Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BRICKFIELDS (1)

JALAN SULTAN ABDUL SAMAD


50470
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN PENGHAWA
DINGIN UNTUK MAKMAL KOMPUTER
SK BRICKFIELDS (1)
KUALA LUMPUR

1
KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN UNTUK
MAKMAL KOMPUTER SK BRICKFIELDS (1) KUALA LUMPUR

1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan sumbangan bagi
menyumbangkan pendingin hawa di Makmal Komputer (1) dan (2) SK Brickfields
(1). Pendingin hawa ini diperlukan kerana keadaan makmal-makmal komputer
sekolah yang baharu ini panas dan ditambah lagi dengan keadaan bilik yang
tertutup.

2.0 LATAR BELAKANG


Makmal komputer (1) dan (2) ini merupakan bilik yang menempatkan peralatan ICT
sekolah. Bilik ini merupakan tempat bagi murid dan guru menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun.

3.0 RASIONAL
Permohonan ini dibuat bertujuan:

 Memberikan keselesaan kepada para guru dan murid untuk melakukan

proses pengajaran dan pembelajaran(PdP).

 Penghawa dingin yang sedia ada telah rosak dan tidak dapat digunakan

lagi.

 Penghawa dingin tidak sejuk walaupun diservis.

 Peralatan komputer cepat rosak kerana suhu bilik panas.

 Kos baiki meningkat.

4.0 MATLAMAT
 Menyediakan ruang yang lebih kondusif dan sesuai kepada para guru

dan murid untuk proses PdP.

2
5.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK
TUGAS NAMA GURU
PENGERUSI PN SABARIAH BINTI GURU BESAR
SHAFIEE
TIMBALAN EN YAKOB BIN PK TADBIR &
PENGERUSI SALLEH KURIKULUM
NAIB PENEGRUSI 1 EN MUHAMAD FAIZAL PK HAL EHWAL MURID
BIN AB RAHMAN
NAIB PENEGRUSI 2 EN ZAMRI BIN RASHID PK KOKURIKULUM
NAIB PENEGRUSI 3 PN SHAREENA BINTI PK PENDIDIKAN KHAS
SAMSUDIN
SETIAUSAHA & GURU RADIEN BIN BOHARI
PENYELARAS
BESTARI

6.0 SASARAN
Semua guru dan murid.

7.0 LOKASI

Makmal komputer (1) dan (2) SK Brickfields (1).

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

LOKASI JENAMA UNIT ANGGARAN HARGA


(RM)
Makmal komputer Acson 1.0 hp 2 unit RM 1800.00 seunit
(1)
Makmal komputer Acson 1.0 hp 2 unit RM 1800.00 seunit
(2)
JUMLAH KESELURUHAN RM7200.00
** harga termasuk pemasangan dan wiring

9.0 PENUTUP
Besar harapan kami agar pihak tuan dapat memberi sokongan dan bantuan
sepenuhnya untuk menyumbangkan pendingin hawa ini. Lebih-lebih lagi, sumbangan
ini boleh dijadikan token dan punca semangat kepada para guru dan murid bagi tahun-
tahun seterusnya untuk mencetuskan kejayaan dan kegemilangan kepada sekolah.

3
Disediakan oleh :

_____________________
( RADIEN BIN BOHARI
Guru Penyelaras Bestari,
SK Brickfields (1), Kuala Lumpur.

Disokong oleh

________________________
( SABARIAH BINTI SHAFIEE )
Guru besar,
SK Brickfields (1), Kuala Lumpur.

10.0 LAMPIRAN

- Keadaan makmal komputer sekolah.

Penutup penghawa dingin yang Baldi perlu diletak di bawah penghawa


tercabut.
dingin untuk menadah titisan air yang

keluar.

4
Air penghawa dingin yang ditadah Titisan air keluar dari tetingkap

perlu dibuang setiap hari. penghawa dingin.

Murid-murid belajar di makmal Murid yang belajar di bawah kipas.

komputer.

Antara penghawa dingin yang Suis penghawa dingin ditanda rosak

rosak. bagi mengelakkan litar pintas jika

dibuka.

5
6

Anda mungkin juga menyukai