Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Terima kasih Pengerusi


Majlis. Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita
bertajuk “ Singa yang Sombong”.

Dalam sebuah hutan, ada seekor singa yang sombong. Badannya besar
dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.

Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu


perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa
yang ganas itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai
kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin bahaya. Semakin
ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang jahat itu.

Kita mesti berfikir bersama-sama bagaimana untuk


menewaskan singa itu. Tiba-tiba tebuan bersuara, “
Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba.” Haiwan lain
ketawa.

“Selain saya, siapakah yang berani buat, silakan.” Tebuan


mencabar kawanya. Semua tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada
haiwan lain yang berani, marilah kita sama-sama menyokong Sang
Tebuan” Kata Sang Kancil.

Pada hari esoknya, semua penghuni rimba keluar untuk melihat


pertarungan antara Singa dan Tebuan. Mereka tenampak Singa masih
tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani. “ Engkau nak
berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa. Ha ha ha ha

“Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan
dapat kalahkan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan .“ Baiklah,
kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu


berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama
kelamaan Singa itu menjadi letih. Dengan pantas ia masuk ke dalam
lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari
lubang hidungnya.

Singa itu meraung kesakitan. Semakin lama, semakin kuat


gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan
yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan.

Ingat kawan-kawan, pesan saya.

Pertama, orang yang kecil tidak semestinya lemah.

Kedua, kita tidak boleh bersikap malas.

Ketiga, kita mesti rajin usaha.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai