Anda di halaman 1dari 2

Singa yang Sombong

Selamat pagi dan Salam Sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis. Yang saya hormati para
hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk Singa yang Sombong. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-
dengarkan Yang terdengar fikir-fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan
kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi
mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan.
Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-
tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.

Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin
ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-
sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu.

Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain. Siapa ada cadangan, silakan
kata Sang Kancil. Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah
saya cuba menewaskan singa itu.

Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. Selain saya, siapakah yang
berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing
tunduk diam.

Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama
menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan
yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan
antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di
bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa.

Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku. Kata
Tebuan dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa.
Belum cuba, belum tahu. Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat
menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh semangat. Baiklah,
kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan
mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas
itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia
bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin
kuat gigitan Tebuan itu.

Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan. Semua binatang bersorak kegembiraan.
Mereka menyanjung keberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan,

1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah

3. Kita mesti berusaha jika ingin berjaya. Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecil
jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa. Akal yang cerdik dan semangat kental
dapat mengalahkan kekuatan fizikal..

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai