Anda di halaman 1dari 2

Singa Yang Sakit

Suatu masa dahulu, ada seekor singa tua terlalu lemah untuk memburu. Dia
terpaksa memikirkan cara lain untuk mendapatkan makanan. Dia duduk di
bawah sepohon pokok besar di dalam hutan. Dia tahu banyak binatang akan
lalu berhampiran pokok itu.

Singa berpura-pura sakit. “Oh, sakitnya!” kata singa. “Tentu aku akan
mati tidak lama lagi!” Tupai-tupai di atas pokok terdengar rintihan singa.
Mereka melompat turun untuk melihat keadaan singa dengan lebih dekat.

Tupai-tupai itu kemudian memberitahu binatang lain tentang singa yang


sakit. Tidak lama, semua binatang tahu bahawa singa hampir mati.

Mereka pergi melawat singa di dalam guanya. “Aku sangat lemah,”


katanya. “Aku hanya boleh berjumpa dengan seorang tetamu pada satu masa.”

Setiap hari, seekor binatang akan membawa sedikit makanan kepada


singa. Tupai membawa kacang. Arnab membawa sedikit rumput.

Tetapi singa tidak suka makan kacang atau rumput. Sebaliknya, dia
menangkap setiap binatang dan memakan mereka!

Tidak lama kemudian, singa menjadi semakin gemuk dan sihat kembali.
“Ini satu cara yang mudah untuk mendapat makanan!” fikirnya.

Pada suatu pagi, seekor rubah datang ke pintu gua. “Apa khabar kamu
hari ini?” dia bertanya. “Ah, rubah!” kata singa. “Aku tenat. Datanglah lebih
rapat supaya aku dapat melihat kamu untuk kali terakhir.”

Tetapi rubah mempunyai pandangan yang tajam. Dia ternampak


beberapa tulang binatang di lantai gua singa yang gelap.

“Maaf! Aku tak boleh masuk sekarang,” kata rubah ketika melarikan
diri. “Lagipun, kamu dapat makan sedap sejak akhir-akhir ini!”

Rubah memberitahu semua binatang supaya menjauhkan diri dari gua


singa itu!

Kawan-kawan, moral daripada cerita ini ialah kita perlu berhati-hati


dengan orang yang kamu bantu—mereka mungkin ambil lebih daripada apa yang
kamu ingin beri. Sekian, terima kasih.
Arnab yang Tidak Mengikut Nasihat

Beberapa ekor arnab tinggal bersama-sama di hutan. Terdapat antaranya seekor


arnab tua yang bijak. Ia sering menasihati arnab-arnab lain supaya beringat-ingat
akan bahaya di sekeliling.

“Jika tidak berhati-hati,” kata arnab tua kepada arnab-arnab lain, “kita akan
menghadapi kecelakaan nanti.”

Pada suatu hari, arnab tua memanggil semua arnab berkumpul. Dia hendak
memberitahukan sesuatu yang penting kepada mereka.

“Kawasan ini dicerobohi seekor harimau yang ganas,” kata arnab tua. “Ia
sering merayau-rayau mencari makanan.”Arnab tua berkata lagi, “Oleh itu berhati-
hatilah kamu semua apabila keluar dari rumah.”

Semua arnab mengangguk-angguk melainkan seekor anak arnab yang


nakal. Pada suatu hari, anak arnab yang nakal itu keluar sendirian. Tiba-tiba ia
nampak harimau yang ganas itu di situ.

“Nampaknya harimau itu kurus lagi lemah,” fikir anak arnab. “Baik aku
cuba mengusiknya. Aku ingin tahu sama ada ganas atau tidak harimau itu.”

Malam menjelang tetapi harimau masih berada di situ. Anak arnab


memandang harimau itu dari jauh. Oleh sebab anak arnab terlalu jauh darinya,
harimau berpura-pura tidak nampaknya.

Pada hari berikutnya, harimau masih berada di kawasan tersebut. Anak


arnab menjadi bertambah berani. Ia bergerak menghampiri harimau.

Harimau tidak berbuat apa-apa terhadap anak arnab. Ia sudah kenyang


pada ketika itu.“Nampaknya harimau itu tidak ganas sama sekali,” fikir anak arnab.
“Aku boleh bersahabat dengannya.”

Pada hari ketiga, anak arnab lebih mendekati harimau yang sedang
berehat di bawah sebatang pokok. Tiba-tiba harimau menerkam anak arnab
tersebut. Ia membunuh lalu makannya.

Berita buruk tentang anak arnab yang nakal itu merebak segera ke
seluruh kaum arnab. Mereka kasihan mendengar berita yang buruk itu.

“Anak arnab itu sungguh bodoh,” kata arnab tua. “Jika mengikut nasihat
aku, ia tidak akan menjadi makanan harimau.”

Moral daripada cerita ini ialah dengarlah nasihat yang diberikan oleh mereka yang
lebih cerdik atau berpengalaman daripada kamu.

Anda mungkin juga menyukai