Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Alhamdilillah, akhirnya dapat juga saya melaksanakan tugasan yang


diamanahkan kepada saya walaupun mempunyai kekangan-kekangan masa dalam
menjalankan tugas sebagai seorang guru. Persiapan awal yang telah dijalankan
sebelum melaksanakan Program Kem Remaja Islam (KEMRIS) 2013 dengan
membuat kertas kerja terlebih dahulu.
Program Bina Insan Guru (BIG) adalah satu program yang dirancang khusus
untuk pelajar yang sedang menjalani latihan Program Pensiswazahan Guru. Ini
adalah bertujuan untuk melahirkan pendidik yang berkualiti dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Bina Insan Guru yang diadakan pada semester ini ialah
khidmat masyarakat dan ianya wajib ditempuhi oleh semua guru PPG. Berdasarkan
program yang telah dianjurkan ini, Program ini untuk memenuhi kehendak dalam
Program Bina Insan Guru (BIG) yang perlu ditempuhi oleh semua pelajar.
Merupakan suatu aktiviti

penting bagi merealisasikan kehendak Bahagian

Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berdaya saing.
Setiap apa yang dirancang dan diaturkan pasti mempunyai matlamatnya yang
tersendiri. Begitu juga dengan progran Bina Insan Guru ini. Program yang dijalankan
ini melibatkan keterlibatan murid-murid dalam menjalankan khidmat sosial. Program
ini berhasrat membina insan atau murid yang berakhlak mulia, bersemangat juang
yang tinggi, mempunyai ketahan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Dalam masa yang sama, program ini diharap dapat menghasilkan muridmurid yang berkualiti dalam semua aspek kehidupan terutamanya aspek pendidikan
dan pergaulan. Membentuk murid-murid menjadi seorang murid yang berdaya saing.
Memberi keyakinan kepada murid-murid dalam berhadapan dengan komuniti
sekolah yang mempunyai pelbagai ragam dan acuan. Di samping itu juga, matlamat
program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran di kalangan murid-murid akan
kepentingan pergaulan antara guru-guru dengan murid-murid dan guru-guru dengan
masyarakat sekolah.

Secara tuntasnya, program khidmat masyarakat memang memberikan


manfaat yang tidak terkira nilainya kepada setiap murid yang mengambil bahagian.
Saya berharap di masa yang akan datang, murid-murid yang lain pula dapat
menyertai lagi program seperti ini untuk menimba pengalaman yang baharu.

Anda mungkin juga menyukai