Anda di halaman 1dari 51

Arnab Yang Pemalas

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi. Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,

kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang rungutan pemalasitu sahabatnya. tidak Kita menghiraukan

tunggu esok sahajalah, kata arnab.

KERBAU BALAR Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang. "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu. Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan. Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi. Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , keduadua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih. Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap

kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan

menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Keduadua sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikanikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celahcelah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung! Namun Tony

sungguh

nakal.

Ia

berasa

seronok

dapat

mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

BUJANG TERBOYOI Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan. Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya. Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya, katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya.

Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya. Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti. Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya? Bujang Sultan. Terboyoi Sultan memohon menghadap memperkenankan

permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.

Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat mereka, kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana. Silakanlah, beta tiada halangan, titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia member mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka. Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah, kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Keduadua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis kegembiraan.

Sultan dengan

menjodohkan Apabila

Bujang sultan

Terboyoi mangkat,

puterinya.

Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

Sang Kancil dan Sang Gajah Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkalikali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir, "Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini."

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar

bunyi

tapak

kaki

yang

besar.

"Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!" Tiba-tiba Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil, "Eh sang kancil, tengah buat apa?" Tanya si Gajah. "Menyelamatkan "Dari apa?" diri!" Jawab Sang gajah Kancil. lagi.

Tanya

"Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. "Habis tu macam mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah.

"Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini."

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.

"Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.

1 Comment more Perlumbaan Sang Anab dan Sang Kura-kura Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil angin pagi di rimba. Tibatiba datang Sang Arnab yang memang terkenal antara binatang yang pantas di rimba itu.

"Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana kau?", kata Sang Arnab membuka bicara.

"Ya, Arnab, aku tak ke mana-mana saja berjalanjalan", jawab Sang Kura-kura.

"Kura-kura-Kura-kura, kasihan aku tengok kau ni, jalan pun lambat, bila kau mahu tiba ke destinasi", ejek Sang Arnab yang memang dikenali suka mengejek yang lemah.

"Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini, aku redha", kata Sang Kura-kura sambil terus berjalan meninggalkan Sang Arnab tadi.

Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang Kura-kura sepertinya tidak terkesan akan sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan satu cabaran kepada Sang Kura-kura dengan niat mahu mengenakan dan memalukannya.

"Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja aku mahu bersaing dengan kau",

"Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura ringkas. "Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba dengan aku juga besok, aku tunggu dekat tebing sungai sana", kata Sang Arnab tidak mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura. Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang Arnab dan Sang Kura-kura itu. Dengan Sang Kancil menjadi pengadilnya, perlumbaan yang dijadualkan bermula dari tebing sungai, menelilingi rimba dan tamat di tebing sungai kembali, perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah hiruk pikuk penyokong kedua-dua peserta. Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh

meninggalkan Sang Kura-kura. Sedang Sang Kurakura berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula. Setelah beberapa ketika Sang Arnab berhenti di bawah sebatang pokok. Lalu dia memerhatikan kalaukalau ada kelibat sang Kura-kura di belakangnya. "Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura, garisan tamat pun dah dekat, mengantuk pula aku, baik aku tidur sekejap, bila aku terjaga nanti Kurakura pasti belum memotong aku", fikir Sang Arnab. Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut.

Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur. Dengan tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus berjalan menuju garisan penamat.

Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga dari

tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia berlari menuju garisan penamat.

"Ish, lama pula aku tidur, entah-entah Sang Kurakura sudah memotong Sang Sang aku", di getusnya garisan menerima sendiri. penamat ucapan

Sesampainya kelihatanlah

Arnab

Kura-kura

tahniah dari binatang-binatang rimba yang lain kerana memenangi perlumbaan itu. Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari situ kerana tewas kepada Sang Kura-kura sambil diketawakan para penghuni rimba. 0 Comments more Sang Merak dengan Sang Gagak Alkisah satu masa dahulu di dalam sebuah rimba yang permai terdapat dua ekor burung yang bersahabat baik iaitu Sang Gagak dan Sang Merak. Pada masa itu Sang Gagak dan Sang Merak tidak mempunyai warna

pada bulu mereka apatah lagi corak yang menarik Disebutkan dalam kisah mereka, pada suatu hari sedang mereka bersiar-siar di rimba itu, mereka terjumpa dengan beberapa tong cat yang bermacammacam warna. Lantas timbullah idea dalam diri Sang Gagak untuk menggunakan cat tersebut untuk mewarnakan dirinya yang tidak berwarna berserta sahabat baiknya.

