Anda di halaman 1dari 6

Teks Bercerita Tahap 1 SJKC Chung Kwok

Singa Yang Sombong

Salam Sejahtera, terima kasih pengerusi majlis.


Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Singa


yang Sombong”

Yang terlena, sedar-sedarkan,


Yang tersedar, dengar-dengarkan,
Yang terdengar, fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.


Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan
takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi
mangsanya.

Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu


perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk
menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba
Sang Kancil bangun dan bersuara.

Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin


terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang
menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita
sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa
itu. “Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.
“Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil. Semua
terdiam. “Tiba-tiba tebuan bersuara, “Wahai kawan-kawan,
biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa
sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.”


Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk
diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani
menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang
Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut
dengan tepukan Sang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk


menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di
suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah
pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

“Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani. “Engkau
nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.
Belum cuba, belum tahu. walaupun aku kecil, tapi dengan
azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu
yang besar.” Jawab Tebuan penuh semangat.

“Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan


pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu
berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak
berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan
mengambil kesempatan ini dengan pantas ia masuk ke dalam
lubang hidung singa Sang luas itu. Lalu menyengat Singa itu
dari lubang hidungnya.

Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi


tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin
kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun
mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak
kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.
Ingat kawan-kawan,

1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang


kecil tidak semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusaha.
3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan....kecil jangan


disangka anak, besar jangan disangka bapa....akal yang cerdik
dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal….

Sekian, terima kasih.


Teks Bercerita Tahap 1 SJKC Chung Kwok
“Singa Yang Sombong”

Salam Sejahtera, terima kasih pengerusi majlis.


Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk “Singa yang Sombong”

Yang terlena, sedar-sedarkan,


Yang tersedar, dengar-dengarkan,
Yang terdengar, fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.


Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan
takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi
mangsanya.

Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu


perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk
menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba
Sang Kancil bangun dan bersuara. Dia memberi amaran
bahawa kehidupan haiwan di hutan kini semakin terancam.
Semakin lama, semakin banyak binatang yang menjadi mangsa
singa yang zalim itu. Oleh itu, Sang Kancil mengajak haiwan
lain sama-sama berfikir cara untuk menewaskan singa itu.
Haiwan lain sedia membantu.
Tiba-tiba Tebuan bersuara. Dia menawarkan diri untuk
menewaskan singa itu. Namun, haiwan lain ketawa sambil
memperkecilkan kebolehan Tebuan.

Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk


diam. Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani
menentang Singa, haiwan-haiwan lain sama-sama menyokong
Sang Tebuan sebagai wira mereka.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk


menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di
suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah
pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

Tebuan dengan berani mencabar Singa untuk berlawan


dengannya. Singa itu kehairanan sambil ketawa. Walaupun
badan Tebuan kecil, tapi dengan azam yang kuat, Tebuan
yakin akan dapat menewaskan Singa.

Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-


pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama
kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil
kesempatan ini dengan pantas ia masuk ke dalam lubang
hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari
lubang hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi
tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin
kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun
mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak
kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.
Ingat kawan-kawan:

1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang


kecil tidak semestinya lemah.
2. Kita haruslah berani melawan kejahatan contohnya
amalan rasuah.
3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan....kecil jangan


disangka anak, besar jangan disangka bapa....akal yang cerdik
dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal….

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai