Anda di halaman 1dari 10

Semenjak aku bekerja sebagai guru ni.

Aku cukup risau mendengar


khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya
sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi
penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah
aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana
mereka kata aku ni memilih kerja sangat.

Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja
di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru
sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi
bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.
Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi
pendidik, tapi apa boleh buat.

Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu.


Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat.
Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang
benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku
menerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku
takut nanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah
diamanahkan atas bahuku ini. Namun, abah dan ibu mula tersenyum
mendapat berita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang
boleh memikul amanah itu.

"Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya!" Bisik hati kecilku.
Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan
menyelamatkan aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu
setakat mana ia mampu menyelamatkan aku. Aku ada mendengar desas–
desus dari adik-adik yang mengatakan bahawa ada orang telah datang
merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belum memikirkan
lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipun
aku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-
harap, tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam
keadaan genting dan kritikal ini.

Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa


sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada
kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu
perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi
kehendak mereka. Cuma harapan mereka itu yang akan membuatkan aku
jadi serba salah untuk tidak memenuhinya.

"Bila angah nak lapor diri?" Tanya abah sewaktu kami sedang makan
malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam
keluargaku. Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra.
"Minggu depan bah.". aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di
Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah
sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga
kini. Namun aku akan memecahkan rekod itu minggu depan.

"Angah nak abah hantarkan ke?" Memang aku dah jangka abah akan
menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku
kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar
panjang dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup
penyayang pada kami anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam
lingkungan batas-batas tertentu.
"Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas saja dengan kawan. Kawan
angah pun kena mengajar kat situ juga." Jelas ku. Aku tak nak
menyusahkan abah. Jauh juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata
orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan
abah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan
buktikan pada abah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan
sesuatu dengan usaha sendiri.

Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang


keadaan tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki
bakal menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila
akan kembali ke tempat asalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti
bangga menyambutku sebagai tetamunya.

"Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu
hubungi ibu dan abah kat sini." Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke
Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra. "Jangan lupa bawa
balik `awe' Kelantan tau!" Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni
suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal
yang membuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana
kasih sayang adikku itu terhadap aku.

"Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah


semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada." Itu
pesan terakhir abah sebelum aku melangkah menaiki bas. Aku cium
tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka. Aku bisa
menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu
abah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini
terus melangkah.

"Aah.". aku menyeka air mata sewaktu melihat lambaian abah, ibu dan
adik-adik tatkala bas yang kunaiki mula meninggalkan Perhentian Putra
itu. Sedih juga aku untuk berpisah dengan mereka. Keluarga yang aku
cukup bahagia dengan kasih sayang yang tercurah.

"Kita nak tinggal kat mana nanti?" Tanyaku pada Nadia, kawan yang
senasib denganku. "Tak payah risau. Pak long aku dah janji nak
uruskannya untuk kita." Nasib baik juga si Nadia tu ada bapa saudara
kat sana. Kalau tak, macam manalah nasib kami nanti.

"Pagi nanti, dia yang akan datang jemput kita kat stesyen bas."
Sambung Nadia lagi. Lega hatiku bila mendengarnya. Risau juga aku
kalau tak ada orang yang ambil nanti sebab kami akan sampai di Kota
Bharu sebelum subuh. Pagi-pagi begitu kat manalah kami nak gagau. Aku
pun tak terfikir akan dihantar mengajar di Kelantan tu.

Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuh
berkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua
di negeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah suci
membesarkan Tuhan. "Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat
ku." Bisik hati kecilku. Bandar ini sudah mula bangkit dari lena
manusia. Orang ramai yang baru tiba, berduyun-duyun menuju ke masjid
yang berdekatan.

"Jom, pak long aku dah tunggu tu!" Ajakan Nadia itu membuatkan bicara
hatiku terputus di tengah jalan. Aku membuntuti langkahnya yang agak
kalut sambil memikul sebuah beg pakaian. Aku hanya membawa barang-
barang keperluanku sahaja, yang lain nanti boleh usahakan bila dah
dapat tempat tinggal tetap. Aku harap, tempat tinggalku nanti
tidaklah jauh sangat dari tempat aku mengajar kerana ia akan
memudahkan aku untuk berulang-alik.

"Buat sementara waktu ni, Nadia dan Idah tinggal kat rumah pak long
dulu. Lagi pun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak
long." Pengkhabaran beginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi
boleh. Aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku lebih senang mempunyai
rumah sendiri dari menumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah
yang kita tumpangi itu tidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan
kita. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku bersabar buat seketika ini.

Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu


pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru
aku akan melaporkan diri di sekolah agama tu nanti. Aku pun masih
terfikir-fikir tentang subjek apa yang akan ku ajar nanti. Risau juga
aku takut-takut nanti subjek yang terlalu sukar untuk aku. Lagi pun
aku manalah ada pengalaman menjadi guru ni. Ni boleh dikira bidang
terjunlah.

Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di
atas tebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan
Bandar Kota Bharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing
sungai Kampung Laut ini. Rumah bapa saudara Nadia ini agak besar
juga. Boleh dikatakan kebanyakan rumah-rumah di kampung ini bertiang
tinggi. Ini bagi mengelakkan daripada ditenggelami air apabila banjir
melanda. Boleh dikatakan bapa saudaranya itu dari kalangan orang
berada juga.

aku agak kepenatan kerana perjalanan yang memakan masa tujuh jam
semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long
Nadia tu selepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila
telingaku disapa suara yang sayup-sayup kedengaran. "Baru bangun tuan
puteri?" Soal Nadia apabila melihat aku menggeliat kemalasan. Dia
baru aje selesai mandi.

"Letih sangat naik bas semalam." Alasanku. Segan juga aku bila
memikirkan anak dara yang bangun tengah hari kat rumah orang ni.
Nanti dikata orang anak dara pemalas pulak.

"Suara apa tu?" Soal aku pada Nadia. "Itu suara orang memberi kuliyah
pagi Jumaat di masjid. kat sini, setiap hari Jumaat ada kuliyah agama
di masjid." Beritahu dia. Baru aku perasan yang rumah pak long Nadia
ni tidaklah jauh sangat jaraknya dari masjid. Masjid utama Kampung
Laut yang didirikan sebagai mengganti Masjid Lama Kampung Laut yang
telah dipindahkan ke Nilam Puri.

"Kenapa?" Soal Nadia agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang


meneliti suara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar
suara masjid itu. " Tak ada apa-apa. Saja tanya." Sebenarnya suara
itu telah mengingatkan aku pada seseorang. Orang yang tidak pernah ku
tatapi dan tengok wajahnya. Namun aku mengenali suaranya. Suara yang
suatu ketika dahulu selalu mengganggu kelancaran dan kelicahan
kehidupan kampusku tetapi telah bertukar menjadi satu suara yang
selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untuk mendengarnya.

"Helo! Boleh saya cakap dengan ustazah Faridah?" Tanya satu suara di
hujung talian sana. "Ustazah Faridah tak ada, tapi Faridah aje
adalah!". aku agak kehairanan kerana tak pernah seorang lelaki
menelefon aku menanyakan nama Ustazah Faridah. "Ah, samalah tu."
Jawab suara itu.
"Saya bukan ustazah, awak jangan nak memandai. Siapa awak ni?!" Geram
rasanya apabila ada orang cuba untuk mempermainkan aku.
"Tak apalah ustazah. Nanti lain kali saya telefon lagi. "…" Talian
dimatikan begitu sahaja tanpa sempat aku berbuat sesuatu. "Aaagh…"
Keluh hatiku. Geram. Ada orang cuba untuk mempermainkan aku dengan
panggilan `ustazah' tu. Pada hal aku tak layak langsung untuk memakai
gelaranku. Dari segi pakaian ku yang lebih ku suka mengenakan seluar
panjang atau jeans dipadankan dengan t-shirt lengan panjang dan skaf
saja. Lagipun aku suka dengan gaya begitu yang membolehkan aku
bergerak lincah. Takkan orang macam aku ni dipanggil ustazah. Tak
padan langsung. Ni dah sah orang cuba untuk mempermain-mainkan aku.

