Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI

TAHAP : 1

TAJUK: SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam


sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang saya hormati para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Singa


Yang Sombong”. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar,
dengar-dengarkan, Yang terdengar fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.


Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut
kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.
Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu
perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan
singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun
dan bersuara.

“Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin


terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama
berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu”
“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.“ Siapa
ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil .

Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-


kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.”

Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan


Tebuan.

“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri,


silakan.” Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing
tunduk diam.

“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang


Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai
wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang
gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk


menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu
tempat, mereka ternampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

“Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani.

“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil


ketawa. “Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan
azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang
besar.” Jawab Tebuan penuh semangat.
“Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa


itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya.
Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil
kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung
singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang
hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali
tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin
kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati
kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak
kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.

Ingat kawan-kawan,

1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang


kecil tidak semestinya lemah.

2. Kita tidak boleh bersikap malas, berusahalah.

3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan, kecik jangan


disangka anak, besar jangan disangka bapa. Akal yang cerdik dan
semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai