Anda di halaman 1dari 2

Kisah Pemburu dan Ibu Rusa

Pada zaman dahulu ada seorang pesuruh raja. Dia suka memburu. Dia
mempunyai seekor kuda. Dia selalu menunggang kudanya pergi memburu.
Suatu hari, pemburu itu pergi ke hutan. Dia mencari binatang untuk di
buru. Tiba-tiba, dia ternampak seekor anak rusa. "Comelnya anak rusa
itu,tentu anak-anakku suka padanya," kata pemburu itu. Perlahan-lahan dia
menghampiri anak rusa itu dan terus menangkapnya. Anak rusa itu meronta-
ronta untuk melepaskan diri. Tetapi pemburu itu memegangnya dengan
kuat. Dia mengikat anak rusa itu di belakang kudanya untuk dibawa pulang.
Ibu rusa mencari anaknya kesana dan kemari. Ia sangat sedih kerana
anaknya hilang. Tiba-tiba, ibu rusa ternampak anaknya di belakang kuda si
pemburu. Ia pun mengejar tanpa rasa takut lalu menghampiri pemburu itu.
Ia merenung anaknya dengan sedih. Ibu rusa mahu anaknya kembali. Anak
rusa menangis teresak-esak diatas belakang kuda tanpa dapat bergerak
kerana keempat-empat kakinya diikat. Pemburu sangat sedih melihat ibu
rusa dan anaknya.
Akhirnya Si pemburu melepaskan ikatan pada anak rusa. Anak rusa
melompat dan terus berlari mendapatkan ibunya. Ibu rusa menjilat anaknya
dengan penuh kasih sayang. Ibu rusa dan anaknya sangat gembira kerana
dapat bersama kembali.

Sebagai pengajaran daripada cerita tadi ialah kita mestilah saling
menyayangi antara satu sama lain.








Kisah Dua Sahabat

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor
arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa
bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab,
Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila
hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi
biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan
turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah
pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu
kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak,
jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi.
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab
menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat
sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita
masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan.
Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap
sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan
arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah
baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat
sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.
Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.
Sebagai pengajaran, kita mestilah rajin berusaha
bersungguh-sungguh supaya tidak akan rugi di hari kelak.

Anda mungkin juga menyukai