Anda di halaman 1dari 3

Lawatan ke Pusat Perlindungan Gajah Kuala Gandah

Rujuk buku teks Tahun 3 muka surat 12

Kamal menyertai lawatan ke pusat perlindungan gajah bersama-sama


rakan sekelasnya.
Sebelum ke sana, dia dan Nisa mencari maklumat tentang pusat
perlindungan gajah itu. Pusat itu terletak di Kuala Gandah, Lanchang,
Pahang. Gajah ditempatkan di pusat tersebut untuk memastikan
haiwan darat yang terbesar ini tidak pupus.
Semasa lawatan, mereka bersama-sama rakan sekelas menulis
nota dan saling bertukar maklumat. Mereka turut menyertai
beberapa aktiviti yang telah disediakan di sana seperti menunggang
gajah. Mereka juga dapat melihat gajah dimandikan di sungai. Selain
itu, mereka telah berpeluang untuk memberikan gajah makanan dan
menonton dokumentari proses pemindahan gajah.
Selepas lawatan itu, Kamal dan rakan-rakan mengumpulkan
semua nota untuk dijadikan sebagai buku skrap.

Perkhemahan Pengakap di Sungai Congkak


Rujuk buku teks Tahun 3 muka surat 14 dan 15

***sambungan
Kemudian, mereka telah diberikan masa untuk berehat selepas
menyiapkan tugas masing-masing. Ada yang berehat dalam khemah
dan ada yang mandi di sungai.
Amboi, seronoknya mereka mandi di sungai! jerit Cikgu Ahmad.

Jangan mandi di kawasan yang dalam. kata Cikgu Sunil pula sambil
memantau mereka di tepi sungai. Terdapat beberapa orang guru
sedang menjaga keselamatan mereka semasa mandi.
Selepas mandi dan berpakaian lengkap beruniform, mereka
telah diarahkan untuk membuka khemah.
Wah, rajinnya semua anggota pengakap! kata Cikgu Ahmad.
Setelah menggulung khemah, mereka memasukkan khemah ke
dalam beg khas. Kemudian mereka juga saling bekerjasama untuk
membersihkan kawasan tapak perkhemahan. Mereka kembali ke
sekolah dengan perasaan puas hati dan gembira.

Perlumbaan Katak dengan Siput


Rujuk buku teks Tahun 3 muka surat 13

***sambungan
Pada keesokan harinya, perlumbaan pun dimulakan. Katak
melompat dengan sombongnya lalu meninggalkan siput yang mengesot
perlahan-lahan.
Tiba-tiba di pertengahan perlumbaan, hujan lebat turun. Katak
berasa sungguh gembira dan bermain air hujan. Hujan lebat yang
turun menyebabkan air mengalir deras. Lalu membawa siput ke
garisan penamat.
Singa sebagai Raja Rimba telah mengumumkan siput sebagai
pemenang perlumbaan pada hari tersebut. Katak berasa sangat
menyesal dan berjanji tidak bersikap sombong lagi. Siput yang baik

hati telah memaafkan katak. Mereka akhirnya bersahabat baik buat


selama-lamanya.
Kamal sedar bahawa setiap orang mesti bersikap saling
menghormati dan merendah diri.

Sepakat Demi Sahabat


Rujuk buku teks muka surat 16

***sambungan
Sang Beruang, Sang Kancil, Sang Tupai dan beberapa haiwan lain
bekerjasama membina rumah untuk Sang Anab dan keluarganya.
Mereka ingin membantu Sang Arnab yang kehilangan tempat tinggal.

Anda mungkin juga menyukai