Hal tersebut dipersetujui oleh Sang Merak yang juga mahukan warna pada badannya. Dia mengemukakan cadangan untuk Sang Gagak melukis di badannya dulu sebelum dia pula mewarnakan badan Sang Gagak. Sang Gagak yang dikenali sebagai seekor binatang yang kreatif dan berbakat mula melukis corak dan mewarnakan badan sang Merak. Hasilnya Sang Merak kelihatan cantik dengan warna barunya. Sesudah itu tibalah giliran Sang Merak untuk mewarnakan badan

Sang

Gagak.

Tetapi Sang Merak pula dikenali sebagai binatang yang tidak mempunyai bakat dan amat pemalas. Tanpa mahu memikir panjang, Sang Merak terus mengambil cat hitam dan dicampakkannya ke arah badan Sang Gagak. Hasilnya tubuh Sang Gagak berwarna hitam legam keseluruhannya.

Sang Merak yang kaget dengan kejadian itu terus melarikan diri. Setelah beberapa ketika Sang Gagak sudah tidak sabar untuk melihat dirinya yang baru. Dia berjalan cepat-cepat ke arah sungai berdekatan dan melihat dirinya pada riak air sungai tersebut. Alangkah terkejutnya sang Gagak apabila melihat dirinya yang berwarna hitam keseluruhannya dari atas hingga ke bawah. Dengan rasa marah yang teramat sangat Sang Gagak terus mencari Sang Merak yang sudah lari jauh ke dalam rimba itu.

Begitulah ceritanya kenapa gagak membuat bunyi, "akk, akk" singkatan kepada "merak, merak". Ada yang mengatakan Sang Gagak terus mencari Sang Merak hingga ke hari ini. Dan Sang Merak terus menyembunyikan diri dari Sang Gagak walaupun dia selalu bermegah-megah dengan kecantikannya. 1 Comment more Sang Monyet yang Degil Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-sayurannya bersama rakannya Sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat kelaparan sekali.

"Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata Sang Monyet dengan sedih.

"Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-

buahan untuk aku makan", pinta Sang Monyet tadi. Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan Sang Monyet seperti itu. "Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil.

"Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", seloroh Sang Monyet gembira.

Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala.

"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet. "Jangan Monyet, nanti pedihnya", tegah kau yang menanggung Kura-kura.

Sang

"Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil.

"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas.

Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus memakannya dengan gelojoh. menjerit,

Tiba-tiba

Sang

Monyet

"Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!", Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyet berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Kurakura menggeleng-gelengkan kepala mereka. 0 Comments

more Pemotong Kayu Yang Jujur Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi, pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.

Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu termasuk kedalam sungai yang dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak terjun mencari ia takut disambar arus, nasib. melihat hati?" merataplah Maka "Wahai mengenangkan pari-pari Kenapa dilangit bersedih

bersimpatilah orang tua.

kegundahan si tua tersebut lalu turunlah ia bertanya,

Dengan nada perasaan takut dan terkejut, orang tua tersebut menceritakan apa yang berlaku.

"Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam." Lalu dengan serta merta terjunlah si paripari ke dalam sungai. Selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa. Dengan sedih, jawab situa, "Bukan. Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini."

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu, giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujurannya kapak emas, perak dan gangsa turut Pulanglah si tua dengan hati dihadiahkan. yang gembira.

Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat.

1 Comment more Berkawan Biar Seribu Di dalam sebuah hutan, tinggallah binatang-binatang yang hidup bermuafakat di antara satu sama lain. Mereka saling tolong menolong dan sentiasa hidup di dalam keadaan yang aman damai.

Pada suatu hari, tupai ingin mengadakan majlis harijadi di rumahnya. Beberapa hari sebelum itu ia telah sibuk melakukan persiapan untuk meraikan ulangtahunnya itu. Kad-kad jemputan juga telah diedarkan kepada seluruh isi hutan. Lagipun si tupai itu sudah rindu untuk berjumpa dengan rakanrakannya untuk bertukar-tukar pendapat.

Bila tiba harinya, tupai kelihatan sibuk membersihkan halaman rumahnya dan menyusun kerusi meja. Disapunya daun-daun kering yang berselerakan di halaman rumahnya dan dibakar semua sampah sarap

yang ada. Setelah puas hati semuanya bersih si tupai berkata di dalam hatinya. "Sekarang semuanya sudah bersih, dan sekarang aku akan menyiapkan hidangan untuk para tetamu pula."

Dengan berhati-hati dibantu oleh keluarganya, tupai mengeluarkan hidangan dan meletakkannya di atas meja. Bermacam-macam jenis kuih telah disediakan. Tanpa disedari oleh tupai di dalam ia sibuk menghidangkan makanan di halaman rumah, ada sepasang mata sedang mengintainya dari atas pokok. Setiap kali tupai membawa makanan dari dapur, setiap kali itulah monyet yang di atas pokok itu gelisah. Sebenarnya monyet itu memang terkenal dengan sikapnya yang tidak suka bergaul dan suka pula mencuri. Monyet menunggu peluang sehingga tupai siap menghidang makanan. Apabila saja tupai masuk ke dalam rumahnya, monyet cepat-cepat turun dari pokok tempat persembunyiannya. Kemudian dengan

cepatnya dia mencuri makanan yang ada di atas meja dan lari semula di reaksi belakang tupai pokok melihat bagaimanakah seterusnya.

Namun si monyet itu tidak menyedari yang tupai sedang melihatnya dari dalam rumah. "Oh si monyet rupanya yang mencuri makananku. Nanti, tahulah aku bagaimana mengajar ia," kata tupai di dalam hati. Dengan tidak membuang masa, tupai mengambil alat penyembur ke arah dan menyembur makanannya satu persatu. Sambil bersiul-siul tupai, ia melirik pandang tempat besar. persembunyian "Apalah monyet. yang dia

Monyet

terkejut

agaknya tentu

disemburkan

oleh

tupai?

Sudah

menyemburkan racun. Tentunya makanan aku sudah dicampurkan dengan racun. Aku tidak bodoh. Aku tidak mahu mati kerana si tupai," kata monyet tegas. Monyet terus membuang makanan-makanan yang

masih ada di tangannya. "Mujur aku tidak sempat makan. Dengan tergesa-gesa monyet meninggalkan tempat itu. "Baguslah sekarang monyet telah pergi, tentu ia marah kalau tahu yang aku hanya menyembur air biasa," kata tupai tersenyum puas.

Tupai merasa amat gembira kerana hari ini ia berjaya mengenakan monyet. Sambil tersenyum ia menanti kedatangan para tetamunya.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kawan-kawan tupai datang membawa hadiah untuk tupai. Apabila semuanya telah berkumpul, masing-masing sibuk bertanyakan hal si monyet.

Tupai menceritakan segalanya pada kawan-kawannya. Mereka tertawa mendengar cerita si monyet ditipu. Gajah yang sedang sibuk makan berkata, "biarkan dia tahu bagaimana seksanya hidup tanpa kawan-kawan

dan

sering

ditipu

begini."

Tiba-tiba mereka melihat monyet datang dengan wajah yang muram. la terus mendapatkan tupai dan meminta maaf kepada tupai kerana mencuri makanan. Begitu'juga dengan kawan-kawannya yang lain. Monyet berjanji untuk tidak mencuri lagi dan tidak akan mengasingkan diri dari kawan-kawan yang lain. Semenjak dari itu si monyet menjadi kawan yang paling baik dan sering membuat kawan-kawan yang lain terhibur dengan telatahnya yang suka berjenaka. 0 Comments more Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek saja, jenih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah

sungai lagi jernih. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai.

"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh. Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta bunyinya. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya.Oh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau. "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh Kerbau batang kasihan kayu melihat ini," buaya. jawab Kerbau buaya. cuba tolong terus bergema. Merayu-rayu

mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya.

"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku", jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi. "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat," kata kerbau. "Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat", sambung kerbau lagi. "Aku tidak peduli", jawab buaya. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup.

Kau makanlah benda lain", kerbau merayu. Tetapi buaya tetap tidak peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.

Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji.

"Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat," jawab saji. Saji menceritakan kisah hidupnya. "Di rumah, aku digunakan untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi," jelas saji. "Pendek kata, aku banyak menolong dan berbakti

kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi," cerita saji. "Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak, tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai," ujar saji. "Itulah sebabnya aku berkata berbuat ceritanya baik dibalas dan jahat," saji menamatkan hanyut. terus

"Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?" tanya buaya. Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," kata kerbau dalam hatinya. Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya tembus. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya dengan tali. Keduadua belah kasut itu bersama-sama hanyut. "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya," kata buaya.

"Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. Kerbau berdebar-debar menunggu jawapan kasut. Kalau kasut bersetuju dengan kenyataan itu bererti ia akan selamat. Kalau kasut berkata tidak betul, habislah riwayatnya. "Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat," jawab kasut. Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapan itu. Kasut lalu bercerita. Pada suatu masa lalu, kasut amat disayangi oleh tuannya. Setiap hari kasut dibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, kasut itu disimpan di tempat selamat. Kasut itu juga hanya dipakai oleh tuannya apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuannya pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, kasut itu tidak dipakainya.

Tetapi apabila sudah buruk, kasut itu tidak disayangi lagi. Badannya tidak dikilatkan lagi. Kasut itu dibaling ke tepi tangga selepas digunakan. Apabila malam,

kasut itu ditinggalkan di halaman rumah. Kasut itu dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, kasut itu menjadi tempat persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk dan koyak, kasut itu dibuangkan ke dalam sungai. "Itulah sebabnya aku hanyut ke sini," kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air. "Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi," kata buaya. "Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku," jelas buaya kepada kerbau.

Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan bengis.

"Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya kancil. "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami," kata buaya. "Mengapa?" tanya kancil. "Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat," kata buaya. "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya," kata kancil. "Mulamula aku kena tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang aku," jawab buaya. "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana aku

hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya.

"Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar kancil. Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat batang pokok. "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?" kancil mengarah seperti hakim.

Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?" kancil mengarah buaya. Buaya cuba bergerak dan mengangkat batang pokok itu tetapi tidak berdaya. "Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih," kata kancil.

"Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang

pokok. "Kuat lagi! Kuat lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat.

Kerbau pula menunggu arahan kancil. "Selepas itu apakah yang terjadi?" tanya kancil. "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau. "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya kancil. Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat batang kayu itu.

"Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati," jawab

kerbau. "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil.

"Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya.

Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah

menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu. 1 Comment more Seruling Sakti Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit. Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk di pekan tersebut hidup dengan aman damai, tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan sampah sarap. Mereka membuang sampah di merata-rata menyebabkan pekan tersebut menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari semakin banyak tikus membiak menyebabkan pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela kucing untuk menghalau

tikus dan ada diantara mereka memasang perangkap tetapi tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak. Mereka sungguh susah hati dan mati akal bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah pada suatu hari seorang pemuda yang tidak dikenali datang ke pekan tersebut dan menawarkan khidmatnya untuk menghalau semua tikus dengan syarat penduduk pekan tersebut membayar upah atas kadar dua keping wang mas setiap orang. Penduduk di pekan tersebut berbincang sesama mereka diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka tidak sanggup untuk membayar upah yang sangat mahal. Setelah berbincang dengan panjang lebar akhirnya mereka bersetuju untuk membayar upah seperti yang diminta oleh pemuda itu kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pemuda

tadi, lalu dia mengeluarkan seruling sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari seruling itu sangat merdu dan mengasik sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang berada dimerata tempat didalam pekan tersebut mula keluar dan berkumpul mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak dapat berenang didalam sungai dan semuanya mati lemas. Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada serangan tikus dan penduduk bersorak dengan gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut janjinya, penduduk tersebut enggan membayar upah yang telah dijanjikan kerana mereka mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta kerana hanya dengan meniupkan seruling sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia menuipkan

seruling saktinya sekali lagi. Irama yang keluar dari seruling itu sangat memikat hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu membawa kanak-kanak tersebut keluar dari pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari bahawa mereka akan kehilangan anak-anak, mereka mulai merasa cemas kerana kanak-kanak telah meninggalkan mereka dan mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar pemuda tadi dan merayu supaya menghentikan daripada meniup seruling dan memulangkan kembali anak-anak mereka. Merka sanggup memberi semua harta benda yamg ada asalkan pemuda tersebut mengembalikan anak-anak mereka. Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan apabila mereka sampai disitu

muncul sebuah gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak. Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua tersebut gaib dan hilang daripada pandangan penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah memungkiri janji yang mereka buat. Merka menyesal diatas perbuatan mereka tetapi sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh nenek moyang mereka. Menepati janji adalah pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk pekan Hamelyn sehingga hari ini. 0 Comments more Sang Kancil Dengan Buaya Pada suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan. Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia ternampak

akan pepohon buah-buahan yang rimbun merendang di seberang sungai.