Selang beberapa hari, suara itu menelefonku lagi. Boleh dikatakan


semua gerak-geriku dia tahu. Semacam aku diperhatikan mata-mata gelap
dari Bukit Aman lah pulak. Dah puas aku tanya siapakah tuan empunya
suara, namun banyak dalihnya yang membuatkan aku tidak pernah tahu
siapakah dia. Banyak hal urusan peribadiku cuba dicampurinya. Dari
perjalanan hidup harianku sehinggalah cara aku berurusan dan
berpersatuan termasuklah cara aku berpakaian.

"Siapa awak yang nak cuba campuri urusan peribadi saya hah?!". aku
mula hilang kesabaran bila dah semakin melampau langkahnya itu. Namun
dia masih mampu untuk bertenang dengan sikapku yang mula panas itu.

"Memang saya tahu siapa saya. Saya bukan abang apatah lagi suami
ustazah. Tapi tak salah bukan kalau saya sebagai seorang sahabat cuba
untuk menasihati dan memberikan pendapat?" "Jangan panggil saya
ustazah! Saya dah meluat dengan awak!" "Saya tidak pernah memaksa
ustazah memenuhi ataupun mengikuti nasihat dan pendapat saya. Pilihan
keputusan terletak sepenuhnya di tangan ustazah. Saya tiada hak
walaupun sedikit untuk menentukannya." Dia tidak menghiraukan amaran
dan kemarahanku itu. Dia tetap memanggilku ustazah.

"Ahh, pergi jahanam dengan ustazah awak tu!" Semburan kemarahanku itu
membuatkan aku mematikan talian telefon bimbitku. Selepas kejadian
itu. Aku tidak lagi menerima panggilan dari suara misteri itu.
Sekurang-kurangnya aku berasa sedikit aman sehinggalah pada hari
ulang tahun kelahiran ku yang ke 24. Satu bungkusan telah dikirimkan
ke alamat rumahku di Selayang. Aku agak berdebar bila menerima hadiah
yang tidak tercatat siapakah nama pengirimnya. Apabila kubuka balutan
kotak hadiah itu, kudapati di dalamnya terdapat sepasang baju kurung
bewarna krim, sehelai busana bewarna meron serta dua helai telekong
yang berwarna pink dan putih. Aku terkejut dengan hadiah itu.
Terdapat dalamnya juga sekeping nota ringkas.

"……"
Selamat ulang tahun ke 24 buat Ustazah Faridah binti Mansur. Saya
doakan semoga Allah memanjangkan usia ustazah dengan ketaatan ibadah
serta memurahkan rezeki ustazah dengan yang halal. Amin…..
Pemanggil misteri.

Bagaimana dia boleh tahu tarikh lahir aku. Macam mana pula di
memperolehi alamat rumahku ini. Orang ini memang gila agaknya. Aku
membelek-belek baju dan telekong yang dihadiahkannya kepadaku itu.
"Cantik juga. Macam dia tahu pulak tentang warna kesukaan ku." Bisik
hati ku. Tapi macam mana aku nak memakainya. Baju kurung tu tak
kisahlah sebab aku biasa juga memakainya. Tapi bagaimana dengan
busana dan telekong ni? Nanti apa kata keluarga dan kawan-kawanku.
Aah..kacau-kacau.

"Aii.. termenung saja! Terkenangkan orang jauh ke?" Usikan mak cik
Gayah, mak long Nadia itu membuatkan lamunanku terganggu.
"Takdelah makcik." "Sambil masak pun boleh termenung, nanti gulai
yang kat atas dapur tu boleh hangit tau." Sampuk Nadia pula.
"Mana ada, kamu ni Nadia kalau tak sakat aku tak senang duduk
agaknya." Mak cik Gayah dan Nadia tersengih mendengar jawapanku itu.

Malam itu kami semua berjemaah di masjid. Kata mak cik Gayah, malam
ni ada ustaz jemputan yang akan memberikan ceramah tentang Maulidur
Rasul. Kami agak terlewat ke masjid kerana sibuk di dapur. Jadi
terpaksalah kami memenuhi saf belakang. Agak ramai juga kaum wanita
yang datang ke masjid malam ni. Aku bertakbir ratul ihram pun sewaktu
imam dah mula baca surah fatihah. Sekali lagi aku terpana bila
mendengar suara imam membacakan fatihah. Aku rasa seperti pernah
mendengar suara itu tapi di mana yak. Aku bertakbir menjadi
makmumnya. Terlalu asyik mendengar bacaan imam. Alunannya yang
mengikut lagu yang biasa dibacakan oleh Saad al-Ghamidi dan Sudais.
Aku rasakan bahawa solat maghribku malam itu terlalu pendek dan cepat.

Semasa ceramah maulidur rasul. Aku tidak dapat memberikan sepenuh


tumpuan dan perhatian kerana suara penceramah itu benar-benar
mengganggu ingatanku. "Ustazah nampak sopan bila berbaju kurung
begitu dan lebih bersopan lagi jika berbusana. Jangan hiraukan apa
yang orang kata, tapi ambil hirau tentang apa yang Tuhan kata". aku
terima mesej itu melalui telefon bimbitku. Memang ku tahu siapa
pengirimnya. Hari itu tiba-tiba saja aku terlintas untuk memakai baju
kurung yang dihadiahkan pemanggil misteri itu sewaktu aku menghadiri
kuliyah. Cuma telekong saja yang ku ganti dengan skaf biasa. Agak
kekok juga sebab dah lama aku tak pakai baju kurung. Itu pun ramai
kawan yang tengok pelik saja pada aku. Pelbagai soalan yang mereka
Tanya, tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak layan.

Apa salah baju tu, lagi pun orang yang bagi bukannya aku yang beli.
"Saya harap ustazah pakai begitu bukan kerana saya, tapi ikhlas
kerana Allah." Suara itu mengingatkan aku. "Awak ingat awak tu siapa?
Saya pakai tu kerana saya nak pakailah, tak ada kaitan langsung pun
dengan awak." Tegas aku pada dia. "Baguslah macam tu. Saya harap
ustazah akan terus begini." Itulah suaranya yang terakhir aku dengar.
Selepas itu aku tidak lagi menerima sebarang panggilan misteri
seperti itu sehinggalah sekarang. Cuma kadang-kadang sahaja aku
menerima surat atapun bungkusan yang tidak tercatat nama pengirim dan
alamatnya. Dan aku pasti, itu adalah `dia'. Ke mana sahaja aku pergi,
pasti dia tahu.
Seperti dia sentiasa mengekori dan memerhatikan aku. Sebelum aku
bertolak ke Kelantan pun aku ada menerima satu bungkusan yang
bersetemkan luar negeri. Di dalamnya aku dapati terdapat dua buah
buku yang bertajuk Fitnah Wanita dan Bakal Wanita Syurga. Juga
terdapat sekeping nota ringkas bersama bungkusan itu.

"...."
Di harapkan ustazah sudi menerima hadiah dari saya ini sebagai ucapan
tahniah saya kerana ustazah telah terpilih untuk menjadi guru
sandaran. Semoga ada manfaatnya buku ini kepada ustazah.
Pemanggil misteri.

aku tidak lagi menaruh sebarang kebencian kepada pemanggil itu.


Sebarang hadiah atau pemberian darinya aku terima dengan rela hati.
Sekurang-kurangnya aku tidak payah membeli untuk itu. Teringin juga
aku untuk bertemu dan mengenali siapakah sebenarnya `pemanggil
misteri' itu. Misteri sangatkah dia sampai dia tidak mahu
memperkenalkan dirinya kepadaku? Namun aku sangat berharap agar suatu
hari nanti aku akan menemuinya.

"Masa kat masjid lagi mak cik lihat Idah asyik termenung. Kenapa ni?"
Tanya orang tua itu sewaktu kami berjalan pulang dari masjid
"Tak ada apa-apa lah mak cik. Badan ni yang masih penat lagi ni."
Alasanku padanya. "Yealah tu. Macamlah aku tak tahu. Nak sorok kat
siapa hah?!" Nadia mula nak buka `gelanggang' denganku.
"Kalau ada pun. Aku ingat kat famili aku sajalah." Seboleh-bolehnya
aku tidak mahu orang lain tahu keadaan sebenarnya.

"Habis tu si pemanggil misteri tu siapa?" Rupa-rupanya Nadia sudah


mengetahui tentang hal itu. Tapi dari mana dia tahu. Aku rasa. Aku
tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang `pemanggil misteri' itu.
Semenjak aku menjawat jawatan guru sandaran ni, jadual harianku telah
berubah. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai persediaan
untuk mengajar. Aku tak sangka apabila telah diarahkan oleh pihak
pentadbir sekolah untuk mengajar subjek Tasawur Islam untuk tingkatan
4 dan Pendidikan Islam untuk tingkatan 3. Pada mulanya aku minta
ditukar untuk mata pelajaran lain tapi aku tidak ada pilihan lain.
Maka aku terpaksa menerima panggilan `ustazah' itu. Ah Kenapa ini
boleh berlaku. Sebelum ini, panggilan itu agak terlalu janggal untuk
aku. Tapi setelah beberapa lama aku mengajar. Aku sudah lali dan
mungkin boleh juga dikatakan agak serasi denganku.

Namun aku terpaksa melakukan banyak perubahan terhadap penampilan dan


peribadiku agar ia benar-benar secocok dengan panggilan itu. Aku
tidak lagi selincah di kampus dulu. Keadaan berpakaian pun sudah
berubah. Seluar, jeans dan t-shirt hanya kat rumah dan apabila
bersama keluarga sahaja. Keluar aje dari rumah. Aku akan mengenakan
baju kurung ataupun busana. Skaf telah ku ganti dengan tudung. Pada
mulanya aku agak rimas berpakaian begitu, namun keadaan yang telah
memaksa aku untuk berbuat demikian. Aku benar-benar berubah. Aku
bukan lagi seperti Faridah yang dikenali sewaktu di kampus dulu. Oleh
itu ramai teman-teman rapatku yang agak terkejut dengan perubahanku
ini. Tidak kurang pula yang bersyukur pada Tuhan kerana telah
membukakan pintu hidayahnya kepadaku.

aku juga telah memaklumkan pada keluargaku, mereka tidak membantah.


Malah mereka juga turut bersyukur. Cuma mereka harap aku
melakukannnya atas dasar kesedaran dan keikhlasan serta istiqamah
kerana Tuhan. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi kerbau. Di antara
orang yang paling gembira dengan perubahanku itu ialah `pemanggil
misteri' itu.

"Syukur dan syabas saya ucapkan kerana ustazah telah berubah."


Ucapnya melalui telefon setelah sekian lama dia tidak menghubungiku
melalui telefon. "Terima kasih saya ucapkan pada awak kerana telah
banyak mengubah peribadi saya." Ucapku ikhlas. "Itu tugas saya
sebagai seorang sahabat." "Tapi bilakah saya dapat mengenali siapakah
awak yang sebenarnya?". aku sememang dah tidak sabar untuk mengetahui
siapakah dirinya yang sebenar. "InsyaAllah, bila sampai ketentuanNya
nanti tetap ustazah akan tahu juga siapa saya." Itulah jawapan yang
selalu aku perolehi darinya apabila soalan demikian aku kemukakan.

"Dah lama awak tak hubungi saya, ke mana awak pergi?" Tanyaku.
"Saya keluar negeri, sambung pengajian." Patutlah surat dan bungkusan
darinya dulu bersetemkan setem Australia. Itulah pertama kali aku
dengar suaranya setelah kira-kira lebih dua tahun dia tidak
menelefonku. Hanya surat yang menjadi perantaraan. Itupun suratnya
untuk aku sahaja. Aku pula tidak pernah mengirimkan sepucuk surat pun
kepadanya kerana aku tidak tahu kepada siapa patut aku tujukan dan
alamatnya pun entah di mana. Dia tidak pernah memberikannya kepadaku.

Malam itu, ibu ada menelefonku. Dia tanya sama ada aku balik atau
tidak pada cuti tahun baru cina nanti. Aku kata, kalau ikutkan
perancanganku memang nak balik. Tapi tak tahulah agaknya-agaknya ada
hal pulak nanti. "Kenapa?" Soalku pada ibu. "Ada orang nak datang
tengok angah." Jawapan ringkas ibu itu telah cukup untuk membuatkan
aku terkejut besar. Aku memang tak sangka. Jantung ku berdegup
kencang. "Angah belum bersedia lagi untuk berumah tangga bu.". aku
masih mahu bebas dari ikatan itu. "Ibu tak paksa angah untuk terima,
tapi baliklah dulu. Kita tengok, lepas itu angah yang buat
keputusannya nanti. Ibu dan abah terima saja." Pujuk ibu. Terasa
sedikit kekuatan dengan jaminan yang diberikan ibu itu.

Kalau boleh. Aku ingin menentukan sendiri pasangan hidupku tanpa


sebarang paksaan dari kedua orang tuaku. Semenjak dari pengkhabaran
ibu itu. Aku begitu berdebar untuk menunggu cuti tahun baru cina yang
hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Aku lebih banyak termenung
memikirkan hal itu. Setiap kali aku balik dari mengajar ke rumah sewa
aku di Kampung Kota Kubang Labu. Aku lebih suka bersendirian dalam
bilik. Nadia merasa pelik dengan perubahan mendadak ku itu. Aku
menceritakan sebabnya kepada Nadia.

"Bersabarlah. Apa nak dirisaukan, ibu engkau dah beri jaminan bahawa
dia tak memaksa. Jadi pilihannya di tangan engkau sendiri." Nasihat
Nadia. "aku risau sebab aku takut untuk mengingkari harapan mereka."
Mulai hari itu juga. Aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan
memberikan kekuatan kepadaku.

Ya Allah, sekiranya Engkau telah menentukan jodohku, maka aku harap


Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh. Mampu membimbing
aku dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini.
Ya Allah, bantulah aku dalam menentukan perkara ini. Janganlah Engkau
biarkan diriku sendiri menentukan perjalanan hidupku walau hanya
sekelip mata. Aku memohon dariMu kebaikan yang berpanjangan dan
bahagia yang berkekalan.

Kepulanganku ke rumah di Selayang disambut gembira dengan seisi


keluarga. Semuanya berkumpul, tambah-tambah lagi kerana cuti tahun
baru cina. Lagipun mereka semua ingin tahu siapakah gerangan yang
mahu datang itu. Abang long, abang chik semua balik. Kakak ipar dan
anak buah juga tidak ketinggalan untuk turut serta.

"Tak lama lagi, Man dapat abang iparlah. Ibu kan!" Itu suara adikku
si Rahman. "Ish kamu ni Man. Tak boleh ke kalau tak usik angah tu."
Ibu cuba membelaku. Aku hanya melayan perasaan. Perasaanku berbelah
bagi. Entah apa keputusan yang akan kuberikan kepada abah dan ibu
nanti. "Ibu tak memaksa angah untuk menerimanya. Angah yang akan
menentukannya sendiri." Ibu mengulangi jaminannya padaku sewaktu dia
melihatku murung.

"Along terima siapa sahaja yang menjadi pilihan angah untuk jadi
suami. Suami angah adalah adik ipar along juga." Kata along sambil
menepuk-nepuk bahuku. "Acik pun macam tu juga. Kami nak tengok angah
bahagia. Itu sudah memadai bagi kami." Sokong Acik pula. Sekarang aku
benar-benar yakin bahawa aku memiliki sepenuh kuasa untuk
menentukannya. Semua keluarga menyokong aku. Sekurang-kurangnya ia
membuatkan aku berasa lega.

Semua ahli keluargaku sibuk untuk menyediakan jamuan keluarga sempena


kedatangan tetamu yang begitu mendebarkan hatiku itu. Mengikut kata
ibu, mereka akan datang lepas maghrib dan akan makan malam bersama-
sama keluargaku. Apabila masuk waktu maghrib, semua ahli keluargaku
berjemaah di rumah. Abah yang jadi imam dan along yang jadi bilal.
Cuma aku saja yang terkecuali sebab uzur. Jadi kenalah aku tengok-
tengokkan Ain, anak saudaraku yang baru berumur 9 bulan. Makin tak
keruan aje rasanya jiwa ini. Tapi bila memikirkan yang semua ahli
keluarga menyebelahiku. Aku rasa bersemangat. Aku begitu gembira bila
berpeluang untuk berkumpul dengan seluruh ahli keluargaku ini. Aku
sangat bangga mempunyai keluarga yang sebahagia ini. Dan doaku semoga
keluarga yang akan kubina nanti sekurang-kurangnya akan menjadi
seperti keluargaku ini.

Sewaktu, azan Isyak berkumandang dari Masjid Selayang kedengaran ada


orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku.
Aku malu, takut dan segan. Semua jenis perasaan mula berkumpul di
hati ini. Badanku terasa seram sejuk dan panas serta-merta. Aku tak
tahu apa yang mereka kat luar tu bincangkan. Cuma terdengar suara
hilai ketawa sahaja. Selang beberapa minit. Aku terdengar suara orang
bertakbir.

"Seperti suara yang pernah kudengar." Bisik hatiku sendirian.


Kemudian, diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah yang dialunkan
mengikut bacaan Saad al-Ghamidi. "Ya Allah! Siapakah dia?" Hatiku
semakin kuat tertanya-tanya siapakah sebenarnya empunya suara.
Seperti suatu suara yang selalu kudengar. Seperti suara yang sering
menasihatiku itu.

"Ya Allah. Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku


suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh
kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah
dalam mengharungi arus deras ini." "Ya Allah! Kiranya dia adalah
utusan dan ketentuanMu buatku. Aku harap Engkau permudahkanlah dan
bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia
ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya.
Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar
hatiku bisa tabah menerimanya." "Ya Allah! Sesungguhnya aku redha
dengan segala ketentuanMu buatku. Amin…."

Ketukan pintu bilikku membuatkan aku terkejut. Ibu masuk merapatiku.


"Marilah keluar! Mereka mahu kenal angah." Bisik ibu perlahan. Aku
merenung ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk
lembut, terseyum memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air
mataku yang mengalir perlahan. "Sudahlah. Ibu ada bersama angah. Usah
takut." Pujuk ibu lagi. Aku bangun perlahan seperti tidak bermaya.
Mengenakan jubah yang baru siap aku tempah dan telekong pink. Inilah
kali pertama aku mengenakan jubah. Aku lap mukaku dengan tisu untuk
menghilangkan sisa-sisa air mata.

aku memandang ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk
menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak
berani untuk melihat siapakah tetamu itu. Ibu memimpin aku ke ruang
tempat kami sentiasa solat. Rupa-rupanya mereka semua menunggu aku di
situ. Aku duduk bersimpuh di sisi ibu dan diapit oleh kak long serta
kak chik. Tetamu itu duduk bersetentangan denganku. Pada agakkanku,
dia sedang memerhatikan gerak-geriku. Aku tidak berani untuk
mengangkat mukaku untuk memandangnya.

"Pak cik! Izinkan saya untuk bercakap dengan Faridah sekejap." Tetamu
itu memohon keizinan dari abah. "Silakan." Keizinan yang diberikan
abah itu membuatkan aku berdebar-debar. Tetamu itu merapatiku dan
kini dia betul-betul bersila di hadapanku. Aku dapat mendengar bunyi
nafasnya dan dapat menciumi bau minyak athar yang dipakainya.

"Ya Allah! Tenangkanlah hatiku dan tolonglah aku di saat ini. Ya


Allah. Aku benar-benar bermohon kepadamu." Doa hatiku. "Ustazah
Faridah! Jika ini dinamakan takdir, maka telah tiba masanya ustazah
mengenali saya." Betulkah suara itu yang aku dengar. Aku belum mampu
untuk memandang wajahnya. Tapi suara itu membuatkan hatiku bergetar.
"Dulu saya bukanlah abang apatah lagi suami ustazah, tapi sekarang
saya datang untuk mengambil ustazah sebagai suri hidup saya."
"Ya Allah! Benarkah seperti apa yang aku dengar sekarang ini? Ini
benar-benar suara dia. Aku yakin, memang inilah suara dia." Bisik
hatiku.

`Sudikah ustazah membukakan pintu hati ustazah untuk menerima cinta


dan kasih sayang saya kerana Allah?" Soalnya perlahan. Perlahan-lahan
aku mendongak mukaku dan pandangan kami bertembung. "Haikal!" Bisikku
perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir. "Ya
Allah! Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini
dengan penuh redhaku."

aku berpaling pada ibu. Ibu memandangku dengan penuh kasih sayang.
Aku memeluknya erat. "Ibu, angah dah bersedia untuk jadi seorang
isteri bu!" Bisikku perlahan. Ibu memelukku erat tanda akur dengan
kehendak dan keputusanku.

(penulis asal)
seruling senja....

Anda mungkin juga menyukai