Anda di halaman 1dari 2

KATAK YANG ANGKUH

: kedekk ... kedekkk..ong..ong .... kedek2 ong2 .. Hai kawan-kawan.


Terima kasih tuan pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, penjaga
masa yang setia, guru –guru yang penyayang, dan rakan-rakan yang saya
sayangi sekalian. Pada hari yang indah ini, Saya akan menceritakan sebuah
kisah yang bertajuk katak yang angkuh. Di atas bunga teratai di kawasan
sungai yang kecil tinggal seekor katak tua yang angkuh. kedek ,, kedek ...
ong2 ...
Dia seekor katak yang besar dan dia sangat bangga dengan dirinya.
Kawan-kawan nak tahu tak??
Katak adalah amfibia. Mereka bertelur di dalam air. Apabila Telur menetas ia
menjadi berudu yang hidup di dalam air sehingga metamorfosis menjadi
katak dewasa. • Berudu kelihatan seperti ikan kecil. Berudu bernafas melalui
insang. Seekor katak boleh hidup di darat dan di air. • Walaupun katak hidup
di darat, tetapi habitatnya mesti berhampiran dengan paya, kolam atau di
tempat yang lembap. Ini kerana mereka akan mati sekiranya kulit mereka
kering. Sekarang, kita teruskan kisah kita ....

Di hujung kampung pula, tinggal seorang petani yang memiliki seekor


lembu..mooooo ....... adakah rakan-rakan tahu?

Lembu adalah herbivor. Mereka hanya makan rumput dan daun. Mereka
tidak makan haiwan lain. Seekor lembu mempunyai satu perut. Di dalam
perutnya terdapat empat bahagian. Rumen, retikulum, omasum dan
abomasum. Selain itu, lembu boleh menghidu bau sejauh 5 batu!
Sekarang, kita teruskan kisah kita.

Pada suatu pagi yang indah, lembu itu pergi menuju ke padang rumput.
Makhluk-makhluk kecil seperti serangga, rama-rama, pepatung dan lebah
yang berada di padang rumput menatap lembu dengan penuh ketakutan
dan terbang dengan tergesa-gesa. Mereka tidak pernah melihat makhluk
besar seperti lembu itu!
Di atas teratai di sungai yang kecil, katak itu terdengar makhluk-makhluk
kecil bercerita sesama sendiri mengenai raksasa besar itu.
"Ini adalah makhluk terbesar dan paaaling besar yang pernah saya lihat!"
kata pepatung.

Katak tidak percaya akan kata-kata pepatung. HA..HA..HA .. 'besar? Kau


kata itu besar? Aku boleh menjadi dua kali ganda lebih besar daripada itu
jika aku mahu! Kata katak. Katak menarik nafas panjang, dengan termengah-
mengah dan cuba membesarkan dirinya seperti belon.

tengok! Adakah aku lebih besar daripada dia sekarang? ' kata katak.

Oh tidak Katak. belum! ' kata pepatung. 'Raksasa itu jaaaauh lebih besar!

'baiklah. Tengok aku!' kata katak. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya, dan
membesarkan dirinya lagi. 'Nah, pasti aku lebih besar daripada dia
sekarang!' dia tersentak.
‘Oh tidak, katak. ‘Raksasa itu jauh lebih besar!’ Kata pepatung

katak berasa sangat marah kepada pepatung. Kulitnya terasa tegang dan
semakin tegang. Dia sangat yakin bahawa dia mesti lebih besar daripada
makhluk itu.

"Sekarang, tengok aku," kata katak


Dia menarik nafas sedalam mungkin. Dia meniup dan meniup dan meniup
dan semakin besar dan lebih besar dan lebih besar hingga tiba-tiba.

Pop!
Katak itu pecah dan akhirnya mati.
Haaaa .....
Pengajaran dari kisah ini adalah, sebagai orang yang baik, kita mesti
bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita kerana Tuhan
tahu apa yang terbaik untuk kita.
kedua, jadilah diri kita sendiri. Kita mesti ingat bahawa, kesombongan diri
boleh menyebabkan kita binasa.SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai