Anda di halaman 1dari 6

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim yang arif lagi

bijaksana, penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, guru-guru dan
warga dewan sekalian. Selamat pagi dan Salam Malaysia Madani.

Pada pagi yang indah ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Arnab dan Katak”. Di dalam sebuah hutan, tinggal
sekumpulan arnab yang sentiasa hidup dalam ketakutan. Mereka sentiasa
diburu dan menjadi mangsa haiwan-haiwan yang lebih besar. Setiap hari,
ada antara mereka yang mati dimakan oleh haiwan lain.
Pada suatu hari,kumpulan arnab ini mengadakan satu mesyuarat.
Mereka ingin berbincang tentang masalah yang dialami oleh
mereka.“Sekarang, kita semua hidup dalam ketakutan dan bahaya. Setiap
masa kita diburu oleh haiwan-haiwan lain. Hidup kita sudah tidak tenteram
lagi. Jadi, kita mesti berbincang untuk mengatasi masalah ini,” kata semua
arnab.
Saya rasa lebih baik kita berpindah dari sini. Tentu kita akan selamat
di tempat lain,” kata salah seekor arnab.“ Jika kita berpindah ke tempat lain,
nasib kita tetap sama. Kita tetap menjadi buruan haiwan lain,” kata arnab
yang lain pula.“ Saya rasa lebih baik kita bunuh diri daripada terus menjadi
mangsa haiwan lain,” jawab salah seekor arnab.
Semua arnab bersetuju dengan cadangan itu. Mereka semua pergi ke
sebuah kolam untuk membunuh diri. Ketika mereka sampai di tepi
kolam,terdapat beberapa ekor katak sedang bermain-main di tepi kolam.
Katak-katak itu terkejut melihat sekumpulan arnab menuju ke kolam itu.
Katak-katak itu berasa takut lalu terjun ke dalam kolam. Katak-katak itu
bersembunyi di sebalik daun-daun kerana menyangka arnab itu mahu
menangkap mereka. Ketua arnab terkejut melihat aksi katak-katak itu. Ia
faham akan sebab katak-katak itu bersembunyi.
“ Wahai sahabatku semua, saya rasa kita tidak perlu bunuh diri. Lihat
katak-katak itu. Sebenarnya kehidupan mereka lebih bahaya daripada kita.
Tetapi mereka hidup dengan gembira,” kata ketua arnab.
Kumpulan arnab itu tidak jadi terjun ke dalam kolam. Mereka hidup
bersatu padu untuk menjaga keselamatan diri mereka.
Warga dewan sekalian, pengajaran yang dapat kita perolehi dari
cerita ini ialah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Janganlah
kita berfikiran terlalu singkat.

Sekian terima kasih.


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim yang arif
lagi bijaksana,penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, Guru Besar,
guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Selamat petang dan
salam sejahtera.
Pada petang yang indah ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “ Helang dan Musang”. Pada suatu masa dahulu, helang dan
musang bersahabat baik. Mereka hidup gembira dan saling bantu-membantu.
Musang tinggal di dalam belukar, manakala helang pula membuat sarang di
atas sepohon pokok di tepi belukar itu.
Pada suatu hari, musang dan helang keluar mencari makan. Ketika
musang berada jauh dari rumahnya, helang pun pergi ke tempat anak
musang sedang tidur. Ia menyambar anak musang lalu dibawa pulang ke
sarangnya. Helang pun memberi anak-anaknya makan anak musang.
Tidak berapa lama kemudian, musang pun pulang. Ia berasa hairan
kerana helang tidak berada di sarangnya. Musang juga hairan melihat
anaknya telah tiada. Barulah musang faham bahawa anaknya telah dimakan
oleh helang.
Musang berasa sungguh kecewa dengan sikap sahabatnya, helang. Ia
berasa marah kerana helang sanggup memakan anaknya. Lalu musang pun
pergi mencari helang tetapi tidak berjumpa. Musang menunggu sehingga
helang pulang. Apabila helang pulang, musang terus memarahinya.
“Aku akan balas perbuatan jahat kamu helang!” kata musang dengan
marah. Sejak kejadian itu, musang dan helang tidak lagi bersahabat.
Pada suatu hari, helang membawa pulang daging kambing dan
puntung api. Ketika memberi anak-anaknya makan, angin bertiup kencang.
Puntung api itu menyala lalu membakar sarang helang. Helang tidak dapat
berbuat apa-apa. Seluruh sarangnya terbakar menyebabkan anak-anaknya
jatuh ke tanah. Helang cuba menyelamatkan anaknya tetapi musang telah
siap menunggu di bawah pokok itu lalu memakan anak-anak helang. Helang
berasa sedih melihat musang memakan anak-anaknya.
Moral yang dapat kita perolehi dari cerita ini ialah perbuatan
jahat akan mendapat balasan jahat.

Sekian terima kasih.


Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim yang arif
lagi bijaksana,penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, Guru Besar,
guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Selamat petang dan
salam sejahtera.
Pada petang yang indah ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Singa dan Dolfin”. Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor
singa yang menganggap dirinya sebagai raja rimba. Ia sering memperkecil-
kecilkan kebolehan haiwan lain. Ia berasa megah kerana menganggap
dirinya lebih kuat dan gagah daripada haiwan-haiwan lain. Haiwan lain
terpaksa hormat dan patuh kepadanya.
Pada suatu hari, singa pergi berjalan-jalan di tepi laut. Tiba-tiba ia
ternampak seekor dolfin sedang berenang-renang. “ Sungguh cantik gaya ia
berenang. Tentu ia juga seekor ikan yang gagah kerana badannya sangat
besar,” fikir singa. Ketika dolfin berenang ke tepi pantai, singa terus
memanggilnya. “Bolehkah saya berkawan dengan kamu?’ tanya singa. Saya
sungguh gembira kerana kamu yang gagah ingin berkawan dengan saya,”
kata dolfin dengan gembira.
“Kamu juga seekor ikan yang gagah. Kamu juga dapat melompat
dengan baik. Kamu boleh isytiharkan diri kamu sebagai raja di laut. Selepas
ini kita mesti tolong-menolong. Saya akan tolong kamu ketika kamu susah
dan kamu mesti tolong saya ketika saya ada masalah,” kata singa.
Dolfin bersetuju dengan cadangan singa. Pada suatu hari, singa telah
menghadapi masalah. Seekor lembu jantan yang besar ingin beradu tenaga
dengannya. Lembu itu berasa marah kerana singa telah membaham seekor
anaknya. Singa berasa takut lalu ia pergi mencari sahabatnya, dolfin.
“ Wahai sahabat, kamu mesti menolong saya. Saya ingin kamu beradu
tenaga dengan seekor lembu jantan. Ia ingin mencabar kuasa saya tetapi saya
kurang sihat. Bolehkah kamu tolong saya?” tanya singa. “ Maafkan saya.
Saya tidak boleh menolong kamu. Saya tidak boleh beradu tenaga dengan
lembu itu kerana saya tidak boleh hidup di darat. Saya hanya boleh hidup di
dalam air,” kata dolfin.
Singa berasa marah apabila mendengar kata-kata dolfin. Singa
menuduh dolfin sengaja memungkiri janji mereka. Ia berlalu dari situ
dengan perasaan marah.
Moral yang dapat kita perolehi dari cerita ini ialah jangan
memaksa orang lain membuat sesuatu perkara yang tidak mampu
dilakukan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai