Anda di halaman 1dari 1

MONYET YANG NAKAL

“Tolong berhenti!’’ rayu monyet. ``Tolong jangan sembur aku dengan air lagi!’’

Hai kawan-kawan, nak tahu mengapa monyet disembur dengan air? Ha, dengar ya
cerita saya hari ini bertajuk Monyet yang nakal.

Terima kasih kepada pengerusi majlis, para hakim yang bijaksana, penjaga masa yang
patuh, para guru dan kawan-kawan yang disayangi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Suatu hari, seekor monyet sedang bermain berdekatan sungai. Tiba-tiba, dia
terdengar bunyi bising. Dia lalu mendongak ke atas. Rupa-rupanya, seekor gajah sedang
menuju ke sungai. Monyet terfikir untuk mempermainkan gajah.

Monyet mengutip beberapa ketul batu dan memanjat ke atas sebatang pokok. Dia
menunggu sehingga gajah sampai.

Selepas itu, monyet pun membaling seketul batu ke arah gajah dan menyorok di atas
pokok. Batu itu mengenai belakang gajah.

Gajah itu sangat terkejut , tetapi dia tidak melihat sesiapa. Dia menggelengkan
kepala dan terus berjalan. Monyet yang nakal itu tersenyum dan ketawa. Kemudian, dia
membaling seketul lagi batu ke arah gajah.

Kali ini, batu itu mengenai kepala gajah. Gajah yang marah terus melihat ke atas
pokok. Dia ternampak monyet sedang menyorok di atas pokok.

“Hmmm, aku harus memberikan pengajaran kepada monyet supaya tidak sesuka hati
menpermainkan haiwan lain. Gajah lalu menyedut air dari sungai dengan belalainya.

Dari atas pokok, monyet ketawa. ``Ha, ha, ha! Kamu tidak boleh menangkap aku!’’
jeritnya. Gajah mengangkat belalainya dan menyembur air ke arah monyet sehingga dia
terjatuh dari pokok.

Ketika monyet yang jatuh itu terjatuh ke tanah, gajah menyemburkan lebih banyak air
ke arahnya. “Tolong berhenti!’’ rayu monyet. “Tolong jangan sembur aku dengan air lagi!’’

Gajah berkata, ”Sekarang bagaimana rasanya apabila dipermainkan!’’ “Minta maaf


gajah, aku berjanji tidak akan buat lagi” kata monyet yang menyesal dengan
perbuatannya.

Begitulah ceritanya kawan-kawan tentang monyet yang nakal. Dari cerita yang saya
sampaikan tadi, banyak pengajaran yang boleh kita amalkan

Yang pertama, janganlah kita sesuka hati mempermainkan orang lain kerana boleh
menyebabkan kawan-kawan kita cedera. Lagipun, mungkin tidak ada orang mahu
berkawan dengan kita lagi.

Yang kedua, jika bergurau jangan berlebihan ya kawan-kawan. Kerana kadang-


kadang kita tidak sedar gurauan kita mungkin menguris hati. Mana tahu akan terjadi
pergaduhan.

Sekian, Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai