Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : Singa Yang Sombong

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Nama saya


_________________________________. Saya berumur
___________________. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri
Mahligai.

Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk

“Singa yang Sombong”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.

Yang tersedar, dengar-dengarkan

Yang terdengar fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya


yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya.
Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.

Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu


perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa
yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.
“ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam.
Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang
zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak
menewaskan singa itu. “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan
yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah
saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil
memperkecilkan kebolehan Tebuan. “Selain saya, siapakah yang
berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan-kawannya.
Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain
yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang
Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan
tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk


menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat,
mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun
terbang menghampiri Singa. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku
mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani.
“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa. “
Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat,
aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan
penuh semangat. “ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata
Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu
berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama
kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini.
Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu
menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung
kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan
Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama
kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang
bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.

Kawan-kawan yang saya sayangi sekalian,

Daripada cerita ini, terdapat beberapa pengajaran yang kita dapat pelajari.

Yang pertama, orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang
kecil tidak semestinya lemah.

Yang kedua, kita mestilah sentiasa berusaha jika ingin berjaya dalam
kehidupan.

Sebelum mengundur diri marilah kita fikirkan....

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang
cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal..

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai