Anda di halaman 1dari 16

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Arnab Dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab
itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi
dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu
memuji kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong.
Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-
haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka
berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya
sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.

Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti
aku boleh menjadi raja di laut. Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh
gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.
Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu? Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa
bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, Engkau mesti banyak
makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. Bolehkah engkau tolong periksa
gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak, kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab
pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-
lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah
riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah
kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.













Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin . Penebang
kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu
hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan
membiarkannya tinggal di situ.

Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya isteri
penebang kayu.

Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa
hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa
percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.

Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul
yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke
dalam bakul tersebut.

Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa
sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga
dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu
berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya
berjalan kearah hutan.

Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang
kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!

Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak, saya
akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.

Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil
berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya. Marilah kita pulang
ke rumah.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.




Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Puteri Sulung Dan Puteri Bongsu.

Pada suatu ketika dahulu, Raja Ambun mempunyai puteri kembar yang amat
cantik. Puteri Bongsu yang begitu cantik dikatakan berdarah putih dan amat disayangi
oleh raja.

Kecantikan Puteri Bongsu yang berdarah putih telah sampai kepengetahuan Raja
Tinggi. Raja Tinggi pun menghantar rombongan untuk meminang Puteri Bongsu. Raja
Ambun menjadi serba salah. Kalau pinangan itu ditolak, tentu akan berlaku peperangan.
Tetapi, kalau pinangan itu diterima, baginda akan dukacita sepanjang hayat kerana
baginda amat kasih kepada Puteri Bongsu.

Akhirnya, Raja Ambon telah menukarkan Puteri Bongsu dengan Puteri
Sulung. Rancangan ini tentu berjaya, kata seorang pembesar. Raja Tinggi tidak pernah
melihat Puteri Bongsu. Kita suruhlah Puteri Sulung mengaku yang dia bernama Puteri
Bongsu, Akhirnya pinangan Raja Tinggi itu pun di terima.




Raja Tinggi pun berkahwin lah dengan Puteri Sulung yang disangkanya Puteri
Bongsu itu. Pada suatu hari, jari Puteri Sulung telah terluka akibat terkena pisau. Luka itu
berdarah dan darahnya berwarna merah. Raja Tinggi berasa terkejut kerana darah itu
tidak berwarna putih.

Dinda mesti berkata benar, siapakah dinda sebenarnya? tanya Raja Tinggi sambil
menghunus kerisnya. Puteri Sulung menggeletar. Adinda ialah kakak kepada Puteri
Bongsu,

Raja Tinggi amat murka. Rupa-rupanya beta telah ditipu! Kita akan serang negeri
Ambun, kata Raja Tinggi dengan garangnya.

Akhirnya, Raja Tinggi pun menghantar tentera untuk menundukkan negeri
Ambun.

Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima
kasih.







Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai Dan Puteri Laut.

Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada
rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk menjaga
puteri baginda yang sangat cantik.

Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa
orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera raja
yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat kecantikan
puteri Raja Laut. Puteri Raja Laut pun demikian juga apabila terlihat putera raja yang
gagah perkasa dan kacak itu.

Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang
berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke
kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan layar dan
segera belayar meninggalkan pantai itu.



Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi
kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Ampai-ampai pun pulang ke istana lalu
menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.

Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh
Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Setelah itu Raja Laut menbuangkan
Ampai-ampai ke tepi laut.

Engkau jangan naik ke darat sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah
baginda.

Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada ranting-
ranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga
sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air. Kononnya,
dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di situ dan pulang
kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.





Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Perempuan Muda Yang Berani.

Pada suatu masa dahulu, negeri Tiku diperintah oleh Raja Tua. Baginda telah
menyuruh rakyatnya membuat sebuah perahu yang besar. Setelah perahu itu siap,
baginda pun telah mengadakan upacara untuk melancarkan perahu itu ke laut. Rakyat
negeri itu telah dikerahkan untuk menolak perahu ke laut tetapi anehnya perahu itu
sedikit pun tidak bergerak dari tempatnya. Raja Tua sangat hairan lalu memanggil anak
angkatnya Balun yang tahu akan bermacam-macam ilmu.

Balun pun mengambil dupa dan mengasap kemenyan. Setelah jampi dibaca dan
seluruh perahu diasapnya, Balun pun berkata Perahu ini tidak akan dapat diturunkan
jika tidak digalang dengan tubuh manusia. Tetapi yang menjadi galangan itu mestilah
anak atau saudara tuanku. Orang lain tidak boleh!

Mendengar kata-kata Balun itu, semua orang menjadi gempar. Tidak ada seorang
pun anak kerabat raja yang hendak mengorbankan nyawanya untuk pelancaran perahu
tersebut.


Dalam keadaan hiruk pikuk itu, seorang perempuan muda yang sedang
mengandung tampil ke hadapan perahu. Dia ialah anak saudara kepada Raja Tua.
Perempuan muda itu berbaring di atas tilam dan bantal yang dibentangkan di haluan
perahu. Semua rakyat dan kerabat diraja menangis melihatkan perempuan muda yang
begitu berani mengorbankan nyawanya demi kepentingan Raja Tua.

Apabila semua sudah sedia, Balun pun mengambil tujuh batang lidi dan rapat ke
perahu itu. Setelah membaca jampi, perahu itu pun ditolak ke laut. Sekali lagi telah
berlaku keanehan. Dengan mudah, perahu itu dapat ditolak ke dalam air.

Semua orang yang berkumpul bersorak kegembiraan. Raja Tua berlari-lari
mendapatkan anak saudaranya dan mendapati anak saudaranya itu tidak mendapat apa-
apa kecederaan. Oleh kerana keberaniannya, Raja Tua telah menurunkan semua harta
pusaka kepada anak saudara perempuannya itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.






Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba
bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-
binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa
permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan oleh baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di
hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku
tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau
aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.

Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau?
Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.

Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.
Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.
Tujuh hari sekali! jelas Harimauu terketar-ketar.

Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan
engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh haru sekali, kata Singa.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan
tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatikPatik

Sudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan
satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.

Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya
perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan
berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.




SKRIP CERITA TAHAP 1
SI TANGGANG ANAK DERHAKA

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku
tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

Para hadirin sekelian,
Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah Si
Tanggang Anak Derhaka yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah
keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak
tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata
pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di
halaman rumah...

Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi
merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang
indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.

Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu...
jangan tinggalkan ibu, Tanggang...

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung
sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang,
beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya
dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada
kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang
tua dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan anak-
anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah
berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si
Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira
dengan berita kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit
terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si
Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu.

Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa
hati ibu semenjak kepemergianmu nak...

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada
isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si
Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku
tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

Kerana terlalu ced, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh
anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai.
Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada
Tuhan;

Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari
sususku ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke
atas anak yang durhaka!!!

Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turn. Kilat dan guruh memecah
langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam
bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....


Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....
Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin
hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat
daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....


Para hadirin sekelian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka
kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil
hingga ke dewasa.



Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.




















TAJUK : SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih Pengerusi Majlis

Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Singa yang Sombong.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar
dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah
menjadi mangsanya.

Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka
berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba
Sang Kancil bangun dan bersuara.

Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama,
semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah
kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.
Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain.
Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah saya
cuba menewaskan singa itu.
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.

Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita
sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan disambut
dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa
masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.
Kata Tebuan dengan berani.

Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa.

Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku
akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh semangat.
Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-
pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi
letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang
hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.

Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya
mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.

Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua
binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.

Ingat kawan-kawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah
3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan
disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan
fizikal..
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai