Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Terima
kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Saya ___________________dari Sekolah kebangsaan Duyong
Kuala Terengganu. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “ Singa yang Sombong”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.


Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.

Di dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya


yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak
haiwan yang telah menjadi mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah
mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk
menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun
dan bersuara. “ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin
terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa
yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak
menewaskan singa itu. “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “
Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan
bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.”
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. “Selain saya,
siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan
-kawannya. Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain
yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang
Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang
gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk


menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat,
mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang
menghampiri Singa. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani. “ Engkau nak berlawan
dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.

“ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang
kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan
penuh semangat. “ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan
pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih.
Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang
hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya
mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak
lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang
bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.

Ingat kawan-kawan,

1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak
semestinya lemah.

2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah

3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak,
besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat
mengalahkan kekuatan fizikal.

. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai