Anda di halaman 1dari 7

Sweet Mama-dapur kecil

sekadar ingin berkongsi ilmu dalam bidang masakan serta suka duka perjalanan kehidupan
(^^)
T h u r s d a y , J a n u a r y 1 7 , 2 0 1 3
Roti Lembut gebu
Assalamulaikum....

Sudah lama mama mencari resepi roti yang lembut, mudah nak buat dan sedap di
makan. Akhirnya mama terjumpa resepi roti yang di idamkan..hihii
Sebenarnya sebelum ini, mama pernah cuba buat roti, tapi tak menjadi,
menyebabkan mama rasa menyerah jer..huhuhuu (menyerah beli kat tesco jer) :(
Tetapi tanpa di sangka- sangka, mama boleh terjumpa blog mas..melihatkan
rotinya yg lembut, butterscotchnya yang memang mengancam..pergghhh...sampai
termimpi-mimpi..aduhhh...nk kene buat juga ni
Maka keesokkan hari, mama pun terus ke kedai bakery, membeli barang-barang
yang diperlukan untuk membuat roti
Mari kita sama-sama cuba buat roti sendiri di rumah ^_^


Roti lembut gebu

Bahan:

500 g tepung roti @ tepung gandum @ tepung hight protien
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g)
Sedikit bijan / cheddar cheese / gula

~ campurkan susu pekat manis + telur + yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua
sekali - ketepikan

~ sebiji kuning telur + 1sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas
bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat

Cara :

- Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan
adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati
- Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta
elastik
- Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1
1/2jam)
- bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, timbang 50gm setiap satu doh kecil itu.
susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-
rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar)
- jika nak buat roti yang ada sosej atau cheese, boleh timbang berat doh dalam
30gm hingga 40gm (kalo nak besar lagi pun boleh, nanti roti tu jadi besar kebabom
lar..hihihii ..)
- setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda,
sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh
juga tabur gula atau cheddar cheese, tapi cheese tu tak yah banyak sangat, jadi
pizza pulak nanti..keh keh keh..)
- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan
api atas bawah
- setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter
untuk menggelakkan bun kita menjadi kering.
- Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan macam biasa untuk buat
doh.
- jika mahu membuat pizza, boleh guna adunan yang sama tapi kurangkan kuantiti
gula

** di bawah ni ada beberapa contoh gambar membuat roti yang mama ambil dari
blog kawan-kawan. Izinkan mama share di sini gambarnya supaya mudah untuk
mama dan anak-anak buat rujukan. Roti yang pelbagai design ni lebih digemari
oleh anak-anak..^_^










Kek cheese cake kukus...
6kpg slice cheese
1/2cwn susu cair
1cwn gula pasir
Msak semua bhn pastikan x bgentil smp larut tepikan

1cwn buttercup
2cwn tpg kek
2sdmkn koko
3bj telur a
Vanila cikit
Beat telur ,butter cup.vanila
Smp kmbg tambahkan bhn yg msak td...tmbh tpg cikit..kaup blkkan..bhgikan warna..kukus 45mnt