Anda di halaman 1dari 45

ELM 3103

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN


MATAPELAJARAN PENDIDIKAN
MORAL DI SEKOLAH
BY:
ANIS NADIRAH
FATEEN AMEERA
NOOR SYUHADAH
NORZIELA
LOW XIANG YEIN
RACHEL LIM JIA WEN
5 PISMP TESL 1
TUGASAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Peranan guru Pendidikan Moral dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rukunegara.
Peranan guru Pendidikan Moral dalam
merealisasikan Rukunegara.
Wawasan 2020
Peranan guru Pendidikan Moral dalam
merealisasikan Wawasan 2020
Kod Etika Perguruan
Peranan guru Pendidikan Moral dalam
merealisasikan Kod Etika Perguruan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Tercetus pada 1979 menerusi Laporan
Jawatankuasa Kabinet
Mengandungi prinsip, nilai, hala tuju pendidikan
Pentingnya kita mempunyai suatu falsafah
pendidikan yang menekankan pembangunan
kemanusiaan
Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-
unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek
pembangunan
Terdapat 3 dasar yg mengstrukturkan FPK
Rukunegara
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan
berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber
aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam
bidang pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Matlamat FPK
Bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri
berikut:
1. Percaya dan patuh kepada Tuhan
2. Berilmu pengetahuan
3. Berakhlak mulia
4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama
dan negara
5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang
kaum

Implikasi terhadap pendidik

Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya
untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan
dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
meliputi :

Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri
dengan pandangan dan visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan
dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Perubahan profesional dengan mengubah
strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai
untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan serta berakhlak
mulia.
Secara umum, guru memikul tanggungjawab
terhadap masyarakat sebagai agen sosialisasi dan
penyebar budaya ilmu yang membawa
perkembangan dan kemajuan masyarakatnya.
Antara tanggungjawab yang dipikul oleh guru P.
Moral adalah:
1. Mengelakkan daripada menyebarkan ajaran
yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. (Contoh: Isu perkauman)
Peranan guru P. M dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2. Memupuk sikap dan nilai yang terkandung di
dalam sukatan dalam diri setiap pelajar supaya
membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang-orang yang
lebih tua dan menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Mengadakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral yang
mendorong kepada perkembangan kesemua
aspek JERI, iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan
Intelek.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman
di antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat. (Contoh:
Perjumpaan bersama ibu bapa)
5. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan
yang diterima oleh masyarakat dan menjadi
contoh teladan kepada murid-murid.


Dalam usaha mengembangkan aspek intelek
seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), guru besar pula
memainkan peranan yang penting dalam
bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta
pentadbiran.
Guru besar perlu bertanggungjawab terhadap
segala aktiviti yang beroperasi di sekolah yang
meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum,
kokurikulum, keadaan persekitaran,
kakitangan dan pelajar.

Rukunegara
Rukunegara adalah ikrar pegangan negara yang
dijadikan garis panduan dalam usaha membina
negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan
pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong
keempat.

Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip yang berikut:




1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

"Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-
cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.


Guru P. Moral haruslah memperkenalkan
kelima-lima prinsip rukun negara kepada
pelajar.
Guru juga perlu bersikap adil dan sensitif
terhadap pegangan agama pelajar. (Contoh:
tidak menyebelahi atau mempertikaikan
agama dan kepercayaan pelajar.)


Peranan guru P. Moral dalam merealisasikan
Rukun Negara
Guru menanamkan semangat patriotisme
dalam kalangan pelajar. (Contoh: menyelitkan
elemen sejaran dalam proses P&P)
Guru menegaskan tentang kepentingan
mematuhi undang-undang. (Contoh:
menggalakkan pelajar mematuhi undang-
undang bermula dari peringkat kelas, sekolah
seterusnya negara)
Guru haruskan menunjukkan contoh teladan
yang baik kepada pelajar dari segi adap sopan.
(Contoh: berinteraksi secara berhemah
dengan pelajar)
Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau
diasuh serta diserapkan nilai-nilai murni dan
norma-norma masyarakat dalam proses
pendidikan dan mengamalkannya dalam
kehidupan mereka demi mewujudkan
perpaduan di antara kaum.

WAWASAN 2020
Pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri
telah membentangkan satu kertas kerja
bertajuk "Malaysia-Melangkah ke Hadapan"
yang mengandungi satu pemikiran dan
rangka kerja mengenai matlamat Malaysia
menjadi sebuah negara maju pada tahun
2020.
Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".
Sembilan Cabaran WAWASAN 2020
1)Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang
mempunyai matlamat yang serupa dan
dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara
yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni,
berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan
didokong oleh satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara.

2)Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas,
tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang
dicapai serta gagah menghadapi pelbagai
masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat
dikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan, sedar semua kemampuannya,
tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati
oleh rakyat negara lain.

3)Mewujud dan membangunkan masyarakat
demokratik yang matang, mengamalkan satu
bentuk persefahaman yang matang,
demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat
yang boleh menjadi contoh kepada banyak
negara membangun.
4)Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya
bermoral dan beretika, yang mana
warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan
kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling
tinggi
5)Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak
ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama masing-masing dan pada
masa yang sama, meletakkan kesetiaan
mereka kepada satu negara.

6)Mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke depan, yang bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
7)Mewujudkan masyarakat penyayang dan
budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mana kepentingan masyarakat lebih utama
daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak
berkisar kepada negara atau individu tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.

8)Memastikan masyarakat yang adil dalam
bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara
secara adil dan saksama di mana wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat
dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat
sedemikian tidak akan wujud jika masih ada
pengenalan kaum berdasarkan fungsi
ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi
berdasarkan kaum.

9) Mewujudkan masyarakat makmur yang
mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat
dan kental.
Peranan guru P. Moral dalam
merealisasikan Wawasan 2020
Bagi merealisasikan cabaran Pertama, guru P.
Moral boleh memupuk nilai seperti nilai
hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan
negara dengan memperkenalkan tokoh-tokoh
negara dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Untuk mewujudkan dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang, guru
haruslah menguruskan kelas secara
demokratik.
Guru juga berperanan dalam
memperkenalkan kepelbagaian kaum, agama,
kepercayaan dan budaya dalam proses P&P
untuk memupuk persefahaman antara pelajar
seterusnya mewujudkan keharmonian .
Untuk merealisasikan cabaran Keenam, guru
Pendidikan Moral harus mengintegrasikan
pelbagai teknologi dan teknik pengajaran
dalam melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat mewujudkan
masyarakat yang saintifik.
Guru juga harus mengaplikasikan aktiviti
pembelajaran yang menggalakan
perkembangan kemahiran berfikir secara
kreatif dan menaakul pelajar untuk memupuk
daya perubahan tinggi dalam diri setiap pelajar.
Dalam merealisasikan cabaran Ketujuh, guru
perlu melihat pelajar secara positif dan
melayaninya secara kemanusiaan
Guru juga harus mewujudkan budaya sayang
menyayangi, bekhudi, yakni berusaha bukan
hanya untuk kesempurnaan diri tetapi untuk
kesempurnaan kumpulan.
Untuk menjayakan cabaran Kelapan, guru
boleh memupuk nilai semangat
bermasyarakat melalui aktiviti yang
melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum
supaya menggalakkan persefahaman dan
nilai kerjasama.
Kod Etika Perguruan
Guru yang dimaksudkan dalam konteks kod
etika ini ialah orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebuah institusi peringkat
rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru
terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyeliaan pendidikan.
Kod etika perguruan - satu sistem prinsip yang
mengawal kemoralan dan perlakuan guru.
Kod ini merupakan satu panduan perlakuan
atau etika kerja untuk profesion perguruan.
Guru sebagai seorang profesional harus
mematuhi peraturan yang terkandung dalam
kod etika di samping mengamalkan peribadi
mulia selaras dengan etika profesion dalam
menjalankan tugas harian.
Kod Etika Perguruan Malaysia
Tanggungjawab terhadap pelajar
1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat
Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan
Program dan sekolah dengan Selamat) muka
surat 245
2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa
mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit
mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar
dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa
sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan
dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat
Pekeliling KP(BS) 8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001)
muka surat 243.
6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas,
persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran mencapai mutu yang setinggi-
tingginya.

Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
terhadap anak-anak mereka dan berusaha
mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama
yang erat di antara institusi pendidikan dengan
rumah tangga.
2. Menganggap semua maklumat yang diberikan
kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan
rumah tangga atau berkaitan dengan anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi
kepentingan anak-anak mereka dan utamakan
maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana.
4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau
dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi
ibu bapa pelajar.
5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-
kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu
bapa penjaga mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan
Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan
sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara
ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan
nilai yang dapat membantu, dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat
setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati adanya perbezaan kebudayaan,
keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman
antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk
meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendiakawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang
diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan seharian dengan baik.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan
Profesion Perguruan
1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang
kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan
nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau
ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh
menjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan
tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
terutamanya mereka yang baru dalam
profesion perguruan
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak
mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru
dan memberi kerjasama penuh.
Peranan guru P. Moral dalam
merealisasikan Kod Etika Perguruan
Mematuhi kod etika perguruan yang telah
dinyatakan.
Rujukan
http://www.ipislam.edu.my/index.php/resear
ch/read/16/peranan-guru-membina-murid-
menghadapi-cabaran-wawasan-2020
http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/edu3108.pdf

Anda mungkin juga menyukai