"Alangkah nikmatnya jika aku dapat merasai buahbuahan itu", fikirnya sendiri

"Tetapi, bagaimana aku hendak menyeberang ke sana, aku bukannya pandai berenang", timbul sedikit keraguan dalam dirinya.

Setelah mundar mandir memikirkan cara untuk menyeberang sungai itu, timbul satu idea untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

"Nasib baik aku dikurniakan akal yang bijak", katanya sendirian sambil berlari ke tebing sungai untuk menjalankan misinya.

"Sang Bedal, ooo, Sang Bedal!", panggil Sang Kancil. Tiba-tiba muncul ketua buaya-buaya di sungai itu.

Dengan

bengisnya

dia

berkata

"Apa kau mahu Kancil?", sambil matanya meliar memerhatikan tubuh Sang Kancil

"Alangkah enaknya kalau diratah kancil ni", fikirnya yang sedang kelaparan itu.

"Oh, begini, Raja Sulaiman menitahkan aku untuk menghitung berapa banyak buaya yang ada di sungai ini. Baginda mahu menjemput kalian ke kendurinya", mulalah Sang Kancil menjalankan tipu helahnya. "Benarkah begitu!", serta merta nafsu lapar Sang Bedal mula menguasai diri dan dengan pantas dia memanggil anak buahnya

Maka datanglah gerombolan buaya mengikut arahan tuan mereka.

"Jadi Sang Kancil tunggu apa lagi, cepatlah hitung

bilangan kami sekarang", kata Sang Bedal kepada Sang Kancil.

"Hahaha, siap kau Bedal, mudahnya kau kena tipu dengan aku", kata sang Kancil dalam hati.

"Sabar Sang Bedal, aku fikir lebih baik jika kamu semua beratur hingga ke hujung sana. Lebih mudah untuk aku kira kamu semua", ujarnya.

Tanpa berfikir panjang, Sang Bedal mengarahkan anak buahnya untuk menurut cadangan Sang Kancil tadi. Selesai mereka beratur, mulalah Sang Kancil melompat ke atas buaya yang pertama.

"Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk", hitung Sang Kancil

Tiba sahaja di tebing sebelah sana, Sang Bedal bertanya,

"Jadi bila kami boleh pergi ke kenduri Raja Sulaiman, Kancil", "Ada 30 ekor buaya yang bodoh di dalam sungai ini. Maaf Sang Bedal, sebenarnya tiada kenduri Raja Sulaiman, aku cuma mahu menikmati buah-buahan di sini. Hahaha, terima kasih Sang Bedal", kata sang Kancil dalam nada mengejek.

Sambil buaya-buaya lain mengerumuni Sang Bedal yang sedang keliru atas penipuan Sang Kancil, mereka bertanya, "Jadi tak adalah makan", kata buaya yang pertama "Kita semua dah kena tipu", kata buaya kedua "Ini semua kau punya pasal", kata buaya ketiga sambil menyalahkan mereka Sang Bedal. "Serang!!!", serentak menjerit.

Lalu berlarilah Sang Bedal kerana dikejar anak-anak buahnya yang sedang marah. Sambil Sang Kancil dengan asyiknya menikmati buah-buahan itu. 0 Comments more Anjing Dengan Bayang-bayang Suatu hari seekor anjing terjumpa dengan tulang yang besar. Anjing sangat gembira lalu berlari-lari pulang ke rumahnya sambil menggonggong tulang itu. Di dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat jernih. Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak anjing bayang-bayangnya yang juga yang disangkakan tulang. lain membawa

Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu menyalak dan menerkam ke arah anjing di dalam sungai. Akibatnya, anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai.

Anjing menyesal kerana terlalu tamak, akibatnya dia yang rugi

Anda mungkin juga menyukai