Anda di halaman 1dari 3

Kisah Burung Pipit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nama saya Rabiatul


Adawiyah Binti Muhamad Zahir. Saya murid Tahun 2 Gemilang dari Sekolah
Kebangsaan Dato Abu Bakar.

Pada hari ini, saya hendak menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Kisah
Si Burung Pipit. Haaa, adik-adik tahu tak burung pipit? Burung pipit adalah sejenis
burung kecil. Burung ini tinggal secara kelompok di kebun atau sawah padi.
Biasanya, pada waktu pagi kita boleh mendengar kicauannya yang merdu. Cip cip
cip, cip cip cip.

Adik-adik dah bersedia nak dengar cerita tentang burung pipit?

Jom dengarkan.

Dengarkan ini rakan dan taulan,

Sebuah kisah buat pedoman,

Yang tertidur mohon bangunkan,

Yang terlena sedar-sedarkan.

Pada suatu hari,ada seekor burung pipit bertenggek sendirian di dahan pokok
jauh daripada kawan – kawannya. Burung pipit berangan – angan mahu menjadi
besar dan gagah seperti burung helang.Tiba – tiba burung pipit terlihat seekor
burung helang dengan anaknya sedang terbang.

“Kalau aku ikut mereka,tentu aku boleh jadi besar,” kata burung pipit
perlahan.

Dengan pantas,burung pipit itu terbang mengikut burung helang.Burung pipit


itu meninggalkan kawan-kawannya yang lain.

“Jangan pergi!” jerit kawan-kawannya.


Pipit tidak menghiraukan kawan – kawannya lagi.

“Aku hendak menjadi seperti burung helang.Selamat tinggal semua!” Burung


pipit terus terbang.

Burung pipit mengikut kemana sahaja helang dan anaknya itu terbang.Burung
pipit berasa selesa terbang bersama – sama anak burung helang kerana saiz
mereka yang sama.Namun begitu,semakin hari anak burung helang menjadi
semakin besar dan gagah.Sedangkan burung pipit tetap kecil seperti asalnya.
Bentuk tubuhnya tidak berubah.

Pipit berkata dalam hatinya, ‘Hampir setahun aku ikut tetapi aku tetap seperti
ini.’

Pada suatu hari,burung helang menegur burung pipit.

“Kamu cuma pipit. Tidak layak terbang bersama-sama kami. Kembalilah


kepada kawan-kawan kamu.”

Burung pipit berasa malu di situ. Burung pipit mulai sedar akan kesilapannya.
Burung pipit harus bersyukur kepada tuhan walaupun tubuhnya kecil. Burung pipit
juga berterima kasih kepada kawan-kawannya sebab menerimanya semula dalam
kumpulan pipit.

Haa adik-adik. Kamu semua dah dengar kan kisah Si Burung Pipit ni. Apa
nilai murni yang kita boleh dapati daripada kisah ini?

Nilai murni dalam cerita ini adalah, kita mestilah bersyukur dan menghargai
diri kita sendiri.Walaupun kita tidak cantik atau pun hebat seperti orang lain, kita
mestilah menerima diri kita sendiri seadanya. Yakinlah bahawa dalam diri kita itu,
tersimpan kebolehan atau keistimewaan yang mungkin belum kita terokai lagi.

Sekian, itu sahaja Kisah Si Burung Pipit daripada saya.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai