Anda di halaman 1dari 1

Kura-Kura dan Bangau

Pada masa dahulu di tepi sebatang sungai, tinggallah seekor kura-kura dan dua ekor bangau. Mereka berkawan baik. Mereka hidup gembira dengan memakan ikan dan minum air sungai yang bersih. Tiba-tiba musim kemarau melanda. Sungai menjadi kering kontang. Semua ikan dan tumbuhan mati. Kita mesti cari tempat tinggal yang baru, tetapi bagaimana kita hendak membawa kura-kura?. Ia tidak boleh terbang, kata salah seekor daripada bangau. Kamu berdua bawalah saya, kata kura-kura. Oh, tidak! jawab bangau yang seekor lagi. Kamu sangat berat. Kemudian mereka bertiga mencari jalan untuk mengatasi masalah itu. Tiba-tiba kura-kura menjerit gembira, Saya tahu apa kita boleh lakukan! Cari sebatang kayu yang kuat. Kamu pegang satu hujung dan kamu pegang satu hujung lagi dengan paruh kamu. Saya akan gigit di tengah-tengah kayu itu. Selepas itu, bolehlah kita terbang! teriak salah seekor bangau. Kamu sungguh bijak, kura-kura! Idea yang cukup bernas!. Kedua-dua ekor bangau itu terbang dan mereka pulang membawa sebatang kayu yang kuat dan panjang. Bersedialah untuk terbang, kata mereka. Di sepanjang perjalanan nanti, kamu tidak boleh bercakap. Walau apa pun yang kamu lihat atau dengar, jangan sekali-kali buka mulut, pesan bangau kepada kura-kura. Saya faham, jawab kura-kura. Saya tahu yang saya akan jatuh kalau saya buka mulut. Mereka pun terbanglah. Pada mulanya, kura-kura berasa sangat takut. Ia memejamkan kedua-dua matanya. Lama-kelamaan, ia mula membuka mata dan melihat pemandangan bukit-bukau, lembah dan sungai yang indah. Kura-kura hampir membuka mulutnya kerana begitu kagum melihat pemandangan yang sungguh cantik. Nasibnya baik kerana ia cepat-cepat tersedar. Ia tidak jadi berkata apa-apa.

Kemudian, mereka terbang melintasi sekumpulan petani yang sedang bekerja di sawah. Ooi, tengok tu! teriak salah seorang daripada mereka. Lihatlah bangau yang bijak tu! Idea mereka untuk menerbangkan kura-kura itu, memang menakjubkan!. Kura-kura berasa iri hati. Sepatutnya ia yang menerima pujian itu kerana idea itu adalah ideanya. Kura-kura terlupa yang ia tidak boleh bercakap. Idea bernas itu adalah idea saya! jeritnya. Sebaik sahaja ia membuka mulut, ia terus jatuh. Ia jatuh, jatuh dan terus jatuh. Di manakah ia terdampar? Tiada siapa yang tahu.

Anda mungkin juga menyukai