midea R32 RM 1800 2 RM 3600
Xtream Newa (Inverter) – 1.5hp
2. Pendingin Hawa Midea R32 RM 3400 1 RM 3400
Xtream Newa (Inverter) – 2.5hp
3. Pemasangan pendingin hawa RM 400 3 RM 1200
Jumlah keseluruhan RM 8200

6. Penutup

Kerja pemasangan pendingin hawa ini sangat diperlukan supaya persekitaran yang
kondusif, ceria dan selamat dapat dihasilkan untuk keperluan murid PPKI. Persekitaran
fizikal bilik darjah yang berkualiti, ceria dan harmoni dapat membantu mewujudkan
kesejahteraan dan keselesaan kepada murid PPKI seterusnya dapat mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran yang boleh menyumbang kepada keberjayaan murid dalam
pembelajaran mereka. Oleh itu, persekitaran pembelajaran bilik darjah yang berkualiti
dapat berhasil sekiranya prasarana pesekitaran pembelajaran itu dirancang dan disusun
dengan baik, sistematik dan memenuhi kriteria tertentu selari dengan keperluan pelajar
dan matlamat kurikulum di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –
2025.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:

ROBINSON LING ANAK SANGAH ZAMERENE BIN RUIN

PENELARAS PPKI GURU BESAR

SK BANDAR BINTANGOR SK BANDAR BINTANGOR

Anda mungkin juga menyukai