Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih pengerusi majlis.

Yang
saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya
akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Singa yang
Sombong”. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-
dengarkan. Yang terdengar, fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.


Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut
kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.

Pada suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu


perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa
yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba, Sang Kancil bangun dan
bersuara. “Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin
terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir,
bagaimana hendak menewaskan singa itu. “Ya, kami sedia membantu”
jawab haiwan yang lain. “Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang
Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “Wahai kawan-
kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa
sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. “Selain saya, siapakah yang
berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan-kawannya.
Masing-masing tunduk diam. “Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang
berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang
Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan
tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk


menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu
tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri Singa. “Hai Singa yang zalim. Hari ini
aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan
berani. “Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil
ketawa. “Belum cuba, belum tahu. Walau pun aku kecil, tapi dengan
azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang
besar.” Jawab Tebuan penuh semangat. “Baiklah, kalau engkau berani,
marilah.” Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi
Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi
tidak berjaya. Lama kelamaan, Singa itu menjadi letih. Tebuan
mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang
hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang
hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Singa bersin beberapa kali
tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat
gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan
yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka
menyanjung keberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan,

1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak
semestinya lemah.

2. Kita tidak boleh bersikap malas berusaha.

3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecil jangan disangka


anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat
kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai