Anda di halaman 1dari 4

Anak Ikan Yang Suka Menipu

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal yang bernama

Si Nemo. Si Nemo tidak disukai rakan-rakannya kerana ia suka menipu.

Selalunya ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Si Nemo akan

menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu lari

ketakutan. Si Nemo berasa seronok dan mentertawakan rakannya.

Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Sebab itulah mereka

mempercayai Si Nemo, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Si

Nemo.

Pada suatu hari, Si Nemo ingin mempermainkan mereka seperti

biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung di belakangnya. Namun Si Nemo

tidak menyedari kehadiran jerung itu.

“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan kecil. Ikan-

ikan itu lari lalu bersembunyi di celah batu. Si Nemo tidak

menghiraukan jeritan rakan-rakannya. Ia menyangka mereka cuba

mempermain-mainkannya.

“Ish! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua

mempermain-mainkan aku!” jerit Si Nemo. Jerung itu berenang

menghampiri Si Nemo. Si Nemo tidak sempat melarikan diri. Akhirnya,

ia dimakan oleh jerung itu.


Arnab Yang Pemalas

Di sebuah hutan, tinggal seekor arnab dan seekor tupai. Mereka ialah

rakan baik. Mereka selalu bermain bersama-sama.

Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Arnab, mari kita

buat sarang. Nampaknya, musim hujan sudah tiba.” “Ya, betul kata

awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab.

Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Mereka basah dan

kesejukan. ”Jika kita ada sar ang, tentu kita tak akan basah begini,

”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita buatlah

sarang,” kata arnab lagi.

Keesokan pagi, tupai mengajak arnab membuat sarang. “Nantilah.

Kita masih ada banyak masa lagi. Jom kita pergi cari makanan. Saya

sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng kepala melihat sikap

sahabatnya itu. Tupai tidak menghiraukan arnab dan rajin membuat

sarangnya di atas pokok.

Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai berehat dengan selesa di

dalam sarangnya. Tetapi, arnab basah kuyup kerana tiada tempat

berteduh. “Alangkah baiknya jika saya membuat sarang tadi. Saya tak

mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalas itu

menyesal.
Anak Arnab Yang Hilang

Di dalam sebuah hutan, tinggal Ibu Arnab, Si Tupai dan Pak

Beruang. Mereka hidup berjiran. Pada setiap pagi, Si Tupai dan Pak

Beruang sentiasa membuat bising. Ibu arnab berasa marah dan

berpindah ke tempat lain.

Pada suatu hari, Si Musang yang lapar telah melarikan anak Ibu

Arnab. Ibu Arnab terkejut dan menjerit “Tolong! Tolong!”. Malangnya,

Pak Beruang dan Si Tupai tidak sempat menyelamatkan anak arnab.

“Tolong selamatkan anak saya!.” Ibu Arnab berkata dengan sedih. Si

Tupai dan Pak Beruang berkata, “Ibu Arnab, jangan risau. Kami mesti

selamatkan anak awak.”

Si Tupai dengan segera memanjat pokok dan ternampak Si

Musang bersembunyi di belakang bukit. Mereka segera mengejar Si

Musang. Pak Beruang berdiri dan berteriak kepada Si Musang.

“Rarrrrrrrr! Lepaskan Anak Arnab!”. Si Musang ketakutan lalu

melepaskan Anak Arnab. Ibu Arnab memeluk anaknya.

Akhirnya, ibu Arnab mengucapkan terima kasih kepada Pak

Beruang dan Si Tupai. Mereka hidup berjiran semula.

Anda mungkin juga menyukai